Jumaat, 23 Mei 2014

APA SEBENARNYA PILIHAN PAS : HUDUD ATAU DAP?

Mohamed Nabi Bux

      Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugur akan berlangsung esok. Apa yang istimewanya pilihan raya kali ini adalah tanpa kehadiran calon BN. Justeru itu, persaingan yang akan diterima oleh calon DAP, Ram Karpal Singh Deo agak mudah. Saya meramalkan yang Ram Karpal akan memenangi kerusi ini. Ini kerana kawasan itu adalah kubu kuat DAP dan majorit pengundi adalah pengundi Cina (74.49%) berbanding Melayu (14.48%), India (10.56%) dan lain lain (0.48%). Jadi, peluang untuk anak mendiang Karpal Singh ini menang amat tinggi sekali. Walau apa pun, saya hanya mampu meramal tetapi yang menentukan adalah Allah s.w.t jua.

       Dari segi kekuatan calon ternyata Ram Karpal mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk memenangi kerusi itu. Calon BEBAS dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan ternyata seorang calon yang berwibawa untuk menentang Ram Karpal namun dari segi kekuatan ternyata dia masih lemah. Dua calon BEBAS yang lain, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek binMohd Zan juga tidak mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti mana yang ada pada Ram Karpal dari DAP yang mempunyai jentera pilihan raya yang kukuh dan tersusun.

       Di sebalik kerancakkan kempen yang dijalankan oleh keempat empat calon bertanding, timbul pelbagai isu di dalamnya. Isu calon BEBAS, Abu Backer Mohd Zan yang dilanggar kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila tidak dapat bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu.

       Kemudian timbul pula isu mengenai seorang anggota PAS, Mohd Nabi Bux yang bertanding atas tiket BEBAS semata mata untuk menyokong hukum Hudud di Parlimen namun PAS tidak merestui apa yang dilakukan oleh Nabi Bux ini. Ad aura ura dari pucuk pimpinan PAS untuk memecatnya sebagai anggota parti Islam itu. Lebih menyedihkan apabila PAS sendiri langsung tidak menyokong tindakan Nabi Bux ini sebaliknya menyokong calon DAP yang terang terang menentang Hudud.

       Oleh itu, apakah pendirian PAS mengenai hukum Hudud ini? Apakah benar PAS bersungguh sungguh untuk melaksanakan Hudud di Kelantan atau itu hanya sebagai satu retorik politik untuk mendapatkan undi orang Melayu? Jika PAS benar benar mahu melaksanakan Hudud, PAS perlu menyokong ahli partinya sendiri yang mahu bertanding semata mata mahu membantu PAS di Parlimen untuk menyokong rang undang undang Hudud yang hendak dibentangkan (tetapi tidak jadi) di Parlimen.

        Ironinya, PAS menyokong Ram Karpal yang terang terang menentang Hudud. PAS mengatakan UMNO sebuah parti kafir kerana tidak mahu melaksanakan Hudud namun apa pula bentuk akidah orang PAS yang menyokong orang kafir yang sememangnya menolak Hudud? Buruk buruk UMNO pun mereka masih mahu menyokong PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan.

       Sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS menggunakan Hudud sebagai gula gula pilihan raya seperti mana UMNO/BN menggunakan BR1M untuk digunakan sebagai gula gula pilihan raya. Benarlah kata Yahaya Ismail, PAS sanggup melondehkan serbannya untuk ‘bermarhaban’ dengan DAP semata mata untuk mendapat kuasa politik. PAS bukanlah parti yang memperjuang Islam tetapi parti yang menggunakan Islam untuk tujuan politik!

       Kalau PAS mengatakan bahawa MCA juga sama menentang Hudud, itu sudah menjadi lumrah, Orang kafir memang tidak pernah suka dengan orang Islam. Tidak kira sama ada mereka DAP, MCA, MIC dan parti apa sekalipun, asal sahaja mereka kafir mereka tidak pernah suka Islam. Ini bukan saya kata tetapi ini adalah sabda Rasullullah. Mereka tidak akan pernah redha dengan kita selagi kita tidak mengikut mereka.

“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. (Surah Al Baqarah : ayat 120)

      Sudah acapkali saya bilang, PAS perlu keluar dari PR. PAS tidak boleh bersama PR namun PAS tidak mahu percaya. Mereka mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan kerjasama mereka dengan PKR dan DAP. Dulu mereka kata UMNO kafir kerana bersama dengan MCA dan sekarang adakah mereka tidak kafir apabila mereka bersama DAP?

      Namun, sayang seribu kali sayang pemimpin pemimpin PAS tetap dengan ego mereka sendiri seperti mana ego pemimpim pemimpin UMNO. PAS mengeluarkan segala hujah hujah dangkal untuk menghalalkan tahaluf siyasi antara mereka dengan DAP. Jika beginilah sikap dan pendirian PAS, sampai bila pun orang Melayu akan berpecah belah, Islam dan Melayu akan terus diperkotak katikkan.

      Sekali lagi saya menyeru kepada PAS supaya keluar dari PR dan bergabung dengan UMNO. Saya tidak menyuruh PAS untuk masuk UMNO tetapi PAS dan UMNO mesti bersatu di dalam kerangkan Islam, Melayu dan Malaysia.  




0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.