Sumber : Google |
Terkejut dan pilu semua orang apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Dr.
Haron Din pergi menghadap Ilahi pagi tadi. Beliau pergi meninggalkan
rakyat Malaysia khususnya dan penduduk dunia amnya kerana mengidap
masalah jantung di Amerika Syarikat sana. Pemergian beliau itu wajarlah
ditangisi kerana seorang lagi ilmuan Islam sudah tiada lagi.
Apabila seorang ulamak pergi, maka kepakarannya yang tinggi itu turut
sama pergi. Justeru, pakar rujuk dalam beberapa bidang agama sudah
semakin berkurangan. Sudahlah orang yang pakar dalam bidang agama
kurang, pemergian Datuk Dr, Haron Din tambah mengurangkan lagi apa yang
sudah sedia kurang itu. Sebab itulah umat Islam di Malaysia dan mungkin
juga umat Islam di dunia semakin bertambah tambah rugi.
Semasa
Datuk Dr. Haron Din menjawat jawatan Mursyidul Am PAS, politik Malaysia
berada dalam keadaan bercelaru dan rakyat Malaysia ramai yang keliru.
Beliau bukan sahaja perlu bergasak dengan lawan politiknya seperti UMNO
dan DAP, malah perlu juga bergasak dengan ahli PAS yang lompat parti.
Memegang jawatan besar dalam PAS itu bukan sesuatu yang indah baginya,
tetapi sungguh perit bisanya kerana beliau bukan sahaja perlu bertarung
dalam politik semata mata, malah perlu bertarung untuk melaksanakan
Hudud juga.
Haron Din bukanlah ahli politik yang banyak
berbicara. Dia banyak diam dan hanya bercakap apabila perlu sahaja. Dia
bertindak seperti yang Islam minta dan bukannya bertindak seperti ramai
politikus yang cetek akalnya.
Sungguh sedih apabila beliau tidak
sempat melihat Hudud dilaksana di bumi Malaysia. Tambah sedih lagi
apabila beliau tidak berpeluang waima sekali untuk memerintah Malaysia.
Saya bukan mahu paksa pembaca undi PAS dalam pilihanraya tetapi saya
mahu kita beri peluang untuk orang agama memerintah Malaysia. Mudah
mudahan segala masalah yang berlaku dalam negara boleh diselesai dengan
serta merta.
Kita sudah biasa diperintah oleh orang sekular dan
orang professional belaka. Setakat hari ini, banyak masalah tidak
selesai juga. Marilah kita beri peluang kepada orang orang agama untuk
perintah Malaysia pula kerana kita percaya yang mereka ini Allah
sentiasa pacu walau di mana sahaja mereka berada. Siapa tahu, jika orang
agama perintah Malaysia, rahmat Allah datang bertimpa timpa dalam
negara. Dan saya yang miskin Islam di dada ini boleh jadi kaya raya
pula.
Semakin hari semakin ramai ulamak yang pergi. Bila
ramai ulamak pergi, itu tandanya kiamat sudah hampir pasti. Bila tiada
ulamak lagi, siapakah yang mahu ajar kita semua tentang ilmu ilmu Islam
yang tulen dan banyak ini? Maka tercari carilah kita dalam kegelapan
suatu hari nanti. Justeru, hargailah setiap ulamak yang masih hidup ini.
Jangan dihina mereka sebaliknya bergurulah dengan mereka supaya kita
tidak susah di kemudian hari.
Datuk Dr. Haron Din sudah tiada
lagi. Sungguh payah untuk dirinya dicari ganti. Apa yang kita perlu buat
sekarang adalah amalkan ilmu yang telah beliau beri dan terus
menyambung perjuangan yang telah beliau warisi. Semoga Allah tempatkan
rohnya di syurga yang paling tinggi. Al Fatihah…
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.