Sumber : Google |
Saya yakin tentu masih ramai yang
berasa sedih dan pilu lagi dengan pemergian Dr. Haron Din beberapa hari yang
lalu. Pemergian ulamak muktabar itu meninggalkan kesan besar kepada dunia
dakwah dan dunia politik tanah air. Kesan pemergian beliau itu masih dirasa sehingga
sekarang sehingga ada yang bergaduh di laman sosial gara gara tweet
dungu seorang ahli parlimen DAP terhadap beliau.
Walau bagaimananpun, beliau sudah pun
pergi menghadap penciptanya. Tiada apa lagi yang boleh kita lakukan selain
menadah tangan dan mengucap takziah kepada ahli keluarga beliau. Kita semua
yakin bahawa beliau sebagai seorang ulamak, pendakwah, dan ilmuan pasti akan
mendapat tempat yang baik di syurga Allah nanti.
Dalam pada kita semua mengucap
takziah atas kematiannya, mahu pula saya mengucap tahniah kepadanya. Ucapan
tahniah saya itu justeru bukan kerana atas kematiannya namun atas
peninggalannya. Walaupun dia telah pergi menghadap Ilahi, namun dia telah
berjaya meninggalkan waris keturunan yang baik baik dan taat pada agama belaka.
Dan itulah impian setiap orang apabila mereka mahu tutup mata.
Sumber : Google |
Saya berasa bangga apabila cucu
beliau, Hakeem Hamdi yang baru berusia 17 tahun itu sudah mampu menjadi imam
solat jenazah ghaib yang dibuat untuknya. Remaja berusia 17 tahun itu mengetuai
solat jenazah yang dihadiri oleh bukan calang calang orang. Dia mengetuai solat
jenazah yang dihadiri oleh ulamak dan pemimpin politik Islam yang disegani ramai
seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang misalnya.
Bukan suatu kerja mudah untuk
mengetuai kerja kerja agama yang dihadiri oleh seorang ulamak yang diketahui
mahir dalam urusan agama juga. Tetapi Hakeem Hamdi mampu melakukannya. Atas sebab
itulah saya mengucap tahniah kepada Dr. Haron Din yang mempunyai cucu yang
hebat seperti Hakeem Hamdi itu.
Bukan semua orang beruntung seperti
Dr. Haron Din. Tidak ramai orang yang taat agama mempunyai anak dan cucu yang
taat agama juga. Ada juga orang yang bapanya imam tetapi anaknya menjadi pelesit
kampung. Minta dijauhkan seberapa lama nasib yang amat malang sebegitu rupa.
Kita amat yakin bahawa Dr. Haron Din
tiada siapa yang mampu untuk menjadi pengganti. Tetapi kita amat yakin bahawa
anak, cucu, dan pelajarnya boleh menjadi pewaris kepada ilmu dan dakwahnya. Selain
kita berdoa untuk Dr. Haron Din di alam barzah sana, marilah kita berdoa supaya
Hakeem Hamdi boleh jadi seperti datuknya. Jika tidak mampu menyaingi datuknya
pun tidak mengapa, asalkan kerja kerja dakwah dan ilmu datuknya dibawanya
sampai ke hari tua untuk umat Islam di Malaysia dan umat Islam di seluruh
dunia. Moga moga Islam terus subur waima Dr. Haron Din sudah pun lama tiada. Itulah
peranan yang perlu dibuat oleh ahli keluarga dan para pelajarnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.