1. Badan manusia mempunyai lebih daripada 200 tulang
Terdapat 206 tulang di dalam tubuh manusia. Tulang bertindak sebagai ‘asas’ badan dan membantu menjadikan semua mekanikal badan berfungsi dengan baik. Sekiranya satu tulang patah, semua tulang di sekelilingnya tidak dapat menjalankan tugas dengan betul.
2. Seorang bayi mempunyai 300 tulang
Ya,
seorang bayi mempunyai 300 tulang namun apabila mereka menginjak dewasa, tulang
hanya tinggal 206 sahaja. Mengapa ini berlaku? Hal ini kerana tulang tersebut
tidak hilang sebaliknya tulang-tulang kecil menyatu untuk membentuk tulang yang
lebih besar dalam sistem rangka (skeletal
system).
3. Seorang manusia mempunyai dua jenis tulang
Sistem
rangka (skeletal system) manusia
terdiri daripada tulang keras dan padat yang disebut tulang kortikal (juga
disebut tulang struktur) serta tulang lembut dan spongy (juga disebut tulang trabekular). Ini terdapat di dalam
tulang besar, pelvis, tulang rusuk dan tengkorak.
4. Tulang terpanjang di badan adalah terletak di kaki
Tulang
paha yang terletak antara pinggul dan lutut adalah tulang terpanjang dan
terbesar di badan manusia. Tulang ini juga adalah tulang yang paling kuat. Semua
berat badan manusia akan ditanggung oleh
tulang ini dalam sehari. Tidak hairanlah tulang ini sangat kuat.
5. Tulang yang paling kecil berada di telinga
Tulang
terkecil dalam tubuh manusia adalah malleus
(tukul), incus (landasan) dan stapes (sanggur). Secara kolektif,
tulang ini dikenali sebagai ossikel
(bahasa Latin untuk tulang kecil) dan berperanan bagi menghantar getaran suara
dari udara ke cecair di dalam telinga.
6. Tulang adalah tisu yang hidup
Kolagen
dalam tulang sentiasa terisi dengan sendiri dan ini adalah aktiviti sel
sepanjang hayat. Setiap tahun, kira-kira sepuluh peratus tulang diganti. Oleh
kerana kandungan mineral di dalam tulang diperbaharui, manusia mendapat rangka
baru setiap sepuluh tahun.
7. Sendi terbesar di badan manusia adalah lutut.
Pada
sendi lutut, terdapat tiga tulang yang bersambung iaitu tulang paha, tibia dan patela. Ketiga tulang besar ini memerlukan sendi yang sama besar
untuk menghubungkannya. Itulah sebabnya lutut adalah sendi terbesar di badan manusia.
8. Biasanya, manusia mempunyai 12 tulang rusuk tetapi ada yang mempunyai 13 tulang rusuk.
Hal seperti ini jarang berlaku tetapi satu peratus manusia dilahirkan dengan tulang rusuk ke-13. Tulang rusuk tambahan ini yang disebut tulang rusuk serviks, boleh menyebabkan masalah perubatan seperti sakit leher. Biasanya, tulang rusuk yang berlebihan ini akan dibuang melalui pembedahan.
9. Dua belas minggu diperlukan untuk tulang sembuh
Secara umumnya, tulang kanak-kanak sembuh lebih cepat daripada tulang orang dewasa. Sebaik sahaja tulang anda patah, badan anda akan berehat untuk menyembuhkan kecederaan. Dalam beberapa jam, gumpalan darah terbentuk. Seterusnya, callus lembut yang dibuat daripada kolagen akan terbentuk di sekitar tulang yang patah kemudian callus keras mula terbentuk selepas dua minggu. Bergantung pada usia dan kesihatan seseorang, proses ini berakhir antara minggu ke-6 dan ke-12.
10. Penyakit osteoporosis dihidapi ramai manusia
Seiring
bertambahnya usia, mungkin tulang lama hancur lebih cepat daripada pembentukan
tulang baru. Ini menyebabkan tulang mempunyai lubang dan menjadi lebih rapuh
yang disebut sebagai osteoporosis. Tahap osteoporosis yang seterusnya boleh
merangkumi kehilangan ketinggian, patah tulang akibat jatuh, atau sakit
belakang dan leher. Daripada kira-kira sepuluh juta orang Amerika yang
menghidapi osteoporosis, terdapat kira-kira lapan juta atau 80% adalah wanita.
Kira-kira satu dari pada dua wanita berusia lebih dari 50 tahun akan patah
tulang kerana osteoporosis.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.