Sabtu, 17 September 2016

CARA MEMBUAT SAMBAL SEDAP YANG PEMINAT MAKAN PEDAS WAJIB TAHU!

Image result for cara membuat sambal yang sedap
Sumber : Google

Ada sesetengah orang, misalnya ibu saya sendiri, jika tidak ada makanan atau masakan yang pedas dalam hidangannya, dia pasti tiada selera makan. Seboleh-bolehnya juga dia mahu rasa pedas itu hadir dalam makanan yang dia makan. Jika tidak ada rasa pedas, dia hanya makan sedikit sahaja.

Makanan yang ada cili seperti sambal adalah kegemaran ibu saya. Jika tidak ada sambal, dipatahnya cili padi untuk dimakannya bersama nasi putih bagi menghadirkan rasa pedas itu.

Pokok pangkalnya, makanan yang pedas seperti sambal gesek, sambal tempoyak, sambal belacan, dan air asam adalah makanan yang memang disukai oleh ibu saya. Bukan hanya ibu saya sahaja yang suka, kebanyakkan orang yang gemar makan pedas pun pasti suka. 

Walau bagaimanapun, bukan semua orang mempunyai kemahiran yang baik untuk menyediakan sambal gesek, sambal tempoyak, dan air asam. Memanglah ketiga tiga makanan itu nampak mudah untuk disediakan tetapi jika tidak mahir, sambal itu mungkin rasanya tidak sedap atau kurang sedap.  

Oleh yang demikian, sebagai seorang penulis blog, inginlah saya membantu anda semua yang kurang mahir atau tidak mahir langsung menyediakan sambal, belajar untuk membuat sambal yang sedap. Mahu tahu cara membuat sambal yang sedap? Cuba ke laman web ini ---> Cara Membuat Sambal Yang Sedap <--- Belajarlah membuat sambal yang sedap kerana ia bukan sahaja boleh menambahkan selera makan malah boleh juga mengikat kasih sayang antara ahli keluarga. Selamat mencuba...

 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.