Pak Rasul masuk ke dapur untuk bancuh nescafo o suam untuk membasahkan tekak. Di dapur, dia melihat Kausikan sedang berada di sana sedang minum secawan kopi panas. Melihat Pak Rasul masuk ke dapur, Kausikan hanya senyum dan angkat kepala tanda tegur. Pak Rasul membalas senyuman Kausikan dan segera bancuh nescafo o suamnya.
Usai bancuh nescafe, Pak Rasul duduk di meja kecil yang Kausikan duduk yang ada di dapur itu. Kausikan ialah pemandu peribadi kepada Dato Osman.
“Sorang je. Tak minum dengan yang lain?” Tegur Pak Rasul.
“Ya, sorang je. Yang lain semua dah masuk tidur rasanya.” Jawab Kausikan.
“Awak boleh tidur ke kalau minum kopi malam-malam?” Soal Pak Rasul.
“Boleh je…dah biasa…” Kausikan membalas.
“Dah berapa lama kerja dengan Dato?”
“Ada la dalam 15 tahun macam tu.”
“Oh macam tu…memang dah lama la ye.”
“Sangat lama. Sebab tu perangai Dato luar dalam saya tahu.”
“Dato ni boss yang macam mana? Dia garang ke?”
“Takdelah. Dia baik je. Cuma dia suka tidur dengan ramai perempuan. Biasalah…lelaki kan?”
“Seriuslah? Datin tahu ke?”
“Tahu je…banyak kali juga diaorang gaduh pasal benda ni. Tapi Dato macam tu juga. Boleh kata lima kali seminggu mesti dia bawa perempuan masuk hotel. Saya tahulah sebab saya yang hantar diaorang pergi hotel. Perempuan-perempuan tu semua saya yang ambil.”
“Huissh dahsyat.”
“Memang dahsyat. Datin pernah ugut nak bercerai tapi tak jadi. Ye la, Dato kaya kot. Lagipun diaorang ada perjanjian pra nikah. Kalau bercerai, Datin hanya dapat lima juta je. Tak boleh tuntut harta Dato.”
“Ohh macam tu…” Pak Rasul mencicip sedikit nescafe o suamnya.
“Sebenarnya Dato ni kejam juga,” Johari menyambung. “Dato sebenarnya banyak buat salah pada orang lain. Terutama kepada pekerja dia sendiri. Beberapa orang pekerja pernah kena tangkap dan dipenjarakan sebab penyelewengan padahal bukan mereka yang buat tetapi Dato yang buat. Oleh sebab Dato licik, Dato buat mereka jadi orang yang bersalah. Dato terus bebas walaupun melakukan kejahatan namun orang yang tak bersalah kena hukuman.” Kausikan bercerita.
“Tak sangka pula saya yang Osman begitu. Tapi yalah, Semua orang pernah buat silap kan? Semoga dosa-dosa Dato diampunkan oleh Tuhan.” Balas Pak Rasul.
“Ya…moga-moga.” Kata Kausikan akhirnya.
**********
Inspektor Qairul buat soal siasat untuk yang berada di rumah itu termasuklah pembantu rumah, tukang kebun, pemandu peribadi dan chef yang bekerja di dapur. Orang yang mula-mula sekali disiasat ialah Pak Rasul. Pak Rasul memberikan kerjasama yang baik sepanjang soal siasat tersebut.
Usai disiasat, Pak Rasul duduk di ruang tengah villa itu untuk melihat semua suspek yang disiasat. Sambil dia membaca, sambil itu juga matanya memerhati. Dia membaca perwatakan semua orang yang ada dalam rumah itu. Melalui pembacaan watak, Pak Rasul boleh menemukan kunci rahsia yang boleh menemukan pembunuh sebenarnya.
Sambil-sambil itu Pak Rasul terus terfikir. Tiba-tiba dia perasan sesuatu yang ganjil. Seingatnya, ketika dia masuk ke bilik air sebelum pembunuhan berlaku, dia perasan ada lapan tuala mandi tebal dan besar berwarna gelap berada di bilik air itu. Tuala itu disusun elok di para besi moden yang dilekatkan di dinding. Dia perasan tuala tu sebab pelik mengapa tuala mandi berlipat rapi di dalam bilik air. Biasanya, orang akan bawa tuala dari bilik tidur. Jarang orang letak tuala dalam bilik air. Tuala itu mengganggu fikirannya sewaktu dia menggunakan bilik air itu.
