Isnin, 13 Julai 2015

KESANGSIAN SIASATAN POLIS DALAM ISU GADUH DI LOW YAT

Sumber : Google

Buletin Utama melaporkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan bahawa remaja Melayu yang terlibat dalam pergaduhan di Low Yat itu memang mencuri telefon Oppo tersebut dan segala macam berita yang menyokong remaja itu dianggap palsu oleh Khalid. Saya percaya masih ramai yang berada di luar sana sangsi akan kenyataan Khalid itu kerana hanya menyebelahi sebelah pihak.

Walaubagaimanapun, saya tidak terkejut dengan tindakan Khalid itu kerana sudah biasa bangsa bukan Melayu yang akan mendapat ‘keadilan’ berbanding dengan bangsa Melayu di Malaysia ini. Dalam banyak kes yang melibat pertembungan antara dua kaum, pihak polis dan kerajaan pasti akan memihak kepada bangsa bukan Melayu. Contoh terdekat adalah kes yang menimpa Kiki tidak lama dahulu.

Saya tertarik dengan ulasan Facebooker Yuseri Yusuf dalam hal ini :
Kes Alvin Tan dan Vivian menghina ibadah puasa, PDRM anggap setel selepas mohon maaf.
Kes Eric Paulsen menghina khutbah Jumaat dan JAKIM, PDRM anggap setel selepas mohon maaf.
Jadi, apa kata PDRM maafkan saja tindakan PapaGomo itu.
Bukan apa, jika kes hina agama pun PDRM kira setel mudah-mudah.

Takkan PDRM nak berkira dengan kes sebar berita palsu dan perkauman haha!

Saya sangsi dengan kenyataan Khalid kerana mustahil seorang yang telah melakukan kecurian berani bertindak seperti remaja Melayu itu. Tidak mungkin dia sanggup melakukan huru hara jika betul dia tidak bersalah lebih lebih lagi Plaza Low Yat itu dikuasai oleh bangsa Cina. Mustahil seorang remaja lelaki Melayu berani membuat onar di tempat yang dikuasai oleh orang Cina jika benar dia tidak bersalah.

Jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan Khalid dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis. Pihak polis seakan akan menyembunyikan sesuatu terhadap kes ini. Tetapi saya tidak hairan dengan tindakan polis itu. Bagaimana polis menangani kes kes yang lain seperti 1MDB dan pembunuhan Altantuyaa umpamanya, begitu jugalah polis menangani kes pergaduhan di Low Yat itu.

Apakah bukti yang kukuh untuk Khalid mengatakan semua cerita yang berlegar di media sosial itu adalah berita palsu dan mempunyai unsur tokok tambah?

Saya sentiasa percaya bahawa jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Jika tidak ada maklumat, masakan cerita cerita yang menyokong remaja Melayu itu boleh timbul? Orang tidak akan sengaja mereka-reka cerita jika mereka tidak mempunyai satu perkara walaupun kecil untuk dijadikan bahan berita.

Jika benar cerita cerita yang menyokong remaja Melayu itu palsu semata mata, mengapa berita berita tentang konspirasi Yahudi untuk memecahbelahkan masyarakat berbilang bangsa tidak muncul dalam puluhan berita yang berlegar-legar di media sosial? Bukankah konspirasi Yahudi adalah sebuah berita menarik untuk disensasikan? Semua orang tahu kerja kerja jahat Yahudi dalam menjahanamkan sesebuah negara namun mengapa berita sebegitu tidak muncul? Ini kerana tidak ada satu perkara sama ada besar ataupun kecil yang boleh dijadikan bahan berita untuk mensensasikan berita tersebut seperti mana berita berita yang menyokong remaja remaja Melayu itu.   

Seandainya anggota polis telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan memantau kes penipuan yang acapkali dilaporkan menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia, sudah pasti kes seperti ini tidak akan berlaku. Tetapi oleh kerana pihak polis kerap tidur dan acapkali makan rasuah, kes penipuan semacam ini sentiasa berlaku walaupun sudah beribu ribu aduan telah dibuat.   

Amat lucu apabila Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Muez Abdul Aziz memaklumkan ada menerima laporan penipuan di Plaza Low Yat itu yang di buat kepada pihaknya namun sayang seribu kali sayang, tiada apa apa tindakan pun diambil. Jelas, pegawai KPDNKK adalah pegawai kerajaan yang malas! Rosaklah negara jika mempunyai pegawai kerajaan yang tolol semacam ini. 

Jika tindakan awal diambil oleh pihak KPDNKK, sudah pasti perkara semacam ini tidak akan timbul.

Pelik bin aneh apabila pihak polis hanya menyasarkan tangkapan kepada remaja Melayu dan perusuh Melayu sahaja. Mengapa pihak polis tidak menangkap orang orang Cina yang merusuh sama pada malam Ahad? Mengapa pihak polis tidak menangkap peniaga peniaga Cina yang memukul remaja remaja Melayu tempoh hari? Mengapa penipu penipu di dalam Low Yat itu masih bermaharajalela sehingga ke hari ini?

Jelas pihak polis tidak menjalankan keadilan yang sewajarnya dalam menangani kes ini. Pihak polis banyak melebihkan orang orang Cina daripada orang orang Melayu dalam kes ini bahkan banyak lagi kes kes yang melibatkan pertembungan kaum seperti sebelum sebelum ini.

Persoalannya, mengapa polis sanggup bertindak sebegitu? Adakah ini satu arahan daripada pihak pihak tertentu yang takut kehilangan undi dalam pilihanraya? Adakah pihak polis khuatir akan ada lagi pergaduhan yang lebih besar jika kebenaran didedahkan? Jika itu berlaku, maknanya orang Melayu sudah tertindas di tanah airnya sendiri. Adalah lebih baik kita menukar kepimpinan negara kerana sudah barang pasti kita akan terus tertindas juga.

Saya bukan mahu mencetuskan isu perkauman tetapi jelas pihak polis telah memilih bulu dalam menangani kes ini sama seperti yang telah saya ramalkan dalam entri saya sebelum ini. Orang yang sepatutnya ditangkap masih lepas bebas di luar sana tanpa sebarang tindakan tegas diambil.

Saya memang tidak dapat menerima bulat bulat apa yang disampaikan oleh Khalid itu seperti mana dalam laporan kes 1MDB. Saya yakin pasti ada hakikat yang tersembunyi yang sengaja ditutup untuk melindungi kepentingan pihak pihak tertentu. Saya dan anggota masyarakat lainnya tidak akan berpuas hati jika orang yang bersalah tidak diambil tindakan terhadap mereka.

Semoga Allah membuka kebenaran dengan secepatnya untuk mencari tahu siapakah yang bersalah dalam hal ini. Hanya Allah tempat kita mengadu nasib dan meminta keadilan kerana keadilan sudah lama mati di bumi Malaysia ini!  

Tetapi sekiranya benar polis mempunyai bukti kukuh bahawa remaja Melayu itu memang mencuri, saya perlu berlapang dada untuk menerima hakikat tersebut.

3 ulasan:

  1. Itulah masalah utamanya. Sama seperti bila cina rasis, tiada apa-apa tindakan tapi bila melayu baru sebut sedikit dengan segera polis2 yang rasuah (bukan semua) dengan segera dan sepantas kilat membuat tangkapan..

    BalasPadam
  2. Macam ada yang tak kena kan...

    BalasPadam
  3. No komen. Sabah dan Sarawak merupakan contoh terbaik kesatuan agama dan kaum yang terpelihara dan terbaik di dunia.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.