Selasa, 25 Julai 2017

SAJAK : DI ATAS TANAH PERJUANGAN



Image result for perjuangan
Sumber : Google


Perjuangan,

Ia tidak seperti berjalan di atas hamparan sutera,

Rasanya pun tidak pernah enak bagai madu dan gula,

Segala kehendak diri perlu banyak dikorbankan,

Pelbagai liku perlu dihadap dengan penuh ketabahan,

Banyak nikmat dunia yang perlu ditolak ke tepi,

Hanya mengharapkan semata-mata cinta sang Ilahi.



Perjuangan,

Ia tidak boleh dipikul dengan rasa kecewa,

Yang perlu di usung hanyalah kecekalan semata-mata,

Semakin berat perjuangan yang kita rasa,

Semakin banyak nanti kita menuai hasilnya,

Tajamkanlah terus senjata keilmuan,

Dan binalah segera menara kejayaan.



Berjuanglah sehingga kita bisa memanah ke bintang,

Tanpa rasa putus asa meski darah tinggal kering di tulang,

Pastikan kita bisa menjarah tujuh lautan,

Atau setidaknya menggenggam seluruh banjaran,  

Berjuanglah tanpa sekelumit pun rasa ketakutan,

Kerana kita berjuang adalah untuk membebaskan kebenaran,

Dan sudah pasti untuk mamasungkan kebatilan.  




Related Posts:

  • BLOGGER AREA : PERJUANGAN YANG BARU BERMULA Blogger Area, Dirimu umpama payung terbuka, Menaungi ramai blogger, Yang baru juga yang lama, Untuk mencari tapak, Di dunia blogger, Yan… Read More
  • BILA SI KAYA MENUNJUK HARTA Sumber : Google Seorang bapa yang kaya raya, Membeli kereta mewah untuk anaknya, Menabur kemewahan kepada mereka, Mereka menunjuk kekayaan… Read More
  • PENGACARA MENGARUT Sumber : Google Pengacara yang mengarut, Lawak lawakmu sungguh karut, Disulami dengan nada mencarut, Sejak dirimu mendapat Datuk, Sikapmu bertuk… Read More
  • RESAH Sumber : Google Aku resah berada di rumah itu, Kerana ada tugasan yang menanti diriku, Kerana ada tugasan yang belum ku urus, Dengan jitu.… Read More
  • SEORANG DATIN KAYA Gambar Hiasan Seorang posmen tua, Menjalankan tugasnya seperti biasa,  Menghantar surat sebagi kerja, Dari rumah ke rumah orang berada, H… Read More

1 ulasan:

  1. GV rasa Mr Nurhaziq patut jadi penulis lirik lagu Malaysia skang nie. Sebab kebanyakan lagu2 baru banyak lirik tidak puitis dan tidak ada jiwa. Yang pastinya sajak di atas mmg terbaik. Respect. :)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.