Selasa, 14 Julai 2015

BAHAYA DI BAWAH PEMERINTAHAN ORANG KAFIR

Sumber : Google

Melihat kepada situasi politik yang dimainkan oleh orang Melayu/Islam bersama pemimpin mereka, saya lantas menjadi takut. Ini kerana cara orang Melayu berpolitik amat bahaya. Kita berpolitik bukan untuk membina sebaliknya menghancurkan apa yang ada. Cara kita berpolitik yang meletakkan kepentingan politik di atas dan bukannya kepentingan agama, bangsa dan negara di atas, akan memusnahkan apa yang menjadi milik kita selama ini.

Umat Melayu/Islam perlu sedar dari sekarang, jika mereka masih khayal dengan keseronokkan kuasa, masih khayal dengan keseronokkan duniawi, masih alpa dan leka, tidak mustahil kuasa politik yang menjadi harta dan dahan untuk orang Melayu terus berpaut dan bertahan akan hilang diambil oleh orang kafir. Tidak mustahil perkara itu akan berlaku jika Allah murka kepada orang Melayu yang gagal menjaga kesucian agamanya sendiri.

Jangan lupa apa yang terjadi kepada bangsa Arab Palestin. Kedaulatan tanah mereka akhirnya dirampas oleh puak Yahudi Israel hingga menyebabkan negara mereka yang besar suatu ketika dahulu menjadi semakin kecil kerana kerakusan Yahudi Israel yang merampas tanah mereka. Dahulu, bangsa Arab menjadi pemerintah mutlak di Palestin tetapi oleh kerana kesilapan dan kealpaan umat Islam sedunia sendiri yang membenarkan bangsa Yahudi bertapak di Palestin, akhirnya kedaulatan wilayah Palestin telah tercemar dan dirampas. Hak hak rakyat Palestin ditindas dan mereka menderita kerana negara mereka dihujani dengan bom dan peluru hampir setiap hari.


Tidak mustahil apa yang berlaku kepada Palestin akan berlaku kepada orang melayu/Islam di Malaysia jika kita terus alpa dan leka. Orang orang kafir yang kebanyakkannya membenci orang Melayu dan orang Islam yang ada di Malaysia ini sentiasa menunggu peluang untuk memerintah negara ini. Di ketika itu, tidak mustahil nasib kita akan bertukar menjadi seperti nasib bangsa Arab Palestin, penduduk Islam di selatan Thailand, umat Islam Rohingya di Myanmar, umat Islam di selatan Filipina, umat Islam Uighur di China dan banyak lagi bangsa bangsa beragama Islam yang ditindas oleh pemerintah kafir. Tidak dilupakan juga nasib umat Islam di Amerika Syarikat yang berada dalam tahanan Guatanamo Bay yang diseksa tanpa perikemanusiaan kerana dituduh sebagai pengganas.

Mari kita renungi sejarah kekejaman Pol Pot di Kemboja dan Mao Ze Tung di China. Jika dengan rakyat mereka yang kafir itu pun mereka boleh bertindak kejam, tidak mustahil mereka akan lebih kejam dengan umat Islam.

Jika orang kafir berjaya memerintah Malaysia, mereka akan membuat agama Islam ini sebagai agama yang boleh dipijak pijak, mereka akan meruntuhkan masjid seperti mana yang telah dilakukan oleh pemerintah  Anggola, akan membunuh dan menyeksa orang Islam dan sudah pasti akan menghilangkan hak hak yang sepatutnya diperolehi oleh orang Islam sebagai warganegara. Mahukah kita keadaan seperti itu berlaku? Tepuk dada dan tanya iman kita.  

Apa yang paling penting adalah orang Melayu perlu kembali kepada Allah dalam apa juga keadaan dan bidang sekalipun. Orang Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di atas mengatasi kepentingan politik dan peribadi. Jika orang Melayu gagal menjaga agama Islam dengan baik, maka agama Islam pasti akan hancur. Di saat itu, Allah sudah murka kepada kita maka tidak mustahil Allah akan timpa bala kepada kita.

Umat Islam juga mesti bersatu padu dan tidak boleh berpecah belah kerana berbeza pendapat, berbeza mazhab, berbeza fahaman politik dan berbeza sempadan negara. Ingatlah, umat Islam itu bersaudara dan penting untuk kita bersatu padu. Jika kita gagal mengekalkan perpaduan kita, kita akan menjadi lemah maka mudahlah bagi orang kafir untuk menguasai orang Islam seterusnya menjadi pemerintah di negara ini.

Jika kita melihat situasi sekarang, oleh kerana berbeza fahaman politik, umat Melayu yang beragama Islam ini telah berpecah belah. Kita bergaduh sesama kita kerana berebutkan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya menguasai Putrajaya, Kita menggunakan pelbagai cara termasuk bersetongkol dengan orang kafir untuk menjatuhkan umat Islam sendiri. Kita menabur fitnah di sana sini semata mata mahu saudara seIslam kita yang berbeza fahaman politik dengan kita menjadi lemah lalu kalah dalam pilihanraya.

Di saat orang Islam terus berkelahi sesama sendiri kerana hal yang remeh temeh dan menjatuhkan saudara seagama sendiri, orang kafir terus bersorak kegembiraan. Segala agenda mereka terhadap negara ini, terhadap Melayu dan Islam akan mudah terlaksana selepas ini. Mereka akan terus menyebarkan propaganda supaya umat Islam bergaduh sesama sendiri dan mereka terus merancang untuk menguasai negara ini. 

Di ketika ini, orang kafir belum lagi mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negara ini. Namun, mereka sudah berani hina azan, membaling babi ke dalam masjid, menghina bulan Ramadhan, menghina Aidilfitri, mempertikai hak istimewa orang Melayu, menghina Rasulullah, menghina Allah dan banyak lagi kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka, tidak mustahil mereka akan melakukan lebih lagi jika mereka sudah menjadi kuasa penuh sebagai pemerintah di Malaysia nanti.



Mahukah kita melihat agama Islam dan bangsa Melayu dihina oleh orang kafir suatu hari nanti disebabkan oleh kesilapan kita sendiri? Tepuk dada dan tanya iman kita. Oleh itu, kita perlu mempersiapkan diri dari sekarang untuk menghalang perkara itu daripada berlaku. Orang Melayu/Islam perlu menguasai pelbagai ilmu dan ekonomi untuk kekal selamat sampai bila bila. Orang Melayu/Islam juga mesti sentiasa bersatu padu sampai bila bila dan berusaha menghalang negara ini dari jatuh ke tangan orang kafir walau dengan apa cara sekalipun. Jika tidak, tunggu sahalah nasib orang Melayu Islam bertukar seperti nasib rakyat Rohingya!

2 ulasan:

  1. Semoga dijauhkan daripada diperintah orang bukan Islam yang zalim.

    BalasPadam
  2. Agar negara kita tak senasib mereka...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.