Sabtu, 31 Mei 2014

CADBURY, SULTAN AZLAN SHAH DAN MUHYIDDIN YASSIN

Almarhum Sultan Azlan Shah




        Malaysia adalah sebuah negara yang menjadi pelopor kepada hub halal di seluruh dunia. Seluruh penduduk dunia tahu bahawa produk produk di Malaysia kebanyakkannya halal dan boleh di makan dengan selamat. Tetapi, isu DNA babi yang ada di dalam produk Cadbury baru baru ini telah menggugat kepercayaan masyarakat Islam di Malaysia dan barangkali kepercayaan masyarakat Islam di seluruh dunia.

       Selama bertahun tahun kita ditipu oleh Cadbury -  sebuah syarikat pengeluar coklat. Kita percaya bahawa Cadbury adalah produk makanan yang halal di makan memandangkan terdapat logo halal pada pembalut makanan itu dan Cadbury adalah sebuah pengilang yang besar serta terkenal di seantero dunia. Oleh itu, kita meletakkan kepercayaan bahawa produk itu adalah produk yang halal dan selamat di makan.


        Kita tidak hairan jika produk itu bertaraf produk ‘tepi jalan’ tetapi ini adalah sebuah jenama yang besar! Mereka telah menipu kita selama bertahun tahun dan mengaut keuntungan di atas penipuan mereka.  

       Kerajaan melalui JAKIM perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Cadbury. Lesen halal dan lesen perniagaan mereka perlu ditarik semula. Kerajaan perlu menggunakan segala peruntukan undang undang  yang ada untuk mengenakan hukuman yang keras terhadap Cadbury. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pengilang lain yang berani untuk melakukan kesalahan dan penipuan  yang sama pada masa akan datang.

       Sepatutnya JAKIM perlu membuat pemeriksaan berkala dan mengejut kepada semua produk produk makanan yang ada di Malaysia. Apa gunanya ada penubuhan JAKIM jika mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin? Apa yang dilakukan oleh pegawai pegawai JAKIM yang menguruskan tentang makanan makan halal ini? Adakah mereka makan gaji buta selama ini?

       Saya yakin dan percaya jika JAKIM melaksanakan peranan mereka sebaik mungkin dengan cara membuat pemeriksaan berkala secara mengejut kepada semua produk produk makanan halal di Malaysia, nescaya masalah ini tidak akan berlaku.

       Tetapi, nasi sudah pun menjadi bubur. Sudah bergantang gantang produk Cadbury itu telah masuk ke dalam perut umat Islam di Malaysia dan sudah pun menjadi darah daging kemudian apabila dibuat pemeriksaan ternyata ada DNA babi di dalam  produk Cadbury itu.

        Saya berharap agar pihak JAKIM perlu membuat pemeriksaan dan pemantauan berkala kepada semua produk makanan di Malaysia terutama yang mempunyai logo HALAL. Semoga perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. 


Merafak Takziah Sultan Azlan Shah

      
        Saya merafakkan sembah takziah kepada keluarga Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28 May yang lalu. Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

       Negara sebenarnya telah kehilangan seorang Sultan yang berjiwa rakyat dan berpendidikan tinggi. Sultan Azlan Shah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kehakiman dan perundangan. Tidak hairanlah Almarhum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

       Kini, takhta kerajaan negeri Perak telah diduduki oleh anakandanya iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Juga seorang Sultan yang berjiwa rakyat dan berpendidikan tinggi. Semoga negeri Perak akan terus makmur dan aman sentiasa.

Bila Muhyiddin Yassin Hendak Menggantikan Najib?

       Sejak membaca sekian banyak buku buku politik sekarang, persoalan yang paling kerap ditimbulkan oleh S.H. Alattas, Shahbuddin Hussein, Yahaya Ismail dan Datuk A. Kadir Jasin adalah bila Najib mahu mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri? Bila Najib mahu menyerahkan semua jawatan  itu kepada Muhyiddin? Dalam PRU13, Najib gagal membaiki prestasi BN malah lebih teruk dari zaman Pak Lah. Dalam PRU12, Pak Lah berjaya memperoleh 140 kerusi Parlimen tetapi Najib hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen.

       Dalam PRU13 juga Pak Lah telah kehilangan lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sudah semestinya Kelantan. Tetapi Najib berjaya menawan semula Kedah dan Perak namun gagal merampas Selangor, Pulau Pinang dan juga Kelantan.  Tunku Abdul Rahman dan Pak Lah gagal dalam pilihan raya 1969 dan 2008 lalu mereka berdua mengundurkan diri dalam arena politik namun Najib yang gagal dalam pilihanraya 2012 masih kekal di dalam jawatan. Apakah Najib tidak malu?

