Khamis, 13 Ogos 2015

PENINDASAN EKONOMI MENGUJI PERPADUAN MELAYU

Sumber : Google

Penindasan ekonomi yang dilakukan oleh ultrakiasu terhadap orang Melayu dan umat Islam di Malaysia semakin berleluasa sejak akhir akhir ini. Mereka menjual barangan tiruan dengan harga yang tinggi dan mendakwa itu adalah barangan tulen. Mereka juga acapkali mencampurkan bahan haram seperti gelatin babi dalam makanan orang Islam dan menggunakan label yang berunsur Melayu/Islam untuk mengaburi mata orang Islam supaya membelinya. Mereka membuat makanan yang dimakan oleh orang Islam di tempat tempat yang kotor dan jijik. Mereka juga mencantas perniagaan orang Melayu yang baru sahaja mahu berkembang dengan pelbagai cara antaranya menaikkan harga bahan mentah sesuka hati mereka. 

Itu adalah serba sedikit penindasan ekonomi yang dilakukan oleh ultrakiasu terhadap orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Oleh sebab penindasan ekonomi yang berterusan dilakukan oleh ultrakiasu ini, maka orang Melayu menjadi marah. Mereka marah kerana mereka juga berhak untuk menikmati kek ekonomi yang ada di dalam negara ini. Ultrakiasu yang tamak haloba terus membolot kekayaan ekonomi negara demi survival diri dan bangsa mereka menyebabkan orang Melayu terkontang kanting mencari sesuap nasi di negara mereka sendiri.

Kemarahan orang Melayu yang tidak dapat dibendung lagi itu menyebabkan mereka mengambil tindakan sendiri walaupun tindakan itu tidak rasional kerana mereka sudah tidak punya sesiapa lagi untuk mengadu nasib malang mereka. Pemimpin kerajaan mahupun pemimpin pembangkang pasti akan berpihak kepada ultrakiasu dan saling menyalahkan sesama sendiri tidak berupaya untuk membantu orang Melayu yang ditindas dalam bidang ekonomi ini. Maka, kemarahan orang Melayu bertambah meluap lagi kerana pemimpin Melayu di dalam parti parti politik tidak berupaya untuk membantu mereka kerana pemimpin tersebut amat amat memerlukan undi ultrakiasu dalam pilihanraya agar mereka terus berada di atas singgahsana kuasa.


Orang Melayu terus mempamerkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka. Mereka melontarkan kemarahan mereka di mana mana termasuklah di dalam media sosial. Ultrakiasu yang sememangnya memang tidak sebulu dengan orang Melayu terus mempertahankan diri mereka dengan memanipulasikan fakta dan hujah supaya kebenaran yang palsu terus berpihak pada diri mereka.

Dalam hal mempertahankan hak berekonomi ini, jelas orang Melayu tidak senada dan seirama dalam mempertahankan hak mereka. Orang Melayu yang mempertahankan hak mereka dalam ekonomi dipandang serong oleh sebilangan orang Melayu yang lain. Orang Melayu yang mempertahankan hak berekonomi mereka terus dikecam oleh orang Melayu yang lain atas dasar menjaga perpaduan kaum. Melayu yang mengecam Melayu yang mempertahankan hak ini jelas buta hati dan tertutup minda kerana terlalu percaya dengan ‘kebaikan’ ultrakiasu.

Orang Melayu hanya mempertahankan hak mereka di dalam ekonomi sahaja. Tetapi oleh kerana berlaku pertembungan dengan bangsa ultrakiasu dalam mempertahankan hak itu, maka orang Melayu pula yang dianggap rasis dan ekstreamis. Tanggapan rasis dan ekstreamis itu bukan hanya dilontarkan oleh ultrakiasu, tetapi juga oleh orang orang Melayu sendiri.    

Sepatutnya semua orang yang berbangsa Melayu perlu bekerjasama dalam mempertahankan hak mereka supaya tidak ditindas di dalam ekonomi. Tetapi oleh kerana ramai orang Melayu yang berfikiran liberal, buta hati dan tetutup minda, maka mereka tidak mahu bersatu padu dalam mempertahankan hak bangsa mereka sendiri sebaliknya mereka mempertahankan pula ultrakiasu yang menindas orang Melayu dalam bidang ekonomi. Orang Melayu yang terlalu percaya dengan ‘kebaikkan’ ultrakiasu dan terlalu mahu ‘menjaga perpaduan kaum’ di Malaysia, mengeluarkan hujah hujah dangkal untuk memberi sokongan kepada ultrakiasu dan mengecam orang Melayu yang mempertahankan hak mereka.

Orang Melayu tidak sama seperti ultrakiasu yang senada dan seirama dalam mempertahankan hak mereka. Oleh sebab itulah, ultrakiasu terus berjaya menguasai kek ekonomi negara tanpa dapat ‘dicicip’ sedikit pun oleh orang Melayu kerana wujud orang Melayu yang menjadi penjilat nombor wahid kepada ultrakiasu memandangkan mereka terlalu percaya dengan lakonan yang dimainkan oleh ultrakiasu.

Sebab itulah orang Melayu mesti berusaha beramai ramai untuk menguasai ekonomi negara dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Orang Melayu sudah tidak boleh lagi mengharapkan ultrakiasu untuk mendapatkan barang keperluan mahupun barang kehendak. Orang Melayu mesti berusaha keras supaya apa yang dimiliki oleh ultrakiasu boleh juga dimiliki oleh orang Melayu.

Ingatlah, orang Melayu sudah tidak punya pegangan yang kukuh lagi dalam bidang politik. Kuasa politik Melayu terus terhakis kerana dikikis oleh pemimpin pemimpin Melayu sendiri. Untuk orang Melayu terus dapat bertahan di bumi Malaysia, orang Melayu mesti menceburkan diri dalam bidang perniagaan supaya mereka berupaya menguasai ekonomi negara seperti mana yang dilakukan oleh ultrakiasu.

Dalam hal ini, pemimpin Melayu dan peniaga Melayu yang kaya raya itu mestilah memberi bantuan kepada orang Melayu untuk mereka berupaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tetapi, jika pemimpin Melayu pun sibuk mengejar kuasa politik dan peniaga Melayu yang kaya raya terus bersikap sombong, nescaya perkara itu tidak akan terjadi. Maka, orang Melayu terus melarat di tanah air mereka sendiri.  

Jika orang Melayu masih alpa dan leka terutama orang Melayu yang menjadi penjilat nombor wahid kepada ultrakiasu itu, tunggulah nasib orang Melayu yang akan terus tertindas dan ditindas. Saya tertanya tanya, adakah bila tiba waktu itu, Melayu si penjilat ultrakiasu ini sudah sedar atau masih lagi menjadi penjilat ultrakiasu?


3 ulasan:

  1. Melayu banyak kali bersabar sehingga ada yang mengambil kesempatan.
    Namun Melayu perlu kembali bersatu dalam ekonomi untuk kelangsungan hidup di bumi Malaysia yang tercinta

    BalasPadam
  2. Malangnya sebilangan pemimpin melayu dan pihak berkuasa tidak serius menghalang penindasan ini. Mungkin kerana ultrakiasu punya wang berjuta?

    BalasPadam
  3. Itu yang pentingnya kita menguasai bidang ekonomi. Bila hanya membeli, inilah yang terjadi. Memang menyedihkan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.