Sumber : Google |
Manusia ini sama sahaja sebenarnya.
Tidak kira manusia itu tua, muda, miskin, kaya, pandai, bodoh, tinggi, atau
rendah – mereka sama sahaja di sisi Tuhan yang Maha Esa. Asalkan nama mereka
manusia biasa, mereka pasti tidak terlepas dari melakukan silap dan dosa
walaupun mereka mempunyai sepuluh ijazah yang panjang berjela jela.
Apabila disebut tentang orang yang
pandai, sudah pasti kita akan mudah percaya dengan kata kata mereka. Kita juga
akan percaya yang orang pandai itu seorang yang baik. Sebab itu, orang yang
pandai sangat berpengaruh dalam sesebuah masyarakat kerana mereka punya ilmu
yang banyak. Ilmu tersebut dapat membantu sesebuah masyarakat itu menjadi
masyarakat yang berjaya. Tanpa orang pandai dalam sesebuah masyarakat,
masyarakat itu tidak akan ke mana mana. Justeru, orang pandai ini selalu
menjadi ikutan dan idola anggota masyarakat.
Seperti yang saya sebut di atas tadi,
masyarakat mudah untuk percaya dan patuh dengan kata kata orang yang pandai.
Jika tidak patuh dengan kata kata orang pandai, masyarakat khuatir mereka akan
ditimpa masalah. Oleh sebab itu, orang pandai selalu menggunakan kata kata
mereka untuk menegur, menasihati, dan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat.
Mereka selalu mengajar perkara perkara yang baik kepada masyarakat supaya
masyarakat itu menjadi baik.
Memang sangat beruntung sesebuah
masyarakat itu jika ada orang pandai yang wujud bersama mereka. Dan orang yang
pandai ini memang sentiasa disayangi oleh masyarakat kerana kepandaian mereka
dan kerana kata kata hikmah yang keluar dari mulut mereka.
Walaubagaimanapun, umum mengetahui
bahawa orang pandai ini tetap juga manusia biasa yang tidak terlepas dari
melakukan khilaf dan dosa. Mereka selalu memberi nasihat yang baik kepada
masyarakat tetapi malangnya, ada diantara mereka yang berkelakukan cakap tidak
serupa bikin. Mereka selalu menasihati masyarakat supaya melakukan perkara
perkara yang baik tetapi mereka pula tidak melakukan seperti apa yang mereka
ucapkan.
Sebagai contoh, mereka menasihati
masyarakat supaya jangan mengumpat, tetapi mereka juga suka mengumpat tentang
keburukan orang lain walaupun mereka tahu yang dosa mengumpat itu adalah dosa
yang besar. Tetapi oleh kerana mereka terlalu mengikut nafsu dan hati, mereka
buat juga dosa yang mereka larang masyarakat buat.
Walaupun mereka pandai dan mempunyai
banyak ilmu, tidak bermakna mereka sempurna serba serbi. Mereka juga melakukan
dosa seperti kita cuma mereka berselindung di sebalik ilmu yang mereka miliki.
Mereka selalu menunjukkan mereka pandai dengan mengajar dan menasihati
masyarakat supaya menjauhi perkara perkara terlarang seperti mengumpat,
mengutuk, dan memaki orang misalnya tetapi mereka juga melakukan perkara yang
sama.
Jadi, tanggapan masyarakat bahawa
semua orang pandai itu baik adalah silap sebenarnya. Masyarakat jangan sesekali
percaya dengan kata kata orang yang pandai ini seratus peratus kerana khuatir
mereka ini ada kepentingan kepentingan tertentu yang mereka perlu jaga. Jika
nasihat itu baik dan wajar diikuti, maka ikutlah. Tetapi jika mereka
menunjukkan sikap yang buruk, maka jauhi sikap itu supaya kita tidak berada di
tempat yang sama dengan mereka.
Bila disebut tentang orang yang
pandai, pasti kita akan fikir mereka ini pandai semua tetapi pada hakikatnya
tidaklah begitu. Semakin tinggi mereka belajar, semakin kurang pandailah mereka.
Masih banyak ilmu sebenarnya yang mereka tidak tahu. Tetapi oleh kerana mereka
suka menunjukkan yang diri mereka itu pandai dan seolah olah tahu semua
perkara, maka kita menjadi takut, patuh, hormat, dan percaya dengan
mereka.
Dalam kita berbahas tentang orang
yang pandai, ada orang pandai yang kita boleh ikut sepenuhnya tetapi ada orang
pandai yang kita boleh ikut sebahagiannya sahaja. Sebab itu jangan terkejut
jika ada professor dalam bidang agama, mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa tidak salah
menjadi lesbian asalkan dia seorang yang beriman! Inilah contoh contoh orang
yang pandai yang kita jangan ikut kata katanya. Semoga Allah melindungi diri
kita dari terjebak dengan orang orang yang pandai sebegitu rupa.
Moga kita semua tidak sperti mereka, cakap lain buat lain kan...
BalasPadamJanganlah mengikut membabi buta, kita dikurniakan akal fikiran dan gunakanlah sebaiknya kan MNH..:)
BalasPadam