Sumber : Google |
Hangat sekali video video pergaduhan
antara tujuh orang lelaki Melayu dengan peniaga peniaga Cina di Plaza Low Yat.
Semua pihak termasuklah wartawan, blogger dan Facebooker tidak putus putus
memanaskan isu dan video tersebut di laman sosial masing masing. Pelbagai
pendapat dan versi cerita berkenaan insiden itu berlegar legar dalam media
sosial, media cetak dan media elektronik.
Saya tidak bercadang untuk mengulas
seribu pendapat dan beberapa versi cerita itu. Cukuplah…saya tidak mahu lagi
mengeruhkan suasana yang sedia keruh kerana keadaan tidak akan menjadi lebih
baik sebaliknya akan bertambah parah. Munculnya tulisan ini adalah untuk
mencari sisi jernih dalam kekeruhan yang berlaku.
Saya bersetuju dengan pendapat Prof.
Dr. Ridhuan Tee Abdullah bahawa kita perlu mencari apa yang betul dan apa yang
salah bukannya siapa yang betul dan siapa yang salah. Pendek kata, kita perlu
mencari jawapan yang konkrit dengan bukti yang kukuh tentang segala kemelut
yang berlaku.
Isu penipuan oleh peniaga Cina
bukanlah isu baru. Semua orang tahu bahawa penipuan adalah resam dalam
perniagaan mereka walau di mana sahaja mereka berada. Oleh sebab itulah,
peniaga Cina mudah untuk berjaya dan kaya dalam bidang perniagaan. Ini bukanlah
satu pandangan rasis daripada saya cuma kita sebagai manusia mesti menerima
hakikat akan kelemahan kita sendiri.
Saya tertarik dengan lontaran
pandangan Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang saya petik dalam blog beliau :
Masih teringat sewaktu
kecil dahulu, saya disuruh oleh arwah bapa saya, seorang peniaga kedai runcit, di kampung Melayu, supaya mencampurkan minyak
petrol dengan minyak tanah, beras putih + beras merah (perang), mengubah
timbangan dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa sahaja yang boleh memberikan
keuntungan lebih, saya diminta melakukannya walaupun perbuatan itu salah.
Maka tidak hairan, jika
ada peniaga keli atau patin memberikan makanan babi atau mencampakkan bangkai
babi ke dalam kolam peliharaan, seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Belum
termasuk lagi kilang bihun yang kotor, menggunakan logo-logo berbunyi Melayu
dan Islamik, seperti cap masjid, cap Fatimah, cap rumah Melayu dan lain-lain.
Mungkin kenyataan ini
akan menjauhkan diri mereka dari Islam, tetapi saya terpaksa bercakap benar,
berdasarkan pengalaman, bagi mendedahkan kebobrokan, untuk berlaku adil kepada
orang Islam yang kerap menjadi mangsa dan dimangsakan oleh kita sendiri.
Saya tidak memandang pandangan Dr.
Ridhuan Tee ini sebagai rasis kerana beliau sendiri berbangsa Cina dan beliau
sendiri pernah terlibat dalam penipuan perniagaan yang dilakukan oleh bapa
beliau. Saya yakin beliau tidak berniat untuk mencerca perniagaan yang
dilakukan oleh bangsa beliau sendiri tetapi pandangan ikhlas beliau ini adalah
semata mata untuk membuka mata umat Islam supaya sedar bahawa kita ini sering
sahaja tertipu dengan peniaga peniaga Cina.
Tulisan blogger berpengaruh,
Denaihati ini juga boleh kita renungi bersama untuk memahami kemelut yang
berlaku.
Teringat
pengalaman sendiri kena tipu beribu dollar beli iPhone 5s
di Sim Lim Square Singapore. Kepada yang pernah menjejaki Sim
Lim Square pasti setuju
kalau aku katakan tiada bezanya dengan Low Yat Plaza yang menjadi pusat produk
teknologi dan gajet terkenal. Semua gajet dan produk teknologi
dari sekecik anak hingga sebesar emak semua produk dan jenama ada dijual.
Ramai kawan-kawan kata
mereka pernah tertipu membeli produk tiruan di Sim Lim Square seperti kes
terbaru penipuan produk Oppo tiruan di Low Yat Plaza. Berbagai sungutan telah
disuarakan pelanggan yang tertipu di sosial media tetapi tidak mendapat respond
daripada pihak berkuasa. Pelanggan yang sering menjadi mangsa penipuan adalah
mereka yang zero ilmu teknologi.
Di Sim Lim Square lebih
teruk buka sekadar menipu dengan produk tiruan malah pelanggan ditipu dengan
berbagai cara yang mengelirukan. Paling banyan penipuan adalah mengenakan kos
tambahan untuk mengaktifkan sesuatu jenanama smartphone yang dibeli. Low Yat
Plaza kalau dibiarkan pasti akan menjadi lebih teruk dari Lim Sim Square. Pasti
lebih ramai pelanggan tempatan dan pelancong yang akan diperdaya. Penipuan
ini pasti akan mencemarkan imej Malaysia.
Jelas, bangsa Cina memang tidak akan
pernah berhenti menipu walau di mana mereka berada. Bapa saya sendiri pun
pernah ditipu ketika membeli beg tangan untuk ibu saya ketika berurusniaga di
Jalan Petaling. Saya sendiri pun pernah ditipu apabila membeli peralatan
telefon pintar di sebuah kedai membaiki telefon di KL Sentral. Itu belum lagi
dengan penipuan penipuan peniaga Cina terhadap ramai lagi orang Melayu dan
bangsa bangsa lain.
