Sabtu, 24 Mei 2014

SISI HITAM ARTIS POPULAR KOREA

       Gelombang Hallyu atau Gelombang Korea sudah mula melanda dunia macapada ini. Tiba tiba sahaja industri hiburan Korea menjadi popular. Bukan itu sahaja, budaya, makanan, pakaian, bahasa dan negara Korea juga mula menjadi tumpuan masyarakat dunia termasuk Malaysia. Industri hiburan – muzik, drama dan rancangan yang disiarkan di Korea mula meniti di bibir peminat.

       Tiba tiba kumpulan muzik seperti Big Bang, Super Junior, Girl Generation, Kara, drama seperti Boys Over Flower, My Love From The Star, Full House, The Inheritors, rancangan aneka ragam seperti Runningman, Family Outing, We Got Married begitu popular di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Hampir setiap orang begitu meminati produk produk yang lahir dari Korea Selatan ini.


      Jika dahulu industri hiburan Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan China begitu mendominasi penduduk dunia kini seluruh tumpuan berpindah kepada Korea pula. Ini menyebabkan industri hiburan Bollywood, Hong Kong dan China seolah olah sepi dan seakan akan hilang dari pandangan penduduk dunia. Hanya Hollywood yang bertahan sementelahan mereka adalah kuasa besar dunia. Yang lain seolah olah terkubur begitu sahaja. Hanya ‘bayangan’ mereka sahaja yang muncul.

      Lebih mengagumkan apabila rakyat Malaysia sendiri ada yang tidak kenal dengan artis Malaysia namun lebih kenal dengan artis artis popular dari Korea Selatan ini. Inilah ‘penangan’ yang diberikan oleh industri hiburan Korea Selatan kepada penduduk dunia.

       Apabila dikaji secara mendalam, banyak sebab musabab mengapa industri hiburan Korea ini begitu mendominasi penduduk dunia. Pada hemat saya, sebab utama kegilaan penduduk dunia kepada mereka adalah ramai artis artis Korea ini mempunyai wajah yang kacak dan cantik selain bakat yang sudah sedia ada kepada mereka. Selain itu, jalan cerita yang terpapar dalam drama drama mereka juga sangat menarik dan inilah yang perlu dicontohi oleh pengamal industri hiburan di Malaysia.

      Rancangan rancangan hiburan mereka juga sangat menarik dan kreatif. Lihat sahaja rancangan rancangan seperti Runningman, Family Outing, We Got Married, Inkigayo, dan pelbagai lagi, kesemuanya menarik dan sangat kreatif. Sekali lagi saya tekankan, pengamal industri hiburan di Malaysia perlu mencontohi mereka dalam membuat rancangan rancangan yang menarik dan bukannya rancangan ‘kitar semula’.

       Walaubagaimanapun, terdapat banyak sikap buruk yang dipaparkan oleh artis artis Korea ini. Selain daripada membuat pembedahan plastik untuk mentampan dan mencantikkan muka, melahirkan anak luar nikah, bercumbuan di khalayak ramai, terdapat seribu satu sikap mereka yang tidak patut kita contohi daripada mereka. Saya berharap tulisan saya ini tidak dicemuh oleh peminat peminat Korea. Ini adalah pendapat sahaja. Anda bersetuju atau tidak terpulanglah kepada anda.

       Pendapat ini adalah berdasarkan apa yang saya lihat di dalam rancangan rancangan aneka ragam yang dipaparkan di televisyen. Menonton rancangan ini, sedikit sebanyak kita boleh melihat sikap sebenar artis artis ini apabila mereka bersama dengan ahli keluarga dan rakan rakan mereka. Sikap sikap ini terzahir secara tidak langsung dan tanpa mereka sedari. Hanya orang yang menonton sahaja yang boleh menilai.
       
       Di sini saya paparkan artis artis popular Korea yang mempunyai sikap yang buruk dan tidak boleh kita contohi :



  1. Yoo Jae Suk

Seorang pelawak dan pengacara terkenal dari Korea Selatan sehingga digelar sebagai Nation MC. Antara sikap buruknya adalah suka merendah rendahkan kebolehan orang lain dan suka mengambil kesempatan untuk membuat jenaka di atas kelemahan mereka.




 Kim Jong Kook.


Seorang penyanyi yang popular di Korea Selatan. Antara sikap buruknya adalah merasa diri terlalu bagus, suka merendah rendahkan kebolehan orang lain dan suka membuli.



.      Song Ji Hyo.

Seorang pelakon wanita yang popular. Antara sikap buruknya adalah suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain dan suka membuli orang









      Lee Hyo Ri

Seorang penyanyi wanita yang popular. Antara sikap buruknya adalah suka mengarahkan orang untuk buat itu dan ini, suka cakap besar dan suka merendah rendahkan orang lain.



..Kim Soo Ro

Seorang pelakon lelaki yang popular. Antara sikap buruknya adalah suka membuli, merasakan diri terlalu bagus dan suka merendah rendahkan kebolehan orang lain.




       Yoon Jong Shin

Seorang penyanyi lelaki yang popular. Antara sikap buruknya adalah suka mengarahkan orang untuk buat itu dan ini, suka merendah rendahkan orang lain dan suka mementingkan diri sendiri.









      Park Hae Jin

Seorang pelakon lelaki yang popular. Sangat berlagak dan tidak pandai untuk menghormati orang yang lebih tua.








      Choi Soo Jong

Seorang pelakon lelaki yang popular. Suka membuli dan merasakan diri terlalu bagus serta suka mengarah orang untuk melakukan itu dan ini. 




