Ahad, 25 September 2016

MANA BAGUS : MEMANDU KERETA ATAU MENUNGGANG MOTORSIKAL?

 still thinking giphy

Apabila ada soalan ditanya kepada anda, antara memandu kereta dan menunggang motorsikal, yang mana satu lebih baik, apakah jawapan anda pada waktu itu? 

Masing masing ada jawapan dan pendapat sendiri bagi menjawab persoalan tersebut. Terpulanglah kepada anda mahu memilih jawapan yang mana kerana semuanya bergantung kepada keselesaan dan diri anda. Tiada satu jawapan yang pasti dan utuh bagi menjawab persoalan yang dikemukakan itu.

Bagi penulis, penulis lebih suka menunggang motorsikal kerana ia lebih cepat untuk sampai ke destinasi. Apabila jalan sesak, menunggang motorsikal adalah lebih baik daripada memandu kereta. Penulis tidak perlu beratur panjang panjang ketika jalan sesak untuk menunggu kereta hadapan bergerak bagi membolehkan penulis sampai ke tempat yang ingin penulis tuju. 

Walau bagaimanapun, dalam konteks keselamatan, memandu kereta adalah lebih selamat berbanding menunggang motorsikal. Menunggang motorsikal mempunyai risiko yang tinggi untuk nyawa kita melayang. Ini kerana, apabila terlibat dalam sesuatu kemalangan, penunggang motorsikal adalah yang paling parah sekali baik dia yang dilanggar mahupun dia yang melanggar. 

Apa yang penulis lontarkan di atas tadi hanyalah pendapat peribadi penulis sahaja. Penulis tidak mahu mengganggu pendapat atau jawapan yang telah anda pilih bagi menjawab persoalan tersebut. Setiap orang pasti ada jawapan mereka yang tersendiri bagi menjawab persoalan yang penulis lontarkan pada perenggan pertama entri ini. 

Oleh yang demikian, inginlah penulis berkongsi kepada pembaca blog ini untuk mendapatkan jawapan yang tepat bagi soalan yang penulis lontarkan di awal entri ini. Jika anda mahu mendapatkan jawapan yang betul mengenai soalan yang sedang kita bincangkan sekarang, sila ke laman web ini ---> Mana Bagus : Memandu Kereta Atau Menunggang Motorsikal?  <--- Baca dan dapatkan jawapan yang tepat mengenai kebaikkan antara memandu kereta dan menunggang motorsikal. Semoga dengan perkongsian serba ringkas ini boleh membantu anda semua untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan soal gaya hidup ini. Selamat membaca...





 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.