Di negara China sendiri pun sudah
banyak penipuan yang berlaku terutama dalam pembuatan makanan. Tidak hairanlah
adanya sarang burung tiruan dan kubis tiruan yang diperbuat daripada plastik!
Hasil hasil tiruan ini kemudiannya masuk ke dalam perut orang orang yang memakannya!
Walaubagaimanapun, saya tetap
berpegang dengan pepatah, dalam setandan kelapa, bukan semuanya busuk. Ada juga
peniaga peniaga Cina yang jujur dalam perniagaan mereka cuma mungkin jumlah
mereka tidak banyak. Pengalaman saya sendiri pun ketika membeli pengecas bateri
komputer riba di sebuah kedai Cina di Plaza Low Yat, tidak pula mengalami
sebarang masalah sehingga kini. Maka, untuk menghukum semua peniaga Cina itu
penipu adalah tidak adil bagi saya.
Jadi, pada pendapat saya, sekiranya
peniaga Cina itu benar benar telah membuat penipuan, maka peniaga Cina itu
wajarlah dikenakan tindakan undang undang. Kita tidak boleh sesekali memberi
muka kepada orang semacam ini kerana mungkin akan ramai lagi ditipu oleh
mereka.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia, Datuk Nadzim Johan seperti yang dipetik oleh Buletin Utama pada malam
tadi mengatakan bahawa kes penipuan seperti ini sudah acapkali dilaporkan namun
tindakan undang undang masih tidak dilakukan. Orang orang yang kerap menipu
pengguna di luar sana masih terus lagi bermaharajalela hingga ke hari ini.
Pihak yang bertanggungjawab masih tidak punya telur untuk melakukan siasatan
dan mengambil tindakan.
Perkara semacam inilah yang
menyebabkan orang ramai menjadi marah lalu terpaksa membuat onar untuk
menegakkan hak mereka. Sekiranya pihak berkuasa telah menjalankan tanggungjawab
mereka dengan sebetulnya, saya yakin masalah semacam ini tidak akan berlaku.
Tetapi oleh kerana pihak berkuasa lembab, kuat tidur, malas dan penakut, jangan
hairan bin terkejut jika masalah seperti ini berlaku dan akan terus berlaku.
Pada hemat saya, seandainya pemuda
Melayu itu bersalah, maka wajarlah dia dihukum dengan undang undang sekiranya
benar dia telah mencuri telefon bimbit ini. Jika itu berlaku, maka malu
besarlah orang Melayu kerana mempunyai anak bangsa yang suka mencuri kemudian
mahu menegakkan benang yang basah di atas perbuatan salahnya itu.
Tetapi sekiranya peniaga Cina itu
bersalah, dia juga wajar dikenakan tindakan. Pihak berkuasa tidak boleh
mengambil sikap memilih bulu dalam hal ini seperti yang telah berlaku sebelum
sebelum ini kerana pasti akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat. Saya khuatir hanya kerana sebuah telefon bimbit, perang
antara kaum meletus di negara ini.
Apa pun, kita wajar membiarkan pihak
berkuasa melakukan siasatan terlebih dahulu. Hentikanlah spekulasi dan
provokasi yang boleh mengeruhkan keadaan yang berlaku. Marilah kita menentang
kemungkaran dan menabalkan keadilan kepada pihak pihak yang layak untuk
mendapatkannya.
yang salah tetap salah....kita selalunya dialih pandangan kepada isu yang lain sedangkan isu asal belum selesai....
BalasPadamOrang kristian walaupun non muslim mereka ada bible. Sedikit sebanyak ada rujukan. Begitu juga yahudi.
BalasPadamTapi non muslim cina buddhist mereka mensyirikkan Allah dan mereka tiada apa apa sandaran. Sebebas-bebasnya mereka boleh lakukan apa sahaja.
Bab permusuhan juga memang jelas orang musyrik lebih membenci orang islam berbanding ahli kitab kristian. Lihat sahaja kekejaman terhadap muslim di seluruh dunia datang dari golongan musyrikin samada mereka buddhist , hinduis atau atheis. Lumrah nya memang begitu. Sebab Islam itu sendiri pada mereka akan merintangi jalan kebebasan yang mereka cintai sekian lama.
Dalam Quran surah al maidah ada disebut : Kamu akan dapati seburuk-buruk permusuhan terhadap orang beriman akan datang dari orang yahudi serta orang musyrikin. Dan kamu akan dapati golongan ahli kitab kristian nasrani itu lebih mesra dengan kamu berbanding yang lain.
Sekian ulasan haji.
.
.
Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye Cik. Tq
Zumal pun setuju dengan Dr. Ridzuan Tee
BalasPadamDan malangnya kaum cina begitu bijak menggunakan undang-undang untuk menghentam balik orang melayu. Manakala orang melayu lebih gemar menggunakan jalan kekerasan untuk menegakkan keadilan. Adakah kerana putus harap terhadap peraturan atau rasuah sudah begitu berleluasa? Bukankah undang2 kini boleh dibeli asalkan punya banyak wang!?
BalasPadamMek ila pun baca laporan polis berkaitan berkara ini. Ternyata kisah sebenar melibatkan kecurian handphone. Apa pun moga ini jadi pengajaran kepada kita semua. Tiada faedahnya penipuan dan moga Malaysia tetap aman. Satu lagi bab kejujuran ni bukan hanya melibatkan sesuatu kaum ia lebih kepada sifat individu itu sendiri
BalasPadam