Rabu, 28 Mei 2014

FENOMENA POLITIK DI TELUK INTAN

Dyana Sofya Mohd Daud




      
        Tiba tiba sahaja nama Dyana Sofya binti Mohd Daud menjadi begitu popular di dalam arena politik Malaysia. Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi juga dilantik sebagai calon PRK Teluk Intan untuk menentang calon BN, Datuk Mah Siew Keong. Berkelulusan undang undang dari UiTM dan menjadi setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

       Walaubagaimanapun, bukan faktor itu sahaja yang meningkatkan nama Dyana di persada politik Malaysia malah faktor dia mewakili parti DAP di dalam PRK kali ini juga meningkatkan popularitinya. Semua orang tahu bahawa DAP adalah parti politik chauvinis kaum Cina walaupun ditentang keras oleh pemimpin pemimpin parti itu. Bagi yang melihat DAP dengan mata hati dan akal, pasti akan melihat DAP sebagai sebuah parti chauvinis kaum Cina namun bagi yang melihat DAP dengan ‘mata untuk mendapatkan kuasa politik’ sudah pasti tidak akan melihat hal ini.

       Pada hemat saya, itu adalah hak Dyana untuk menyertai parti itu. Di dalam negara demokrasi, kita berhak untuk memilih haluan perjuangan kita. Kita tidak perlu marah kepada Dyana untuk menyertai parti DAP itu. Itu adalah haknya. Dia mahu masuk parti DAP, PAS, PKR, UMNO, Parti Komunis Malaya malah Parti Hari Jadi pun kita tidak berhak untuk melarangnya dari menyertai mana mana parti.

       Namun, apa yang sedih tentang Dyana ini adalah kenyataan kenyataannya yang langsung tidak melambangkan yang dia seorang gadis Melayu yang beragama Islam dan lahir di Malaysia. Bermula dengan kenyataannya yang menolak Hudud (menurut laporan Malaysiakini) kemudian menentang pelaksanaan hukum Hudud, mendesak UiTM dibuka kepada bukan Melayu dan mendesak IPTA seperti UiTM ditubuhkan khas untuk kaum Cina (dipetik dari Blog Zulkifli Noordin).

       Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dyana ini bukan sahaja mengguris hati orang Melayu malah pada yang sama menyeronokkan kaum chauvinis di luar sana. Sudah tentu ultra kiasu akan bersorak kegembiraan mendengar ucapan Dyana ini.

       Pelik bin aneh apabila PAS, parti yang memperjuangkan Islam dan berdegar degar untuk melaksanakan hukum Hudud begitu ghairah menyokong Dyana yang terang terang menolak Hudud. PAS mengatakan UMNO kafir kerana menolak Hudud tetapi mengapa pula PAS tidak mengatakan Dyana kafir apabila menolak Hudud? Di mana suara lantang Hadi Awang, Nik Aziz, Husam Musa, Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang begitu lantang mengkafirkan UMNO? Adakah telah disumbat dengan serban oleh pemimpin pemimpin DAP? 

        Dyana juga mahu UiTM dibuka kepada bukan Melayu yang selama ini hanya didominasi oleh orang Melayu. Mengapa dia tidak menyoal mengapa mesti ada SJKC dan SJKT di Malaysia? Hanya Malaysia sahaja negara di dunia yang berada di luar China dan India yang mempunyai sekolah untuk kaum Cina dan kaum India. Amerika dan Singapura pun tidak ada. Jika ada pun bilangannya tidaklah seperti banyaknya di Malaysia. Dyana sepatutnya memperjuangkan sekolah satu aliran yang sememangnya menjadi satu perkara terpenting dalam merapatkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

       Kalau Dyana merasakan tidak suka dengan UiTM, mengapa dia menerima tawaran masuk ke universiti itu dahulu? Mengapa dia tidak masuk ke universiti awam lain yang perlu bersaing dengan pelajar pelajar yang bukan Melayu? Ataupun mengapa dia tidak masuk sahaja ke universiti swasta yang sememangnya ramai orang bukan Melayu di luar sana? Jika Dyana seorang yang berpegang kepada prinsip, alangkah bagusnya jika dia boleh pulangkan semua ijazah undang undang yang dia terima dari UiTM itu (dipetik dari blog Zulkifli Noordin). Dia tidak perlu berkokok ke sana ke mari untuk mengatakan bahawa UiTM adalah universiti rasis!

