Khamis, 13 Ogos 2015

BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH PERKAUMAN DI MALAYSIA?

Sumber : Google

Ramai orang tertanya tanya termasuklah ahli politik, ahli akademik dan rakyat marhaen, bagaimana untuk mengatasi masalah perkauman di Malaysia? Pelbagai cara telah dilakukan oleh kerajaan sama ada secara serius mahupun tidak serius bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Najib Tun Razak. Namun, hasilnya masih sama. Masalah perkauman memang tidak pernah selesai!

Pelbagai dasar dan program telah dilakukan oleh kerajaan selaku ahli politik untuk mengatasi masalah perkauman ini. Ahli ahli akademik juga turut serta membuat kajian sama ada secara adil mahupun tidak bagi mengatasi masalah tersebut. Akhirnya masalah tidak juga selesai sebaliknya makin bertambah parah kerana wujud ketidakadilan dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Masalah perkauman tidak akan selesai selagi ultrakiasu masih lagi berdegil, tidak mahu mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk pribumi khususnya Melayu serta Bumiputra Sabah dan Sarawak. Masalah perkauman tidak akan selesai sekiranya ultrakiasu menghormati kontrak sosial yang sudah terjalin sejak merdeka lagi dan berhenti membuat serangan jahat terhadap Melayu, Islam, Raja Raja Melayu, Perlembagaan, Bahasa Melayu dan Hak istimewa orang Melayu.


Pada hemat saya, masalah perkauman ini tidak berpunca daripada orang Melayu kerana orang Melayu yang beragama Islam ini memang sudah terdidik semenjak kecil supaya menghormati agama dan bangsa lain. Agama Islam sendiri mengajar umatnya agar tidak menghina agama lain. Tetapi persoalannya adakah ultrakiasu melakukan perkara yang sama?

Ultrakiasu yang suka memanipulasikan fakta dan acapkali membuat serangan jahat secara bertali arus terhadap Islam, Melayu, Nabi Muhammad, Allah, Raja Raja Melayu, Bahasa Melayu dan sebagainya telah menyebabkan orang Melayu menjadi marah kepada mereka sedangkan orang Melayu tidak pernah sekalipun melakukan serangan terhadap agama dan bangsa ultrakisu secara terbuka seperti itu.

Ironinya, kerajaan yang memerintah hari ini tidak pernah mengenakan hukuman berat kepada ultrakisu yang sengaja mencabar ketenteraman awam di negara ini. Ultrakiasu yang suka membuat ketegangan kaum dibebaskan selepas meminta maaf. Tetapi, apabila orang Melayu yang cuba mempertahankan hak mereka, pihak kerajaan terutama polis terus mengenakan hukuman berat terhadap orang Melayu tersebut. Di mana keadilan yang sering disebut sebut dalam negara ini?  

Oleh kerana kerajaan yang memerintah hari ini menjadi penjilat super tegar kepada ultakiasu termasuklah pemimpin pembangkang sendiri kerana takut kehilangan undi ultrakiasu dalam pilihanraya, maka segala tindakan dan kenyataan mereka pastilah akan berpihak kepada ultakiasu walaupun kadang kala ultrakiasu ini langsung tidak mahu memberi undi kepada mereka. 

Ketidakadilan pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang yang berbangsa Melayu itu menyebabkan orang Melayu tersepit dan tercungap cungap di negara mereka sendiri. Apa sahaja yang dilakukan oleh ultrakiasu, mereka kebal daripada undang undang. Tetapi, apabila orang Melayu yang ingin mempertahankan hak mereka, mereka ditangkap dan disumbat ke dalam penjara.

Saya khuatir sikap yang ditunjukkan oleh ultrakiasu, pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang ini akan menyebabkan orang Melayu terpaksa bertindak sendiri demi mempertahankan agama dan bangsa mereka. Tindakan tidak rasional yang mungkin diambil oleh orang Melayu ini akan menyebabkan negara menjadi kacau bilau dan huru hara. Sebagai contoh seperti yang terjadi di Plaza Low Yat baru baru ini. 

Oleh itu, saya meminta ultakiasu supaya berhenti membuat serangan jahat secara bertali arus sama ada di media cetak, media elektronik atau media sosial dengan membuat penghinaan terhadap apa sahaja yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ultrakisu mesti menghormati kontrak sosial yang sudah terjalin sejak sekian lama. Pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang juga mestilah menegakkan keadilan apabila berlaku pertembungan kaum di negara ini. Jangan terlalu berpihak kepada ultrakiasu walaupun jelas ultrakiasu yang melakukan kesalahan. Jika perkara itu berlaku, sampai bila bila pun masalah perkauman yang merundung rakyat Malaysia tidak akan pernah selesai!




1 ulasan:

  1. untuk pertama kali sy tahu perkataan ini wujud
    Ultrakiasu

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.