Tengah hari itu Pak Rasul turun makan tengah hari bersama semua tetamu di rumah itu di tingkat bawah. Suasana di meja makan agak sunyi dan janggal. Tidak seperti hari pertama Pak Rasul datang ke villa itu. Mungkin masing-masing masih terkejut dan sedih dengan kematian Dato Osman tempoh hari. Mungkin juga mereka masih trauma disoal siasat oleh pihak polis selama berjam-jam akibat kes itu.
Masing-masing di meja makan diam sahaja. Menikmati hidangan mewah masing-masing tanpa mengeluarkan suara. Begitu juga Pak Rasul. Dia hanya menyuapkan nasi biryani kambing itu ke mulutnya sambil otaknya terus berfikir. Tiba-tiba matanya tertancap pada pergelangan tangan Hazeem. Dia melihat luka di pergelangan tangan itu.
“Kenapa dengan tangan kamu tu?” Soal Pak Rasul kepada Hazim. Semua mata tertumpu pada Hazeem dan pergelangan tangannya. Hazeem yang memakai baju lengan pendek menyembunyikan tangannya di bawah meja.
“Tak ada apa-apa. Saya tergores kat dinding masa keluar dari bilik air semalam.” Hazeem menjawab.
“Oh…hati-hati lain kali.” Nasihat Pak Rasul. Hazeem hanya mengangguk dan dia teruskan makan.
************
“Saya dah tahu siapa pembunuhnya.” Ujar Pak Rasul kepada Inspektor Qairul di balai polis. Pak Rasul meminta tolong Kausikan untuk menghantar dirinya bertemu dengan pegawai polis itu.
“Macam mana Pak Rasul boleh tahu? Siapa pembunuhnya?” Soal Inspektor Qairul.
“Tapi tuan kena tolong saya sesuatu untuk confirmkan.”
“Apa dia?”
“Dan satu lagi masalah, saya tak tahu apa motif sebenar dia.”
“Macam tu pula….”
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.