Sumber : Google |
1. Setiap saat, badan manusia
menghasilkan 25 juta sel baru. Ini bermakna, dalam setiap 15 saat, manusia akan
menghasilkan lebih banyak sel daripada rakyat Amerika Syarikat.
2. Terdapat kira-kira
60,000-100,000 batu (miles) saluran
darah di dalam tubuh manusia. Sekiranya semua saluran darah ini dibawa keluar
dan direntangkan dari hujung ke hujung, saluran darah ini boleh mengelilingi
dunia lebih daripada tiga kali.
3. Gigi dianggap sebahagian daripada
sistem rangka (skeletal system) tetapi tidak dikira sebagai
tulang.
4. Otak merangkumi hanya 2% daripada
jisim badan manusia tetapi menggunakan 20% bekalan oksigen dan darah daripada
badan manusia.
5. Walaupun manusia bukan makhluk
terbesar, terpantas, atau terkuat, manusia adalah yang terbaik dalam hal
berjalan jarak jauh. Kaki manusia yang panjang, mempunyai postur tegak, dan berkeupayaan
untuk mengeluarkan haba melalui peluh, adalah faktor yang menjadikan manusia
pelari yang baik. Sebenarnya, manusia zaman awal biasa memburu dengan mengejar
mangsanya untuk jangka waktu yang lama hingga binatang-binatang itu mati dengan
sendiri akibat keletihan, suatu teknik yang dikenali sebagai kegigihan memburu
(persistence hunting).
6. Kira-kira 60% badan manusia
terdiri daripada air.
7. Menggosok gigi secara agresif
boleh merosakkan enamel dan menjadikan gigi anda sensitif terhadap makanan
panas dan sejuk.
8. Para saintis tidak pasti
mengapa kita menguap tetapi menguap dapat membantu mengatur suhu badan.
9. Kuku tidak tumbuh setelah manusia
mati.
10. Manusia adalah satu-satunya makhluk
bumi yang mempunyai dagu.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.