Baru baru ini, Presiden UMNO, Najib
Tun Razak telah membuat pengumuman bahawa pemilihan UMNO yang dijangka akan
dibuat pada tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Ini bermakna, UMNO
akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2018. Mungkin PRU 14 akan berlangsung
pada waktu itu dan pemilihan UMNO saya fikir akan berlangsung selepas
pilihanraya.
Jika kita memahami lekak lekuk
politik, jelas menunjukkan Najib sengaja menangguhkan pemilihan UMNO untuk
menjaga kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.
Sekiranya pemilihan UMNO dijalankan juga pada tahun hadapan, semua orang tahu
jawatan Najib itu akan dicabar. Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku,
Najib telah meminta Majlis Tertinggi UMNO supaya membuat penangguhan terhadap
pemilihan itu.
Sebagai Perdana Menteri paling
bermasalah, Najib tahu kedudukan beliau tidak pernah selamat. Mungkin dia ada
terdengar bisik bisik dari orang orang tertentu yang mengatakan bahawa jawatan
Presiden UMNO itu mahu dicabar bagi menyingkirkannya sebagai Perdana Menteri,
maka dia terpaksa mengambil keputusan menangguhkan pemilihan tersebut.
Bukan hanya rakyat marhaen, ahli UMNO
dan pemimpin UMNO juga tidak sukakan Najib. Mereka sentiasa mencari jalan
bagaimana untuk menjatuhkan Najib secara senyap senyap. Jika Najib kekal
berkuasa, UMNO pula yang akan terluka.
Bagi menyelamatkan UMNO, Najib perlu disingkirkan dari singgahsana kuasa.
Jalan terbaik menyingkirkan Najib adalah melalui pemilihan UMNO. Namun, dengan
pengumuman yang telah dibuat oleh Najib itu, maka matilah impian besar
mereka.
Najib tahu segala masalah yang
membelengu dirinya menyebabkan dirinya dicabar. Maka, suka atau tidak, Najib
perlu berbuat sesuatu untuk mengekalkan kuasanya. Najib tahu jika dia dicabar,
dia pasti akan kalah teruk. Jalan terbaik untuk mengelakkan dirinya daripada
dicabar, dia perlu membuat pengangguhan.
Jika dipandang secara tembus, apa
yang terjadi pada Najib kini hampir terjadi kepada Haji Hadi – Presiden PAS. Hadi
dianggap sebagai ‘Pak Lah versi PAS’ oleh Dr. Aziz Bari, seorang ahli akademik
pro pembangkang dan seorang Pakar Perlembagaan kerana kelemahan kepimpinannya.
Sudah tentulah anggapan tersebut sedikit sebanyak mencemarkan imej Haji Hadi
selaku Presiden lalu membuatkan ahli ahli PAS mula berkira kira untuk
menggantikan Hadi dengan orang lain.
Bukan itu sahaja, ketegasan Hadi
terhadap pelaksanaan hukum Hudud, keterbukaan Hadi untuk bersama dengan UMNO, ketidakpatuhan
Hadi dalam Pakatan Rakyat, serangan pemimpin DAP dan pelbagai perkara lagi
telah menyebabkan Hadi ingin dicabar. Maka, keluarlah Ahmad Awang untuk
mencabar Hadi merebut jawatan Presiden PAS dalam muktamar PAS yang lalu. Semua
orang dapat merasakan bahawa Hadi mungkin kalah dalam pertarungan itu namun
tuah masih berpihak kepada diri Hadi, dia menang jawatan Presiden PAS
menewaskan Ahmad Awang.
Jika ditelusuri politik Hadi dan
politik Najib, jelas politik Hadi lebih terbuka walaupun Hadi dituduh sebagai
pemimpin dan ulamak yang konservatif. Hadi tidak menangguhkan pemilihan
partinya dan dia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menentangnya. Jelas
Hadi lebih berani, demokratik, terbuka dan telus berbanding Najib yang penakut
itu.
Keputusan Najib menangguhkan
pemilihan UMNO itu telah membuatkan rakyat bertambah meluat kepadanya. Ramai
yang tidak sabar sabar mahu Najib berundur dan cara terbaik untuk mencapai
maksud itu adalah melalui pemilihan UMNO. Rakyat ternanti nanti siapakah
pemimpin UMNO yang mahu menjadi ‘jebat’ dengan melawan Najib merebut jawatan
Presiden UMNO. Namun, harapan rakyat berkecai dengan keputusan Najib dan MT
UMNO itu.
Najib juga tahu UMNO umpama kapal
mahu karam pada waktu ini. Mungkin UMNO akan tenggelam dalam gelombang
kemarahan rakyat pada PRU akan datang. Mungkin Najib berfikir dengan
menangguhkan pemilihan itu, UMNO dapat diperkukuhkan untuk menghadapi PRU.
Sebenarnya, Najib sudah terlepas pandang terhadap satu perkara, untuk
memperkukuhkan UMNO adalah dengan cara beliau berundur dari jawatan Presiden
UMNO. Sekiranya beliau masih berdegil, UMNO pasti akan terkuluhum pada PRU 14.
Sikap Najib yang kepala batu itu akan
menyebabkan UMNO dilihat semakin tidak relevan untuk memerintah negara ini.
Rakyat marhaen sudah tidak sabar sabar untuk mengkuluhumkan UMNO pada PRU akan
datang lebih lebih lagi pelbagai masalah telah menghambat parti itu seperti
GST, 1MDB, MARA dan sebagainya.
Oleh itu, pada pandangan saya,
keputusan yang diambil oleh Najib dan MT UMNO itu memperlihatkan
ketidakbijaksaan mereka kerana keputusan itu pasti akan membunuh UMNO. Jangan
menangis tidak berlagu apabila UMNO sudah tidak lagi mendapat mandat daripada
rakyat pada PRU 14.
Dh terang lg bersuluh,terbentang luas pekong di dada..apa lg yg dinanti?hanya undur diri untuk bukti,bahawa masih punya harga diri...
BalasPadamRasanya kalau pemilihan diadakan tahun depan, samada najib akan kalah atau berlaku perpecahan yang serius pada parti umno.
BalasPadamsetiap keaiban makin galak dibongkar satu persatu...menampakkan lagi kelemahan yg cuba ditutup selama ini...
BalasPadam