Rabu, 22 Julai 2015

MENGAPA ARTIS MALAYSIA SELALU BERCERAI BERAI?

Sumber : Google

Sedih benar rasa hati saya apabila melihat artis yang berbahagia dengan pasangan yang dikahwininya secara besar besaran tiba tiba bercerai tanpa diketahui apa sebab musabab yang membawa kepada penceraian itu. Saya langsung tidak dapat menerima penceraian tersebut tetapi apalah yang boleh saya lakukan. Mungkin pada pandangan mereka bercerai adalah jalan terbaik untuk menemui kebahagiaan di dalam hidup mereka.

Tidak kira penyanyi, pelakon, pemuzik mahupun pengacara, hampir 90% daripada mereka telah mengalami kegagalan dalam perkahwinan mereka. Masyarakat Malaysia terutama yang sangat fanatik terhadap dunia hiburan, sentiasa mahu mencari tahu mengapa artis artis ini boleh bercerai berai? Apakah yang menyebabkan rumahtangga mereka yang bahagia pada awalnya namun berpisah pada pengakhirannya?

Sebagai blogger, saya cuba membuat pemerhatian di atas masalah ini supaya saya boleh membuat teguran agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Mungkin hasil daripada pemerhatian saya ini tidak 100% tepat tetapi bolehlah menjadi sandaran untuk mencari jawapan kukuh di atas kemelut yang berlaku.
  

Sudah ada beberapa entri yang telah saya tulis yang mengkritik dunia seni dan hiburan di Malaysia. Saya acapkali menulis dan memberi peringatan agar dunia hiburan di Malaysia ini yang merangkumi lakonan, nyanyian, perfileman, muzik dan sebagainya mesti mempunyai pemikiran dan roh Islam di dalamnya.

Apa maksud saya dunia hiburan mesti mempunyai pemikiran dan roh Islam di dalamnya? Maksudnya adalah kita mesti berlakon, menyanyi, mengarah, bermain muzik dan sebagainya mengikut lunas lunas Islam. Ini membawa maksud artis perempuan mestilah bertudung serta tidak boleh menyanyi kerana rambut dan suara itu adalah aurat untuk orang perempuan.

Ini juga bermaksud tidak ada sentuhan serta tidur sekatil antara artis lelaki dan artis perempuan di dalam filem ataupun drama. Di dalam bidang nyanyian pula, tidak boleh berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan di dalam sesebuah konsert. Dan yang paling penting sekali setiap artis yang mengaku dirinya sebagai anak seni itu mestilah menggunakan seni tersebut untuk tujuan dakwah.

Saya faham memang sukar untuk melaksanakannya namun kita perlu berusaha ke arah itu. Jika kita tidak pernah cuba walaupun sekali, bagaimana untuk kita berjaya untuk mencapainya? Ingat, tiada satu perkara pun yang betul betul senang di dunia ini.

Jika dunia hiburan kita tidak punya pemikiran dan roh Islam di dalamnya, maka kita sebenarnya sudah melanggar hukum Allah. Saya khuatir jika rezeki yang diperolehi oleh artis artis ini tidak berkat kerana mereka bekerja dengan melanggar hukum Allah seperti bersentuhan di antara lelaki dan perempuan. Apabila artis artis ini bekerja dengan melanggar hukum Allah, keredhaan Allah itu tidak datang lalu Allah menghukum mereka di atas dunia lagi antaranya berlakulah penceraian dan kegagalan rumahtangga.

Kita jangan sesekali menyalahkan Allah di atas semua yang berlaku. Sebab itulah Allah menurunkan hukum hukum tersebut untuk menjaga kemaslahatan hidup seorang manusia. Cuba bayangkan apabila seorang isteri yang bertugas sebagai seorang pelakon filem, kemudian dia perlu membawa watak yang memerlukan dirinya berpeluk dan bersentuhan dengan lelaki lain, tidakkah akan timbul rasa cemburu di hati seorang suami? Walaupun itu sekadar lakonan namun ia tetap haram di dalam Islam. Ia tetap boleh mendatangkan dosa kepada si isteri tadi juga si suami kerana bersikap dayus membiarkan isterinya dipeluk oleh lelaki lain di hadapan matanya sendiri.

Walaupun sekadar lakonan, namun apabila penghayatan berlebihan dilakukan, maka pelukkan itu bukan lagi pelukkan sebagai pelakon tetapi sudah menjadi pelukan seorang suami kepada seorang isteri. Perkara semacam inilah yang menimbulkan rasa cemburu di hati si suami kepada si isteri yang bergelar artis ini lalu berlakulah pertengkaran sehinggalah membawa kepada kes penceraian.

Seandainya roh dan pemikiran Islam diletakkan di dalam filem tadi, maka tiada lagi istilah bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di dalam filem tersebut dan sudah pastilah kes penceraian dapat dielakkan. Mungkin hujah hujah saya ini kelihatan agak dangkal pada pandangan sesetengah orang namun jika tidak dicuba dari sekarang, bagaimana kita boleh tahu hasilnya?

Justeru itu, wajarlah setiap anggota seni dalam dunia hiburan di Malaysia menanam pemikiran dan roh Islam di dalam dunia hiburan itu sendiri supaya kita boleh membawa perubahan yang besar dalam kehidupan anak seni kita antaranya kes penceraian dalam kalangan artis dapat dielakkan. Wallahualam. 


5 ulasan:

  1. Memang benar pun, lakonan filem @ drama Melayu sekarang nampak seperti Filem Inggeris. Bila ada artis yang letakkan batasan ketika berlakon, dikatakan artis itu pula kolot. Memang jadi terbalik.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan pandangan saudara.. Nampak skrg macam dah mula ada perubahan walaupun belum drastik tapi dah ada yang mengikut lunas2 Islam dalam berkarya..

    BalasPadam
  3. Rasanya cemburu dan kesibukan jadi faktor utama. Maklumlah diorang tu 'milik' peminat kan..

    BalasPadam
  4. Rasanya cemburu dan kesibukan jadi faktor utama. Maklumlah diorang tu 'milik' peminat kan..

    BalasPadam
  5. kadang diorg ni selalu guna alasan...atas arahan pengarah....soalannya...arahan daripada Allah SWT xnak pulak ikutkan?? niat xmenghalalkan cara

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.