Sebagai orang Islam dan orang Melayu pula, jika ada orang yang seagama dan sebangsa dengan kita yang berada dalam kesusahan, wajarlah kita membantu mereka. Gunakanlah apa sahaja cara untuk meringankan beban saudara seagama kita supaya dia juga boleh menikmati kehidupan yang lebih baik di muka bumi Allah ini.
Saya tidak punya kudrat yang banyak untuk membantu orang yang ditimpa dalam kesusahan. Allah beri saya minat menulis dan blog maka saya harus menggunakannya untuk meringankan beban rakan blogger kita yang sedang menderita penyakit kanser dan sekarang dia memerlukan sumber kewangan untuk membantu diri dan ibunya.
Ini adalah Kak Alia Haryani. Dia mengidap penyakit kanser dan sekarang sedang membesarkan dua orang cahaya mata seorang diri. Sekarang Kak Alia ni menghadapi masalah kewangan di samping rumah ibu bapanya mahu di sita kerana tidak mampu untuk membayar hutang pinjaman. Ibunya sekarang sedang sakit tetapi dia sendiri tidak mampu untuk membantu kerana dia sendiri berada dalam kesusahan.
Kak Alia ni ada buat jualan secara kecil kecilan sempena hari raya ni. Jadi, sebagai blogger, dia minta tolong kita semua untuk bantu dia untuk mempromosikan jualan kuihnya dengan menggunakan medium blog kita. Oleh itu, marilah kita saling membantu antara satu sama lain untuk menghilangkan kesusahan yang menimpa Kak Alia ni.
Ini adalah jualan Kak Alia. Butirannya adalah seperti berikut :
Serunding daging tempatan 250 gram RM 18
Serunding ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini karipap RM 32 sekilo
Mini Popia RM 32 sekilo
Pos biasa rm 6 utk 1 kg
Pos laju RM 9 utk 1 kg
Sebagai seorang yang sama sama menceburi bidang penulisan blog, saya minta jasa baik semua blogger di luar sana untuk membantu Kak Alia ni mempromosikan barang jualannya dengan menggunakan blog masing masing. Bantu membantu amalan mulia.
Nota : Kak Alia adalah penulis blog Alia Haryani
Semoga jasa baik anda diberkati oleh Allah dunia dan akhirat.
terima kasih kerana posting.. kak eny cuba utk tolong juga...
BalasPadamMari kita besama membantu. Moga memberi keringanan buat Kak Alia. Isnyaallah..
BalasPadamsemoga cepat sembuh dan kita perlu bantu membantu apatah lagi di bulan ramadhan
BalasPadamMari kita cuba bantu mana yang terdaya... tq for sharing.
BalasPadamminta share ye.
BalasPadam