Rabu, 13 Januari 2016

PEREMPUAN CANTIK YANG BERHATI PUAKA


Gambar sekadar hiasa
Sumber : Google

Dia berwajah cantik bagaikan seorang gundik,
Yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran raja raja yang berselera pelik,
Dikurniakan pula dengan secebis akal yang cerdik,
Dan diberi pula perhatian yang bukan sedikit,
Oleh masyarakat yang terpaksa menerima dengan pahit.

Dia dipuja hampir setiap hari,
Oleh mereka mereka yang tidak memahami,
Atau mereka yang sengaja tidak mahu mengerti,

Untuk menjaga rasa yang terbit di dalam hati,
Atau untuk menyimpan rasa takut yang wujud di sanubari.

Kita faham mengapa dia dipuji,
Kita mengerti mengapa dia menjadi buruan ramai lelaki,
                Kerana kecantikannya sungguh tidak terperi,
Kerana otaknya memang bertaraf seorang jauhari,
Walaupun tutur bicaranya bisa menghiris hati,
Namun dilupakan tanpa musabab yang diketahui.

Ya, mukanya memang cantik bak bidadari syurga,
Tetapi sayangnya dia mempunyai hati yang berwajah puaka,
Bercakap tanpa menghiraukan sesiapa,
Menghiris hati manusia dengan kata kata,
Bertakung nada sombong, dengki, dan penuh hina,
Itulah gadis yang berwajah cantik tetapi berhati puaka


Related Posts:

  • SEBESAR KEBEBASAN Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* … Read More
  • ORANG YANG DI ATAS Gambar Hiasan Oleh kerana wang beribu, Oleh kerana pengikut berpusu pusu, Kau berjaya menjadi orang yang di atas, Yang megah dengan keja… Read More
  • PEROGOL BAHASA Sumber : Google Tega sungguh dirimu, Merogol bahasa ibundamu, Hilang sudah jiwamu, Memperkosa bahasa kebangsaanmu. Malu benar dirimu, … Read More
  • SEDARKAH DIKAU? Gambar Hiasan Mengapa kau begitu kejam, Mengongkong diri yang bukan milikmu, Mengapa kau begitu zalim, Melukakan hati seorang sahabatmu, … Read More
  • APA GUNA? Gambar Hiasan Apa guna punya anak seribu, Jika seorang pun tidak bisa membantu, Apa guna punya banyak harta, Jika dibenci oleh sanak saudara, Wa… Read More

2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.