Sumber : Google |
Manusia seni atau artis – tidak kira
pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, atau pengacara memang sudah mengalami
krisis moral sekarang. Apa itu krisis moral? Krisis moral adalah kekurangan
(atau tiada langsung) nilai nilai moral dalam diri mereka sama ada ketika
mereka berkarya ataupun ketika berada di khalayak umum.
Cuba kita perhatikan artis artis kita
apabila mereka berlakon atau menyanyi. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan
adalah perkara biasa. Berpelukkan sama ada di atas pentas atau di depan kamera
bukanlah satu perkara yang dangkal. Mencarut dan memaki hamun orang lain sesuka
hati di media media sosial langsung tidak menghadirkan rasa berdosa dalam diri.
Memakai pakaian seksi sama ada di dalam filem (atau drama) atau di anugerah
anugerah tertentu sudah menjadi satu kewajipan. Itu belum lagi cerita perihal
pelakon yang melakukan aksi separuh jimak di atas katil di dalam sebuah drama
televisyen yang heboh baru baru ini.
Pendek kata, manusia manusia seni ini langsung tidak takut untuk
melakukan dosa! Nilai nilai moral sudah lama mati dalam diri mereka.
Lebih parah lagi mereka menghalalkan
perbuatan mereka yang jelas salah itu dengan mengeluarkan hujah hujah dangkal.
Oleh itu, mereka terus mengalami krisis moral kerana mereka percaya apa yang
mereka lakukan itu betul apatah lagi mereka mencari rezeki di dalam dunia seni
yang tidak punya roh Islam di dalamnya.
Kita bukan mahu menghukum mereka
sebagai ahli neraka atau apa tetapi sikap dan perbuatan yang mereka tunjukkan
itu telah memalukan diri sendiri, mencemarkan maruah diri dan pada masa yang
sama, menjatuhkan imej Islam itu sendiri sementelahan mereka adalah orang
Islam.
Kita tidak berniat untuk menjaga tepi
kain mereka tetapi kita khuatir orang bukan Islam akan pandang serong pada
agama kita kerana sikap orang Islam sendiri yang hampir sama sahaja seperti
orang kafir! Saya tidak mengatakan manusia manusia seni ini kafir tetapi sikap
mereka yang serupa macam orang kafir. Cara hidup mereka yang seperti orang kafir
itulah yang menakutkan kita semua kerana itu adalah maksiat. Apabila maksiat
berleluasa, Allah pasti akan mendatangkan bala. Bila Allah timpa bala, tidak
kira siapa, yang buat pahala atau buat dosa, semua pasti akan kena.
Sebab itu ulamak dan agamawan ramai
yang menegur artis artis ini supaya menjaga akhlak dan perangai mereka. Tidak
salah untuk mereka menceburi bidang seni tetapi akhlak diri perlu dipelihara
supaya tidak mencemarkan maruah diri dan maruah agama.
Tetapi artis ini sama macam raja yang
tidak boleh dikritik. Apabila kita mengkritik mereka, mereka akan terus
melenting dan membuat serangan balas di media sosial untuk menghentam kita
semula padahal apa yang kita kritik itu untuk kebaikkan mereka juga.
Oleh kerana artis artis ini tidak boleh
menerima kritikan membina, maka mereka terus hanyut dengan nikmat dunia yang
penuh dusta. Mereka pun terjunlah dengan trofi trofi anugerah mereka. Mereka
terus lalai dan leka, dan syok untuk terus melakukan dosa tanpa ada rasa
bersalah dalam sanubari. Lalu mereka terus sesat di dunia yang nyata.
Apa yang kita boleh buat adalah
sentiasa melontarkan kritikkan terhadap mereka supaya mereka sedar apa yang
mereka buat itu jelas salah. Selain itu, kita wajarlah berdoa untuk mereka agar
tidak terus berada dalam kesesatan yang nyata.
Harap mereka segera insaf kerana
hidup di dunia ini tidak lama!
setuju sgt...saya pun berpandangan yang sama..
BalasPadamPerkongsian yang menarik dan saya juga turut bersetuju. Salam perkenalan daripada http://travelogisma.blogspot.jp/
BalasPadamArtis mempamer dan berkongsi seni tapi niat mereka dikongsikan melalui cara yang salah. Malah pantang ditegur oleh masyarakat dengan alasan kubur lain-lain..sangat teruk..
BalasPadamZumal setuju dengan pendapat Haziq...
BalasPadam