Khamis, 20 Ogos 2015

FAKTA SEBENAR PERISTIWA 13 MEI 1969 YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Gambar sekadar hiasan
Sumber : Google

Ramai orang keliru dengan fakta sebenar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang telan melanda Kuala Lumpur sehingga mengorbankan banyak nyawa. Kekeliruan itu muncul kerana wujudnya usaha usaha pihak tertentu yang tidak berada di tempat kejadian tetapi mengemukakan hujah dan fakta yang jelas salah berkenaan peristiwa tersebut. Mereka membahaskan peristiwa tersebut bukan mengikut daripada faktar sebenar sebaliknya mengikut minda songsang mereka sendiri. Peristiwa yang muncul kerana provokasi kaum tanpa henti terutama daripada ultrakiasu itu haruslah diambil iktibar daripadanya supaya peristiwa semacam itu tidak lagi berlaku di negara ini. 

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlaku di Kampung Baru, Kuala Lumpur ketika ayah saya masih kecil lagi. Kampung Baru adalah tempat tinggal dan tempat saya dibesarkan sekarang. Ia juga adalah tempat lahir, tempat dibesarkan dan tempat tinggal bapa dan Allahyarham datuk saya. Ketika peristiwa itu berlaku, datuk saya berada di Kampung Baru dan dia sendiri menyaksikan peristiwa itu terjadi. Datuk saya juga tahu punca sebenar peristiwa berdarah itu boleh berlaku.

Cerita yang saya tulis ini adalah berdasarkan cerita yang datuk saya ceritakan kepada ayah saya dan ayah saya ceritakan kepada saya. Saya tidak berniat untuk membangkitkan isu perkauman berdasarkan cerita tersebut tetapi saya ingin memberitahu cerita sebenar berkenaan peristiwa itu agar fikiran masyarakat tidak disesatkan dengan fakta fakta songsang melalui peristiwa berdarah itu.


Apabila DAP menang besar di Selangor pada Pilihanraya Umum ke-3 yakni tanggal 10 Mei 1969, orang orang Cina (saya sebut ultrakiasu) dari parti DAP sangat gembira dengan kemenangan tersebut. Mereka berarak ke sekeliling Kuala Lumpur (Kuala Lumpur belum wujud waktu itu) termasuklah di Kampung Baru dengan menaiki beberapa buah lori (lori untuk mengiringi orang Cina mati kalau saya tidak silap) dengan paluan gendang dan alat muzik.

Mereka bersorak dan menyanyi kegembiraan tetapi entah mengapa mereka mula membuat provokasi kaum di Kampung Baru dengan menyebut ‘Melayu Makan Babi’, ‘Melayu Balik Kampung’, dan ‘Melayu Tanam Jagung’. Mereka menyebut perkataan itu selama beberapa hari di sekeliling Kampung Baru tetapi sekadar dipandang dingin oleh orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu terkenal dengan sifat penyabarnya, mereka sekadar memekakkan telinga di atas provokasi kaum yang dicetuskan oleh orang orang Cina ultrakiasu pada waktu itu.

Apabila tahap kesabaran orang Melayu sudah sampai ke kemuncaknya, mereka bertemu dengan Datuk Haron Idris yang ketika itu adalah Menteri Besar Selangor. Rumah Datuk Haron pada waktu itu adalah terletak di Yayasan Selangor berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda sekarang. Mereka mengadu kepada Datuk Haron Idris di atas keceluparan mulut ultrakiasu ultrakiasu tersebut.

Datuk Haron yang terkenal sebagai pemimpin Melayu yang ‘berani mati’ dan mempunyai semangat kemelayuan yang tinggi telah mengajak seluruh orang Melayu supaya mengajar ultrakiasu yang bersikap kurang ajar itu. Maka, ramailah orang Melayu yang mengangkat senjata untuk mempertahankan bangsa dan maruah mereka. Mereka membawa parang dan membunuh semua Cina yang berada di Kampung Baru dan di Kuala Lumpur. Ramailah ultrakiasu yang dibunuh – kepala mereka dilibas dengan parang sehingga putus hingga jalan raya pun menjadi merah kerana dibanjiri oleh darah mereka. Orang Melayu yang terlibat pun turut sama dibunuh oleh ultrakiasu sehingga ramai yang terkorban.         

