Isnin, 12 Januari 2026

MINI NOVEL : PEMBUNUHAN DI VILLA EMPAT (BAHAGIAN LIMA)

Pak Rasul duduk di taman bunga Villa Empat pada petang itu. Dia suka dengan suasana dan halaman rumah itu. Sangat tenang. Sama seperti pondok kecilnya di kampung. Di halaman rumah itu ada banyak sekali pokok bunga yang berwarna-warni. Memang indah. Memang Dato Osman dan Datin Hanini sangat menjaga halaman rumah mereka agar kelihatan cantik dan enak dipandang mata. 

Sesekali Pak Rasul meminum teh o panasnya yang telah suam sambil menghirup udara petang di Lembah Selindung itu. Kawasan itu memang tidak ramai orang tinggal. Hanya ada beberapa buah rumah sahaja. Dan kawasan itu memang orang-orang kaya sahaja yang tinggal. Lembah Selindung adalah sebuah kawasan perumahan mewah yang berbukit. Dan Villa Empat berada di puncak bukit itu. 

“Pak Rasul okay ke? Tengah rindu kampung ke?” 

Pak Rasul segera menoleh ke arah suara yang menegurnya. Dia melihat Soleh berdiri di sebelahnya. Kemudian dia duduk di sebelah Pak Rasul di bangku taman itu. Pak Rasul hanya tersenyum mendengar pertanyaan Soleh. 

“Takdelah. Rindu la tapi takdelah sampai meronta-ronta nak balik. Pak suka dengan kawasan rumah kamu ni. Cantik dan tenang je.” Balas Pak Rasul. 

“Maaflah kalau Pak Rasul rasa tak selesa. Yalah, sepatutnya lepas dua tiga hari Pak Rasul dah boleh balik. Ini kena duduk sini pula sampai siasatan selesai.” Ujar Soleh. 

“Tak apa. Pak okay saja. Kita pun tak tahu benda nak jadi kan? Kita pun tak sangka yang arwah boleh meninggal.” Kata Pak Rasul.  

Pak Rasul dan Soleh diam seketika. Masing-masing melayan perasaan sambil menghirup angin petang. 

“Mesti kamu bangga kan ada ayah macam Dato Osman. Dia sangat terkenal sebagai usahawan yang berjaya. Dia juga rapat dengan tokoh-tokoh politik negara. Kamu pasti menjadikan arwah ayah kamu sebagai idola.” Ujar Pak Rasul tiba-tiba. 

“Takdelah. Saya tak minat dengan arwah ayah.” Balas Soleh. 

“Kenapa pula?” 

“Orang luar yang tak kenal ayah pasti kagum dengan ayah. Kami yang menjadi keluarga ayah…kalau boleh…nak orang lain ganti ayah.” 

“Kenapa pula? Ayah ada buat kesalahan apa-apa ke?” 

“Ayah bukan sahaja kuat mengongkong tetapi juga pilih kasih. Dalam segala hal, ayah selalu mengutamakan Johari berbanding saya. Bahkan, saya dengar dari peguam ayah, syarikat ayah tu, ayah nak serahkan pada Johari. Ayah selalu anggap saya anak yang tak guna. Ayah selalu anggap yang saya tak layak mewarisi syarikat. Hanya Johari saja yang layak.” Soleh meluahkan perasaannya. 

Pak Rasul hanya diam. Dia sedih mendengar cerita-cerita buruk mengenai Dato Osman dari ahli keluarga dan dari pekerja Dato Osman sendiri. Berbeza sekali naratif di media dan naratif sebenar mengenai kehidupan Dato Osman yang dia ketahui. Di sebalik kemegahan kehidupan Dato Osman, ada banyak rahsia gelap yang tersimpan dalam diri lelaki itu. 

“Sabar ye Soleh. Memang tiada ibu bapa yang sempurna di dunia ini. Mereka juga manusia yang pasti buat kesalahan. Sekarang ayah kamu dah tiada. Kamu sekarang cuma kena doakan supaya rohnya dicucuri rahmat.” Pak Rasul berkata. 

