Sumber : Google |
Sejak belakangan ini, ramai sungguh
pemimpin pemimpin dari Barisan Nasional menjadi dungu dengan mengeluarkan
kenyataan kenyataan dangkal dan melucukan. Jika dahulu hanya Ahmad Maslan dan
Hassan Malek sahaja yang dungu, kini Najib dan Azalina Othman Said pun terkena
‘virus’ dungu juga. Mereka turut mengeluarkan hujah hujah yang dangkal semata
mata untuk mempertahankan prinsip songsang dan kuasa politik mereka.
Saya tidak tahu apakah yang
menyebabkan menteri menteri yang dipilih oleh Najib untuk menduduki barisan
kabinetnya itu boleh menjadi dungu. Dahulu, di era pentadbiran Perdana Menteri
sebelum Najib, ramai juga menteri menteri yang tidak sekolah tinggi namun
mereka tidaklah dungu. Tetapi, pemimpin pemimpin di era Najib, ramai yang
berjaya masuk ke universiti, namun boleh menjadi lebih dungu mengalahkan
pemimpin pemimpin yang tidak bersekolah tinggi seperti Temenggung Jugah Anak
Barieng di era Tunku Abdul Rahman.
Negara boleh musnah jika pemimpin
pemimpin dungu ini terus memimpin negara. Jika dengan rakyat sendiri pun mereka
boleh mempamerkan kedunguan mereka, tidak mustahil dengan pemimpin pemimpin
luar, mereka boleh menjadi lebih dungu daripada lembu! Sebab itulah negara ini
sering dibuli oleh negara lain dan banyak masalah dalam negara ini tidak dapat
diselesaikan kerana negara ini dipimpin oleh manusia manusia dungu terutama di
era Najib.
‘Virus’ kedunguan ini bukan sahaja
menyerang pemimpin pemimpin dalam Barisan Nasional sahaja tetapi juga menyerang
pemimpin pemimpin dari parti pembangkang. Sebab itulah, rakyat Malaysia menjadi
haru biru kerana rakyat Malaysia tidak mempunyai sekumpulan pemimpin yang bebas
daripada ‘virus’ dungu itu. Pemimpin pembangkang yang menjadi harapan rakyat
untuk menggantikan pemimpin UMNO-BN pada PRU akan datang seolah olah terkubur
kerana penyakit kedunguan mereka.
Pemimpin pembangkang juga ramai yang
dungu seperti mana pemimpin Barisan Nasional. Mereka juga acapkali mengeluarkan
kenyataan kenyataan yang dungu, dangkal, dan melucukan sehingga mengelirukan
masyarakat dan menyebabkan masyarakat menjadi tidak tenteram dengan kenyataan
kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka. Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Khalid
Samad, Rafizi Ramli adalah kategori pemimpin pemimpin dungu yang berada dalam
parti pembangkang. Jika diikutkan ramai lagi pemimpin yang dungu cuma saya
malas mahu menulis nama mereka satu demi satu kerana hanya membuang masa
sahaja!
Malang betul buat negara dan rakyat
Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang dungu bukan sahaja dalam kerajaan malah
dalam pembangkang. Rakyat mula tertanya tanya siapakah pemimpin yang tidak
dungu yang boleh memerintah negara ini dengan baik? Setakat ini ramai yang
dungu sehingga sukar rakyat mahu membuat pilihan. Akhirnya rakyat terkontang
kanting sendirian dan negara terus ditimpa masalah kerana ramainya orang dungu
yang menjadi pemimpin.
Saya sendiri tertanya tanya mampukan
negara kita menjadi negara maju menjelang tahun 2020 apabila melihat begitu
ramai pemimpin dungu di sekitar kita? Jika negara ini terus dipimpin atau bakal
dipimpin oleh manusia manusia dungu, saya tidak berharap yang negara ini boleh
menjadi negara maju. Jika maju pun hanya mengikut otak dungu pemimpin pemimpin
tersebut.
Jika negara ini mahu menjadi negara
maju dan bebas dari segala masalah yang membelengu kita sekarang, pemimpin
pemimpin yang bijaksana perlu menonjolkan diri supaya pemimpin pemimpin dungu
ini boleh berundur. Jika Malaysia terus diperintah oleh manusia manusia dungu,
negara ini akan terus dilanda masalah dan tidak mustahil kita pun akan menjadi
dungu seperti mereka!
Tidak perlu bijak untuk menjadi pemimpin sekarang ni, cuma perlu dungu tapi cekap mengampu..
BalasPadamkdg diorg ni mcm xde akal bila keluarkan kenyataan....zmn skg ni bkn zmn dulu...maklumat cepat tersebar dan jd viral...mungkin diorg selesa agaknya dgn status "kedunguan melampau" tu kot....
BalasPadamSemua tu kayu...
BalasPadam