       Inilah contoh Melayu yang seperti kata pepatah bagai kacang lupakan kulit atau bagai melepaskan anjing yang tersepit! Melayu yang lupa asal usulnya dan lupa perjuangan bangsanya. Belum ada lagi mana mana Melayu yang berani mengatakan seperti Dyana. Inilah kali pertama. Sudah puluhan tahun UiTM ditubuhkan untuk merapatkan jurang akademik antara orang Melayu dan orang bukan Melayu tetapi kini muncul pula Melayu berfikiran liberal yang mempertikaikan tentang fungsi universiti itu.

       UiTM juga bukan hanya untuk orang Melayu sahaja. UiTM juga dimasuki oleh orang bukan Melayu yang bertaraf Bumiputra seperti Orang Asli, Orang Iban dan pelbagai suku kaum dari Sabah dan Sarawak. Jadi, jika mengatakan UiTM adalah universiti rasis Melayu amatlah tidak wajar sama sekali.

       Saya tidak kata bahawa kita perlu sokong UMNO/BN jika masuk UiTM atau universiti universiti awam yang lain. Saya juga tidak kata bahawa salah untuk kita menjadi pembangkang. Dalam sebuah negara demokrasi, suara pembangkang adalah perlu untuk mewujudkan ‘semak dan imbang’ dalam pentadbiran sesebuah negara namun bukan seperti pembangkang di Malaysia. Pembangkang di Malaysia tidak sama dengan pembangkang di Amerika, United Kingdom dan negara negara maju yang lain. Pembangkang di Malaysia membangkang semua perkara sama ada yang baik ataupun yang buruk. Pembangkang di Malaysia hanya pandai mencari kesalahan, buat fitnah, mengutuk di sana sini namun tidak pula memberi idea bagaimana untuk membangunkan negara. Jika di Parlimen, mereka hanya pandai memprovokasi tetapi tidak pula mahu menyampaikan buah fikiran untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang berlaku.

       Lihat sahaja apabila tragedi di Lahad Datu berlaku. Pembangkang di Malaysia bukannya mahu membantu kerajaan dengan memberi idea untuk menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya menghentam kerajaan dengan mengatakan bahawa tragedi yang meragut nyawa dan menggugat keselamatan negara itu sebagai satu sandiwara daripada kerajaan!

       Saya meramalkan Dyana Sofea akan menang dalam PRK Teluk Intan ini. Ini berdasarkan beberapa faktor antaranya kerusi itu adalah kerusi yang ditinggalkan oleh calon DAP dan majoriti pengundi adalah dari kaum Cina. Pengundi pengundi Cina pasti akan memberi undi kepadanya walaupun dia calon Melayu. Mereka tidak kisah calon itu berbangsa apa asalkan calon itu mesti dari DAP ataupun sekutu kuat DAP. Jadi tidak hairanlah jika ramai calon Melayu dalam PR boleh menang dalam kawasan yang pengundinya majoriti Cina.

       Tambahan pula, anak anak muda Melayu juga yang sudah sekian lama menolak BN pasti akan mengundi Dyana di Teluk Intan ini. Mereka tidak kisah apa yang akan berlaku kepada agama, bangsa dan negara mereka asalkan mereka dapat menumbangkan UMNO/BN dalam pilihan raya. Itulah matlamat mereka. Bagi mereka apa yang UMNO/BN buat adalah jahat dan apa yang pembangkang buat adalah baik.

       Kebanyakkan anak anak muda sudah lupa Peristiwa 13 Mei 1969. Mereka tidak ingat apa yang DAP lakukan sewaktu mereka menang di Selangor dalam Pilihan Raya Umum 1969.  Jika mereka ingat pun, mereka pasti akan buat buat lupa dan mengeluarkan hujah hujah dangkal untuk menghalalkan sokongan mereka itu. Mereka tidak tinggal di Kampung Baru jadi mereka tidak tahu. Apa yang mereka tahu adalah tumbangkan kerajaan UMNO/BN dan gantikan dengan Pakatan Rakyat.

       Ingatlah, orang yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula. Pada hari ini Dyana mencerca orang Melayu seolah olah dia lebih Cina dan Cina. Tetapi apabila dia tua nanti tatkala apa yang dia perjuangkan selama ini menjadi kenyataan, tatkala itu nasi sudah pun menjadi bubur. Dia akan sedar apabila anak anak dan cucu cucunya akan menerima bahana hasil daripada perjuangannya. Tahniah Dyana! Semoga Allah memberkati hidup kamu!


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.