        Inilah artis artis Korea yang saya lihat mempunyai sikap yang buruk dan tidak sepatutnya dicontohi oleh kita semua. Walau apa pun, ini hanyalah satu pendapat dan pandangan saya sahaja. Mungkin anda merasakan bahawa apa yang mereka lakukan itu biasa sahaja namun bagi saya mereka perlu untuk menghormati orang lain. Walaupun mereka bukan Islam, namun kita harus ingat, semua agama mengajar kita perkara yang baik baik dan sudah pasti menghormati perasaan orang lain adalah satu perkara yang baik. 


       Mereka juga adalah orang Asia. Orang Asia terkenal sebagai orang yang baik dan mempunyai sifat sopan santun yang tinggi. Saya yakin ramai di luar sana yang tidak setuju dengan pandangan saya namun kita boleh agree to disagree (bersetuju untuk tidak bersetuju). Perbezaan pendapat adalah baik. Anda ada pendapat anda dan saya juga ada pendapat saya. Kita semua berhak memberi pendapat. Nasihat saya, janganlah mencontohi sikap buruk mereka demi menjaga hubungan anda dengan ahli keluarga dan rakan rakan anda.  




8 ulasan:

  1. Haha...speechless...semua orang ada side negatif...tapi tak boleh cakap sembarang jugak bile kita tak kenal dari dekat....rite?? just my opinion... btw..salam kenal....

    BalasPadam
  2. x dpt bygkn klau wujud rncgn mcm we got married dekat M'sia ni.. lg2 majoriti pnduduk beragama Islam.. =.=" diorg tu bukan Islam.. xkan kita nak tiru.. =.=" klau bab2 teknologi tu logik jugak lah nk dijadikn contoh.. tp bab2 hiburn..maaf ckp.. agama dahulu.. klau nak cth rncgn drama2 better ambik jepun..sbb walau teruk mcm mana pun cerita diorg (seksi/kiss2) mesti terselit unsur positif.. klau drama korea makin mengarut..dulu punya drama oklah jugak..ada pengajaran..skrg? heh.. kosong x berisi..mimpi je..
    just my 2 cents.. sy bukan kpopers n tmbh menyampah dgn kpop skrg.. siap hina Islam dlm lagu.. cl-mental breakdown..ada suara budak mengaji dekat dlm lagu dia.. hyuna-red.. korea skrg jujur ckp..dh gila.. agung sgtkn barat..ilmuminati mcmlah kool klau ikut mmbabi buta mcm tu.. =.="

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju dengan pandangan awak walaupun ramai Kpopers yang marah saya sebab artikel ni

      Padam
    2. Sya rase ape yng awk ckp tu ade kurang betul nya .. Kita tk boleh mengata seseorang jika kita tk tahu yang sebenarnya benarnya apalagi jika kita tk pernah melihat or bercakap dengan orng tu secara empat mata itu semua boleh menimbulkan fitnah yng boleh mendatangkan dosa pada kita sendiri. Jangan sesekali kita judge orng melalui luarannya sahaja walaupun mereka tu bkn islam.. Walaupun kita tk de niat menfitnah or something else but if someone is trust about what you say itu adalah kesahan and can timbulkan fitnah sesama manusia di mukabumi ini. Saya ni pun ade jugak.melakukan kesilapan dlm hidup so sama sama lah kita renungkan diri untuk menuju jalan yng benar.. Wallahualam

      Padam
  3. aku lagi suka morning mosume. haha

    BalasPadam
  4. Saya sudah banyak tengok variety show Korea, dan membuli atau mengambil kesempatan itu sebenarnya adalah untuk hiburan. Untuk melawak. Tidak lebih dari itu. Lagipun yang dalam variety show Korea itu kebanyakkannya bersifat mission/game. Saya cadangkan tuan menonton lebih banyak variety show Korea sebelum tuan menulis artikel ini. Don't take it too hard on games. Lainlah video yang Tuan tengok itu merupakan cctv yang tersembunyi.

    BalasPadam
  5. Bagi saya lah kan... Mereka nie bkn kurang ajar or something like you say But it just hiburan semata mata .. Kita tk boleh mengata yng bukan2 jika kita tk tahu hal yng sebenar berkaitan seseorang yng anda katakan kerana itu berkemungkinan fitnah ( just for remember) biarpun mereka itu bkn islam but its still bring dosa for us.. Itu hanya rancangan television. Kita tk thu sifat mereka yng sebenar... Jangan menilai seseorang melaluinya apa yng kita nmpk ... Kita boleh memberi pandangan but boleh dalam diri kita sendiri janganlah disebarkan seperti ini kerana jika ade orng yng mempercayainya pasti itu sudah menjadi sesuatu yng salah jika ianya tdk betul... So kita renung renungkan diri.. Saya nie tk lepas dr kesilapan jugak so sama samalah kita menuju jalan yng benar.. Wallahualam..

    BalasPadam
  6. Saya rasa ulasan yang diberi oleh admin adalah kurang betul dan saya juga kurang setuju dengan apa yang admin katakan tentang 3 orang ahli dari Running Man iaitu Yoo Jae Suk,Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.dalam running man mereka bertiga memang macam tu tapi bila di luar mereka amat menghormati orang tak kisahlah yang lemah atau kuat dan kalau mereka berjumpa peminat mereka,mereka akan layan peminat mereka dgn baik kerana mereka tahu peminatlah yang membuatkan mereka popular di serata dunia. Bukan seperti artis di malaysia,peminat ingin bergambar ditolaknya pemintaan peminat tersebut.maaflah kalau kata saya ini menyebabkan ada yang akak bash saya katakan saya kpopers.saya ini minat semuanya tentang korea tapi saya tak terlampau finatik sangat.saya cuma minat macam biasa.ini saja ulasan yang saya blh ulas tentang artikel admin ini.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.