Apabila keadaan tidak dapat dikawal, maka Tun Abdul Razak (bapa Najib) pun melancarkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan mengisytiharkan darurat di Kuala Lumpur sehingga awal awal tahun 70an. Tujuan darurat diisytiharkan adalah untuk mengekang peristiwa tersebut agar tidak menjadi lebih parah dan tidak banyak lagi nyawa yang terkorban. Tun Razak kemudiannya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), menubuhkan Barisan Nasional dan mewujudkan Rukun Negara untuk menyatupadukan kaum di Malaysia agar peristiwa tersebut di berlaku lagi pada masa kini dan akan datang.  

Ada orang menuduh Tun Razak yang sengaja mencetuskan peristiwa itu untuk merampas kuasa daripada Tunku Abdul Rahman bagi menjadi Perdana Menteri. Saya tidak percaya dengan tuduhan itu kerana jika benar Tun Razak mahu merampas kuasa untuk jadi Perdana Menteri, apa yang boleh beliau lakukan dengan jawatan itu? Malaysia pada waktu itu bukan seperti Malaysia pada masa sekarang yang penuh kemewahan. Tun Razak pun bukan seperti anaknya Najib yang tamak haloba untuk mengaut kekayaan memandangkan negara ini tidak kuat ekonominya pada tahun tersebut. Petronas pun belum wujud lagi pada waktu itu!

Saya percaya peristiwa berdarah itu terjadi kerana provokasi kaum yang dilakukan oleh ultrakiasu. Seperti mana yang mereka lakukan sekarang di media cetak dan media sosial mereka, begitulah juga yang mereka lakukan terhadap orang Melayu di Kampung Baru suatu ketika dahulu sehingga orang Melayu hilang sabar lalu berlakulah rusuhan kaum yang menyayat hati itu. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tidak kira apa bangsa sekalipun janganlah mengulangi perbuatan ultrakiasu di tahun 1969 itu. Kita berharap agar peristiwa berdarah itu tidak akan berulang lagi kini dan selamanya. 


6 ulasan:

  1. tajuk cerita mcm la ada info lain yg msih org x tau kalau setakat ini je... org lain tau 2x lebih dr cerita kau ini. jgn guna tajuk mcm ni lg la derrrr.buat malu jer kalau kau rasa pengetahuan kau tu A sgt. baca lg buku lain. 10 tahun lg bole la buat cerita lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak sebut pun ada info lain yang masih orang tak tahu pasal peristiwa tu dalam artikel ni. Saya sebut ada pihak pihak tertentu yang tiada di tempat kejadian tetapi mengeluarkan fakta fakta yang salah untuk mengelirukan masyarakat. Itu sahaja. Faham artikel tu betul betul. Saya tulis artikel ni bukan nak cerita benda yang ada di dalam buku tetapi saya nak beritahu kepada pembaca blog ni supaya memahami peristiwa tu dengan betul...memahami fakta yang betul dan bukannya fakta yang mengelirukan seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak. Itu saja. Fahami artikel ni betul betul wahai saudara...

      Padam
  2. sebenarnya masih ramai orang kat luar sana yang tak tahu fakta sebenar peristiwa tu kemudian mereka baca fakta fakta yang jelas salah lalu pemikiran mereka menjadi keliru. Sebagai penduduk Kampung Baru, saya tulis apa yang mereka tidak tahu dan apa yang mereka keliru. Itu saja. Tajuk itu untuk orang yang masih tidak tahu atau orang yang mendapat fakta yang salah berkenaan peristiwa tu. Kalau dah tahu atau dah pandai sangat tak payah la baca!

    BalasPadam
  3. Klu ikut CERITA aruah Bapak aku yg meredakan keadaan bila rejimen askar melayu diraja (ramd) masuk meronda kolumpo....ultrakiasu takut dgn askar melayu Dan rejimen inilah yg membantu melayu masih boleh berkuasa....hero yg tidak didendangkan...sebab Bapak aku salah seorang askar melayu dlm ramd masa tu....

    BalasPadam
  4. Semoga peristiwa berdarah seperti ini dapat dielakkan berlaku...

    BalasPadam
  5. Malangnya kali ini anaknya, najib razak membuka peluang keadaan ini berlaku sekali lagi. Cuma kini dikalangan orang-orang Melayu berperang sesama sendiri.. moga dijauhkan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.