Selasa, 5 Januari 2016

BERSATULAH DEMI ISLAM

Sumber : Google

Sebagai orang Islam, saya memang menganjurkan agar umat Islam bersatu padu tidak kira ia datang daripada parti politik apa, kaum apa, suku apa, negara apa, mazhab apa, atau fahaman apa. Selagi majoriti kumpulan itu mengucap kalimah syahadah yang mana mengaku bahawa Allah sahaja yang layak disembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka kita wajib bersatu padu dengannya. Perpecahan sebenarnya akan menyebabkan umat Islam terus menjadi lemah dan mudah ditindas oleh orang kafir.

Banyak faedah jika umat Islam bersatu padu. Oleh sebab itulah, majoriti umat Islam mahukan agar perpaduan itu dijalankan di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain terutama kumpulan kumpulan yang memberi pengaruh besar dalam masyarakat seperti parti politik misalnya. Perpaduan itu akan menyebabkan umat Islam akan bertambah kuat untuk terus bertahan dilanda ujian Tuhan.

Walaupun ada segelintir umat Islam yang menolak perpaduan itu atas sebab sebab keduniaan tertentu, janganlah terlalu dihiraukan dengan mereka. Mereka sebenarnya telah dirasuk oleh kenikmatan duniawi yang bersifat sementara sahaja. Mereka hanya mengejar dunia dan menolak akhirat. Biarkan mereka dengan hujah hujah dangkal mereka. Kita – sebagai umat Islam perlu terus tumpukan kepada masalah umat dan masalah agama.


Walaubagaimanapun, perpaduan itu hanya perlu berfokuskan kepada menjaga kemaslahatan umat dan agama Islam sahaja. Perkara perkara keduniaan terutama yang berkaitan dengan kepentingan politik perlu dibakulsampahkan. Jika perpaduan itu terselit agenda untuk kepentingan peribadi atau kepentingan politik, maka perpaduan itu sudah tidak relevan lagi. Perpaduan itu mesti berlandaskan kepada prinsip prinsip dan kaedah kaedah yang sebenar.

Jika perpaduan yang hendak terjalin itu diresapi dengan kepentingan kepentingan keduniaan tertentu, perpaduan itu akan dilihat songsang dan akan terus mendapat persepsi negatif daripada masyarakat terutama umat Islam yang menolak perpaduan tadi. Sudah pasti daripada persepsi itu akan menimbulkan fitnah lalu lama kelamaan perpaduan itu akan berkecai.

Orang orang kafir dan orang orang Islam yang berfahaman liberal pasti akan cuba untuk merosakkan perpaduan yang terjalin itu. Itu adalah lumrah kehidupan kita di dunia. Apa sahaja yang boleh memberikan keuntungan kepada Islam pasti akan dihalang dan ditentang. Mereka akan melakukan pelbagai cara agar perpaduan itu terus retak. Sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar perpaduan itu akan kekal sejahtera sampai bila bila.

Perpaduan yang terjalin itu mesti menjuarai isu dalam hal ehwal umat Islam dan agama Islam. Apa sahaja yang berkaitan dengan agama Islam dan umat Islam mesti dipertahankan seperti isu kalimah Allah, isu makanan halal, isu murtad, isu akidah, dan sebagainya. Isu isu sebegini perlu diambil cakna dan diambil tindakan sewajarnya supaya kebajikan umat Islam akan terus terbela dan agama Islam akan kekal terpelihara sampai bila bila.    

Jika satu kumpulan itu ingin bersatu padu dengan satu kumpulan yang lain, tidak semestinya kumpulan itu mesti menganggotai kumpulan tersebut. Sebagai contoh, jika kumpulan A mahu bekerjasama dan bersatu padu kerana Islam dengan kumpulan B, kumpulan A tidak semestinya perlu memasuki kumpulan B. Cukuplah sekadar kumpulan A bersatu padu atas dasar Islam dengan kumpulan B dan bukannya bersetuju seratus peratus atau menerima ideologi kumpulan B.

Jika ahli ahli atau pemimpin kumpulan A menerima ideologi kumpulan B dan menyokong kemungkaran yang dilakukan oleh ahli atau pemimpin kumpulan B, maka kita melihat perpaduan itu mempunyai agenda agenda tertentu yang bersifat keduniaan. Perkara semacam ini bukan sahaja boleh merosakkan perpaduan, malah merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

Semua umat Islam mengharapkan perpaduan dan perlu bersatu padu namun perpaduan yang hendak terjalin itu hendaklah atas dasar Islam sahaja bukan atas agenda agenda peribadi yang tidak penting. 



0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.