Isnin, 5 Mei 2014

KERANA SATU TEGURAN

       Fikiran Haji Ishak mulai runsing sejak dia menerima surat dari Menteri Besar ketika posmen menghantarnya pagi tadi. Kepalanya mula diserang dengan pelbagai pertanyaan mengenai nasibnya selepas ini. Ke mana dia mahu berpindah selepas ini? Ke mana anak anak dan isterinya mahu tinggal? Dan seribu satu persoalan lain yang muncul secara tiba tiba di kotak fikirannya gara gara surat yang baru diterimanya pagi tadi.
      Surat itu adalah surat pemecatannya sebagai Mufti dan Penasihat Hal Ehwal Islam kepada kerajaan negeri. Surat rasmi itu ditandatangi oleh Menteri Besar sendiri. Dia sedih mengenangkan nasib dirinya. Hanya kerana satu teguran - teguran untuk menabalkan kebenaran dan mencegah kemungkaran telah menyebabkan dirinya disingkir daripada jawatan Mufti itu. Sudahlah begitu, dia diminta keluar dari rumah kerajaan itu dalam tempoh dua puluh empat jam.
      Ke mana dia harus pergi membawa anak anaknya seramai tiga orang yang masih bersekolah menengah itu? Di mana dia mahu tinggal pada malam ini? Bawah jambatan? Tepi longkang? Atau di kaki lima jalan?
      Hajah Rugayah yang melihat perubahan dalam diri suaminya sejak tadi mula drundung rasa risau. Amat jarang suaminya dalam keadaan begitu. Jika ada pun sudah pasti suaminya berada dalam masalah yang besar.
       "Kenapa abang muram saja ni? Abang sakit ke?" Soal Hajah Rugayah sambil duduk di sebelah suaminya di ruang tamu rumah pangsa lima tingkat itu. Haji Ishak hanya mendiamkan diri. Tiada kata yang keluar dari mulut lelaki yang berusia awal 60an itu. Hajah Rugayah melihat satu surat berada di tangan suaminya.
         "Surat apa tu bang?" Soal Hajah Rugayah.
      Haji Ishak menyerahkan surat itu kepada isterinya. Dia berharap agar surat itu mampu menjawab hujanan soalan isterinya sebentar tadi. Dia tidak mampu berkata apa apa lagi kerana terlalu terkejut.
      "Apa?" Hanya itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Hajah Rugayah sebaik sahaja dia membaca surat itu. Dia terkejut kerana secara tiba tiba sahaja mereka diminta untuk keluar dari rumah kerajaan negeri itu dalam tempoh dua puluh empat jam. Tambah parah apabila suaminya dipecat dari jawatan Mufti negeri itu.
      "Ke mana kita nak pergi bang? Kenapa tiba tiba abang di pecat?" Soal Hajah Rugayah. Dia tidak menyangka kerajaan negeri begitu kejam terhadap mereka sekeluarga. Suaminya telah banyak berjasa kepada negeri itu dalam bidang agama Islam. Dan sekarang mereka dipecat tanpa sebab musabab yang kukuh.
      Haji Ishak hanya mendiamkan diri. Dia tahu mengapa dia dipecat. Dia dipecat kerana dia telah menegur pihak kerajaan negeri yang menganjurkan pertandingan Ratu Cantik di negeri itu. Dia juga mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri agar menahan tiga orang peserta perempuan yang memasuki pertandingan itu. Tindakannya itu telah mengundang kemarahan Menteri Besar dan tiba tiba sahaja Menteri Besar mengambil keputusan untuk memecat dirinya.
      Oleh kerana satu teguran, dia hilang jawatan. Namun begitu, dia sudah tidak kisah lagi. Inilah cabaran yang dihadapi oleh orang yang mahu menegakkan kebenaran. Inilah cabaran yang dihadapi oleh orang yang mahu menabalkan keadilan. Dan inilah cabaran yang akan dihadapi oleh orang yang mahu melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar. Dia redha dengan ketentuan Allah itu. Dia tidak akan sekali kali menghadap Menteri Besar semata mata untuk memohon jawatan itu semula.
      Jawatan, harta kakayaan, kemewahan dan populariti hanylah tipu  daya dunia sahaja. Jangan mudah terpedaya dengan kilat dan kilau dunia ini. Itu semua hanyalah pembohongan. Itu semua hanyalah penipuan semata mata.
      "Awak tak perlu risau Gayah. Dunia Allah ini luas. Tentu ada tempat yang kita boleh menumpang teduh." Ujar Haji Ishak.
      Hajah Rugayah hanya diam. Dia mula khuatir apabila memikirkan nasib anak anak dan keluarganya.
     "Marilah kita berkemas. kita kena keluar dari rumah hari ni juga." Ujar Haji Ishak lalu masuk ke dalam bilik untuk mengemas barang barangnya. Di dalam hati dia berdoa agar ada sinar harapan untuknya di luar sana....

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.