“Entahlah Pak Rasul. Saya sebenarnya tak sedih pun ayah meninggal. Saya suka lagi ada. Haha” Soleh tertawa kecil.  

Pak Rasul sekadar memandang wajah Soleh. Memang wajah Soleh ada mirip-mirip dengan wajah Dato Osman. Dia tidak mahu salahkan Soleh atas apa yang Soleh ucapkan. Dia tidak berada di tempat Soleh jadi dia tidak tahu apa yang Soleh rasa sebagai anak Dato Osman.

“Okaylah Pak Rasul. Dah nak maghrib ni. Saya masuk dulu ye.” 

“Okay.” Pak Rasul sekadar memandang langkah Soleh meninggalkan dirinya di taman itu.      


***********


Pak Rasul tidak turun sarapan pagi tu kerana dia tiada selera untuk makan. Dengan kematian sahabatnya yang baru dia temui sejak sekian lama dan dia ketahui bahawa pembunuh masih bebas bergerak di dalam rumah itu, seleranya hilang untuk makan. Untuk menjamah makanan sedikit pun dia tidak lalu. Otaknya berputar ligat untuk menyelesaikan misteri pembunuhan itu.

Dia hanya duduk di bilik tidurnya sambil membaca. Sambil-sambil itu, dia berfikir. Sedang asyik dia membaca, tiba-tiba pintu biliknya diketuk orang.

“Masuk.” Kata Pak Rasul. 

Dia mendengar daun pintu biliknya dibuka. Tiba-tiba muncul Izzah di sebelahnya sambil memegang dulang.

“Datin risau Pak Rasul tak turun sarapan. Dia suruh saya bawa milo suam dan roti bakar untuk Pak Rasul.” Ujar Norizah. 

“Oh…terima kasih…” Ucap Pak Rasul sambil tersenyum. “Boleh letak kat atas meja tu.”

Norizah pun meletakkan dulang yang ada milo dan roti bakar itu di sebuah meja yang berhampiran dengan Pak Rasul. Kemudian dia memandang keseluruhan ruangan bilik Pak Rasul. 

“Dalam banyak-banyak bilik, bilik Pak Rasul je yang paling bersih dan paling kemas saya tengok. Bilik orang lain bersepah macam sarang tikus.” Norizah berkata. 

“Haha.” Pak Rasul tertawa kecil. “Pak Rasul ni orang kampung nak. Dah biasa semua perkara buat sendiri. Bilik tidur kita, kita la yang kena kemas.” 

“Baguslah Pak Rasul ni. Patutlah Dato suka kawan dengan Pak Rasul. Bukan sahaja pandai menulis, pembersih pula tu.” Sambung Norizah. 

“Pak Rasul ni biasa-biasa je nak. Kita kena la jadi seorang yang bersih dan kemas. Hal-hal yang bersih kan disukai Allah.” 

“Baguslah begitu. Saya suka dengan kekemasan dan kebersihan Pak Rasul. Bukan macam bilik Hazeem tu. Dah la bilik macam sarang tikus, baju kat sana, seluar kat sini, spender tergantung-gantung. Pastu bilik dia macam ada bau ubat. Macam bau Dettol, macam tu la. Saya pun tak tahu kenapa.” 

“Bau Dettol?” Kening Pak Rasul terangkat.

“Haah, bau Dettol. Kuat sangat bau dia. Naik pening saya. Macam bau kat klinik atau hospital macam tu la.” 

“Kenapa Izzah masuk bilik Hazeem?” 

“Bukan bilik Hazeem je Izzah masuk. Semua bilik yang ada orang duduk Izzah masuk. Datin suruh kemas. Datin nak tetamu rasa macam hotel bila duduk kat villa ni.” 

“Oh…macam tu pula…” Pendek sahaja balasan Pak Rasul. 

“Yer…memandangkan bilik Pak Rasul pun dah kemas, jadi Izzah pun tak payah la kemas. Kalau tak ada apa-apa, Izzah keluar dulu ye.” 

“Okay Izzah, terima kasih tau hantar sarapan untuk Pak Rasul.” 

“Sama-sama

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.