       Semua lapisan masyarakat telah menolak kepimpinan Najib yang dikatakan paling teruk dalam sejarah politik Malaysia. Rakyat  sudah tidak sabar sabar untuk menukar kepimpinan negara yang dikatakan lembik, banyak rasuah dan pelbagai kepincangan yang berlaku di dalamnya. Jika Najib sayangkan UMNO dan orang Melayu, Najib perlu melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan beri kepada Muhyiddin Yassin. Jika tidak, sudah pasti dalam PRU14 BN akan tumbang dan PR akan menang.  Jika perkara itu terjadi, sampai kiamat pun belum tentu BN akan mempu memerintah semula.

       Najib perlu meletakkan kepentingan parti dan bangsa melebihi dari kepentingan dirinya. Jika Najib masih ego dan tidak mahu muhasabah diri, nescaya masa depan UMNO/BN akan terus kelam dan tenggelam. Ingat, rakyat menyokong UMNO dalam PRU yang lalu bukan kerana mereka sayangkan kepimpinan Najib tetapi mereka khuatir hak istimewa orang Melayu dan agama Islam akan dihapuskan oleh kepimpinan DAP yang mahu melaksanakan dasar ‘Malaysian Malaysia’ yang sama rasa sama  rata.

        Dasar 1Malaysia yang ditaja oleh Najib itu telah banyak mengguris hati orang Melayu. Mereka menyifatkan 1Malaysia itu sebagai kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Najib sibuk menjaga hati masyarakat Cina dan India dengan memberi pelbagai bantuan kepada mereka tetapi Najib langsung tidak memperdulikan orang Melayu yang nyata masih menyokong UMNO.
     
        Sudah banyak hak hak orang Melayu seperti Kolej Matrikulasi yang sepatutnya hanya diduduki oleh orang Melayu dan bumiputera tetapi kini diberi kepada bangsa lain atas dasar 1Malaysia. Tidak mustahil jika UiTM juga mungkin akan diduduki oleh orang bukan Melayu dan bukan Bumiputra!

      Kepimpinan Najib juga mendapat kritikan daripada Mahathir, Daim Zainuddin dan Zainuddin Maidin. Datuk A. Kadir Jasin juga kerap menghentam Najib di dalam blognya kerana tidak berpuas hati dengan dasar dasar Najib yang nyata berat sebelah. Najib terlalu lembik dan penakut. Lihat sahaja apabila Najib menghapuskan ISA demi untuk meraih sokongan pengundi Cina dan India. Mengapa ISA perlu dihapuskan? Mengapa tidak dibuat beberapa perubahan di dalamnya?

       Akibat takutnya Najib kehilangan kuasa politik yang ada pada dirinya, dia tega mengurangkan kuasa yang ada padanya. Lihat sahaja sekarang, orang bukan Melayu terus mempersenda dan memperkotak katikkan orang Melayu. Apa tindakan yang Najib ambil untuk mengekang masalah ini? Tindakan yang diambil pun hanya satu tindakan yang ringan dan langsung tidak menakutkan orang bukan Melayu untuk melakukan perkara yang sama. Akibatnya, bangsa Melayu dan agama Islam terus disepak terajangkan oleh ultra kiasu ini. Isu kalimah Allah adalah bukti paling nyata dalam masalah ini.

       Sepatutnya Najib perlu menyerahkan kepimpinan negara dan parti kepada Muhyiddin Yassin. Saya yakin Muhyiddin mampu untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO. Muhyiddin dilihat sebagai seorang pemimpin yang pro Melayu dan seorang yang mempunyai nilai keIslaman yang tinggi sementelahan beliau adalah seorang anak tokoh agama yang terkenal di Johor.

       Jika saya Najib, sudah lama saya serahkan negara ini kepada Muhyiddin. Ingatlah, kebarangkalian untuk BN tewas dalam PRU akan datang adalah tinggi jika UMNO terus mengekalkan Najib sebagai PM dan Presiden UMNO. Apa yang paling dikhuatirkan, kuasa politik yang merupakan satu satunya ‘harta’ yang ada pada orang Melayu ini turut sama hilang dan tenggelam…








1 ulasan:

  1. biar betul ni??

    Erra Fazira dan Engku Emran Bawa Anak Daftar Darjah 1
    http://syokbah.com/erra-fazira-dan-engku-emran-bawa/

    SEGERA: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Mid Valley
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/segera-kanak-kanak-7-tahun-maut-jatuh.html

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.