Namun, sewaktu dia melihat jenazah Dato Osman selepas mendengar jeritan Datin Hanini, dia perasan tuala itu sudah tinggal tujuh. Ke mana satu lagi tuala? Siapa yang ambil tuala tu? Dan apa tujuan orang itu ambil tuala tersebut? Semua pertanyaan itu sangat logik difikirkan.
“Pak Rasul nak minum apa-apa ke?” Pak Rasul tersentak mendengar pertanyaan Izzah, pembantu rumah yang bertugas di rumah tersebut. Dia memanjang wajah Izzah sambil tersenyum.
“Kalau Izzah tak keberatan, boleh bawa saya teh o suam?” Pak Rasul meminta.
“Boleh Pak. Pak tunggu sekejap ye. Saya buatkan.” Balas Izzah.
“Hmm…Izzah, nak tanya…” Pak Rasul menghentikan langkah Izzah yang hendak ke dapur.
“Apa dia Pak Rasul?”
“Setahu saya, bilik tidur Dato ada bilik air kan? Kenapa Dato guna bilik air di tingkat bawah? Kenapa dia tak guna bilik air dalam bilik dia sendiri?” Soal Pak Rasul.
“Oh…sebab bilik air kat bilik Dato tu tak boleh flush. Mandi boleh la. Kalau nak buang air besar, Dato dan Datin akan guna bilik air di tingkat bawah.”
“Bila start rosaknya?”
“Malam raya hari tu. Dato bercadang nak repair lepas semua tetamu dah balik. Tapi tak sangka pula…” Izzah tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Dia tertunduk dan terdiam.
“Oh…macam tu…lagi satu nak tanya, kenapa ada tuala mandi dilipat dan disusun dalam bilik air? Macam pelik je Pak Rasul tengok. Tak pernah lagi orang lipat dan letakkan tuala mandi banyak-banyak dalam bilik air. Dalam bilik air Pak Rasul pun ada sama.”
“Entahlah. Datin kata nampak cantik macam tu. Datin kata dia pernah pergi satu hotel kat Peranchis, pihak hotel tu buat macam tu dalam bilik air mereka. Sebab tu semua tandas dalam rumah ni ada hiasan tuala berlipat tu.” Norizah menjawab.
“Biasa ada berapa helai tuala tu dalam bilik air?”
“Biasanya lapan.”
“Semua bilik air memang ada lapan tuala juga ke?’
“Ya betul.”
“Tapi tadi Pak Rasul tengok kat bilik air tingkat bawah ada tujuh je. Ada sesiapa yang ambil ke?”
“Oh ye ke? Tak tahu pula kalau ada yang ambil. Biasanya tuala tu takde orang guna sebab jadi hiasan je. Lagipun tak ramai orang masuk bilik air tu kecuali Dato, Datin dan Pak Rasul. Kami pekerja tak guna bilik air tu sebab kami ada bilik air sendiri. Tetamu lain takkan guna bilik air tu sebab bilik mereka memang dah ada bilik air masing-masing dan masih elok.
“Saya guna bilik air tu pun masa baru sampai dan sebelum saya masuk bilik. Bila saya tahu bilik saya dah ada bilik air, saya tak guna dah bilik air tu. Rasanya Dato dan Datin je guna bilik air tu kalau mereka nak buang air besar. Paling banyak sekali Dato la sebab semalam dia kena cirit-birit.” Ujar Pak Rasul.
“Betul tu. Para tetamu lain akan guna bilik air mereka sendiri. Dan kalau mereka guna bilik air tu pun, mereka akan guna tuala mereka sendiri. Sangat jarang kita pergi menginap di mana-mana tak bawa tuala mandi sendiri. Kalau mereka tak bawa pun, mereka tak perlu ambil tuala di tingkat bawah sebab dalam bilik air mereka sendiri ada tuala macam tu.”
“Dan kalau mereka guna sekali pun bilik air di tingkat bawah, mereka pastilah untuk buang air sahaja. Mereka takkan mandi sebab di bilik mereka sudah ada bilik air untuk mandi.”
“Betul tu. Aisyhh, pelik betul la ada tuala yang hilang. Jap lagi saya nak check.”
“Tak boleh lagi. Polis tak bagi kita masuk bilik air tu takut ganggu siasatan.”
“Ohh…kalau macam tu takpelah. Okaylah Pak Rasul, saya nak pergi buat air sekejap.”
“Okay okay. Sorry tau kacau masa Izzah.”
“Takpe Pak Rasul.”
Pak Rasul memandang langkah Izzah menuju ke dapur sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.