Sabtu, 29 Julai 2017

CARA AMBIL GAMBAR PASSPORT PALING MUDAH!

Kau ada smartphone, kan. Jadi kita pun kenalah jadi smart user. Kau masuk kat Play Store dan cari app "Photo Grid" ni. Percuma.

Image may contain: text 

Kau ambil gambar hensem-hensem macam ni. Ala, pakai smartphone je. Tak payah DSLR harga ribu-ribu tu. Ingat! Kita nak jimat dan senang.

Yang bahagian bawah, tak kisah. Asalkan yang atas hensem dan kemas. Background pakai kain biru terus kalau nak senang. Kalau tak, kau kena guna PhotoShop pula untuk edit background tu.

Kalau kau ada softcopy gambar passport yang lepas-lepas lagi senang, pakai yang tu sajalah. Kadang-kadang kau ada dapat CD orang kedai foto bagi untuk simpanan kau sendiri.

Oh ya. Lagi satu, jangan selfie pulak ya.
Image may contain: 1 person, standing and suit 
Kau pilih Potrait dan crop gambar kau ikut nisbah 3:4. Pastikan objek iaitu muka dan badan kita penuh 3/4 daripada gambar yang akan di"crop" tu.

Image may contain: 1 person, text 
Kau rotate 90 degree clockwise atau anti-clockwise. Mana-mana pun boleh. Klik sekali saja, okay.

Image may contain: one or more people 
 Kemudian, kau save gambar yang terhasil tu dengan senang hati.
Image may contain: text 
Kau pilih 8 kali gambar yang kau save tadi. Sebab kau nak buat 8 gambar passport, kan.

Image may contain: 3 people 
Pilih susunan macam yang saya tunjukkan kat atas tu. Kalau kau pilih susunan lain, sah-sah memang tak jadi. Percayalah!

Image may contain: one or more people 

 Yang penting, kau kena pilih nisbah 2:3 untuk gambar tu sebab itu ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R.

Kau nampak Border tu? Klik Border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang yang pisahkan kesemua 8 gambar tu.


Image may contain: one or more people 
 Kemudian, kau Save gambar tu guna kualiti yang terbaik, 2048P.
Image may contain: one or more people and text 

Bila dah siap save tu, kau rotate balik gambar tu jadi macam ni semula. Siap! Simpan dalam pendrive 4GB kau tu. Pendrive tu banyak jasa simpan MP3 dan 3gp zaman kat universiti dulu.

Sekarang kau pergi ke kedai foto yang dekat. Jangan kau pergi showroom Honda pula. Tak jadi nanti. Kau tanya kat tokey kedai tu, "Bang, nak print satu gambar 4R berapa ringgit ye?".

Kalau dia kata RM5, memang sahlah kau kena kelepet dengan dia. Haha! Tapi, kalau dia jawab RM1, kau terus buat dengan dia. Minta dia print 2 keping gambar tadi pada saiz 4R.

Maka, kau akan dapat 16 keping gambar passport dengan harga RM2 saja. Memang jimat level tinggi ni. Dahlah senang pulak tu, kan. Nak tau berapa harga biasa dia?

[Harga biasa - paling murah]

4 keping: RM10
8 keping: RM16
12 keping: RM22
16 keping: RM28

Kau dah jimat RM26 tau! Tahniah!

Lain kedai, lain caj dia. Ada kedai yang caj sampai RM40 untuk 16 keping gambar passport, RM18 untuk 4 keping gambar passport pun ada. Wow! Nasiblah ya.

Kau pun bolehlah melangkah balik ke rumah dengan senang hati. Sampai di rumah, kau cari gunting yang tajam dan guntinglah mana-mana yang patut. Takkan nak kena tunjuk juga.
Image may contain: 8 people, child 
 BONUS!

Kalau kau rasa nak hilangkan cela-cela di wajahmu itu, kau klik yang "Retouch" tu dan pilih "Auto Retouched". Memang muka kau akan jadi flawless gila and obviously nampak fake sangat. Haha. Kalau nak yang ringan-ringan, cukuplah kau adjust yang "Smoother" tu. Okay gais?

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.