Geli saya melihat sambutan yang
ditunjukkan kerajaan Malaysia
dan seluruh rakyatnya terhadap kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack
Obama ke negara ini. Sambutan yang diterima oleh Presiden kulit hitam pertama
negara Uncle Sam itu seolah olah Obama itu seorang ‘dewa’ padahal dia hanya
seorang presiden dari sebuah kuasa besar dunia.
Untuk apa kita membesar besarkan
kedatangan ‘kuda tunggangan’ Yahudi laknatullah itu ke negara ini sehingga
semua media utama memberikan liputan yang meluas terhadapnya? Apakah sumbangan
paling besar yang dia berikan kepada negara kita? Apakah sumbangan besar yang
dia berikan kepada dunia Islam? Langsung tidak ada! Oleh itu, apa untungnya
kita membesar besarkan kedatangannya di negara ini?
Bukan saya kata salah kita menyambut
tetamu asing dengan baik ke negara kita tetapi tidak perlulah sampai mahu
membesar besarkan kedatangannya seolah olah dia itu seorang ‘dewa’ yang baru
turun dari langit. Kerajaan sepatutnya tidak boleh terpedaya dengan kilat dan
kilau (meminjam kata dari Yahaya Ismail) Obama itu. Kedatangannya ke mari sudah
pasti ada agenda tersendiri dan sudah pasti juga agenda itu agenda Yahudi.
Saya akui saya telah melakukan kesalahan
dengan meletakkan harapan yang tinggi kepada Obama sewaktu dia mula mula
bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat itu. Saya merasakan bahawa apabila
dia menjadi Presiden sudah pasti dasar luar Amerika terhadap dunia Islam akan
berubah. Saya terlalu yakin bahawa dia tidak akan meneruskan dasar yang dibuat
oleh Presiden terdahulu iaitu Bush laknatullah itu.
Namun, sangkaan saya ternyata meleset sama
sekali. Dasar luarnya langsung tidak berubah terhadap dunia Islam. Dia masih
meneruskan dasar luar yang sama sehingga tumbangnya Muammar Gadaffi di Libya. Isu
Palestin – Israel
masih sama dan langsung tidak membawa anjakan paradigma sehingga sekarang. Dia masih
lagi mengamalkan sikap pro Yahudi dan Israel.
Setelah membaca begitu banyak buku yang
memberi pendedahan terhadap negara Uncle Sam itu dan kebanyakkannya oleh
rakyatnya sendiri barulah saya dapat membuat kesimpulan bahawa siapa pun yang
duduk di kerusi Presiden itu ternyata tidak membawa apa apa makna kerana pelobi
pelobi Yahudi masih berkuasa di sebalik pintu Oval Office itu.
Jadi, pada hemat saya kita tidak perlu
berasa bangga dengan kehadiran Obama yang datang ke Malaysia. Ingatlah, sebagai orang
Islam kita harus sentiasa mencurigai kehadiran musuh musuh Islam ini. Sampai bila
pun mereka tidak akan pernah suka dan redha dengan kita. Janganlah mudah
percaya dengan kata kata bahawa dia suka dengan Islam kerana itu hanyalah satu
sandiwara bodoh sahaja.
“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan
kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah
‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika
kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang
kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan
penolong bagimu”. (Surah Al Baqarah : ayat 120)
Para
pembaca perlu membaca buku buku yang mendedahkan kepincangan dan kajahatan yang
dilakukan oleh para pengikut Dajjal ini supaya anda semua tidak mudah percaya
dengan sandiwara yang mereka lakukan. Antara penulis yang boleh saya paparkan
di sini adalah Ibnuyaakob, Sabaruddin Hussein, Jerry D. Gray dan ramai lagi. Bacalah
buku buku mereka untuk menambah pengetahuan kita akan kejahatan yang mereka
telah lakukan selama ini. Saya yakin anda pasti tidak akan merasa bosan untuk
membaca buku buku ini. Buku buku ini boleh didapati di kedai kedai buku seperti
MPH dan Pustaka Mukmin (Jalan Tunku Abdul Rahman)
Amerika
Syarikat, Israel
dan kuncu kuncunya akan sentiasa mencari jalan bagaimana mahu menumbangkan
Islam dari dalam. Mereka akan berusaha untuk menjahanamkan Islam agar Islam ini
boleh musnah dalam sekelip mata. Mereka tidak akan pernah berhenti untuk
mencucuk ‘jarum jarum’ mereka agar umat Islam akan terus berpecah belah dan
Islam itu sendiri akan hancur.
Obama baru sahaja datang ke mari dan tiba
tiba sahaja dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang saya sifatkan sebagai
suka jaga tepi kain orang. Dia mengatakan “Malaysia tidak akan menjadi negara
maju sekiranya masih mendiskriminasi golongan bukan Islam dan minoriti.” Inilah
sifat pemimpin Negara ‘Polis Dunia’. Suka benar masuk campur dalam negara orang
lain dan membuat kenyataan tanpa membuat kajian terlebih dahulu.
Saya mahu bertanya, di mana diskriminasi
yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap orang bukan Islam
dan minoriti? Saya petik tulisan Datuk A. Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara)
dalam blognya The Scribe :
Siapakah
yang ditindas dan berasa tertekan? Siapa yang membuka kotak pandora dengan
menuntut agar mereka juga dibenarkan mengguna kalimah Allah?
Apakah
kaum minoriti dan orang bukan Islam di negara ini ditindas, tidak dibenarkan
beribadat dan hidup papa kedana?
Apa
ceritanya dengan gereja yang berpuluh di Brickfields, Jalan Gasing dan Sentul?
Apa halnya dengan kuil Hindu di merata simpang jalan, bawah pokok besar dan gua
itu? Apa ceritanya kuil Buddha dan wat Siam, Gundwara Sikh dan tokong Cina di
merata pelosok tanah air? Dan siapa yang menguasai ekonomi?
Inilah yang membuktikan ketololan dan
kebodohan insan yang bernama Barack Obama ini. Kita semua menyangkakan bahawa
orang orang Barat adalah orang oranng yang bijak pandai namun hakikatnya tidak
begitu. Mereka hanya pandai berkata kata untuk melindungi diri mereka dan ‘kaum
kerabat’ mereka namun apabila kena pada orang Islam mereka akan bersuara dengan
mengeluarkan hujah hujah dangkal.
Mereka hanya nampak diskriminasi yang
kita lakukan terhadap orang bukan Islam dan golongan minoriti di Malaysia
tetapi adakah mereka nampak diskriminasi yang mereka lakukan terhadap umat
Islam di Amerika Syarikat? Adakah mereka nampak diskriminasi yang mereka
lakukan terhadap golongan Red Indian di negara mereka?
Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat Malaysia terutama
yang beragama Islam agar jangan sesekali terpedaya dengan kebaikan yang
ditunjukkan oleh Obama ini. Saya tegaskan sekali lagi bahawa itu hanyalah
sandiwara semata mata!
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.