Rabu, 15 Februari 2017

CARA MAHU BUAT RESUME YANG MAMPU MEMIKAT RAMAI MAJIKAN!

Image result for temuduga kerja
sumber : Google

Serperti yang kami kongsikan kepada anda sebelum ini recruiter biasanya akan mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menilai resume calon dalam email. Ini kerana terlalu ramai calon-calon yang ingin memeohon jawatan yang sama, ditambah lagi jika mohon di syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Facebook, Apple, Microsoft.

Anda rasa masa beberapa saat tu sempat ke majikan nak baca semua, anda rasa mampu ke resume anda memukau majikan dalam tempoh yang singkat itu. Sebenarnya ada! Resume daripada seorang gadis dari Havard yang dikenali sebagai Jessica Pointing telah menampat hati syarikat-syarikat seperti Google, Apple, Facebook, Microsoft, McKinsey, Bain, Goldman Sachs, dan Morgan Stanley untuk menjalani latihan industri dengan mereka.

Wah! Bukan calang-calang syarikat tau, apa yang hebatnya resume dia sampai semua syarikat ini beria-ia nak ambil dia ni? Kalau nak tahu, jom lihat di bawah ini, rahsia yang kami sendiri pernah kongsikan tapi kali ini ada  'sample' sekali. 

1. Jelaskan Lebih Spesifik

 


 
Jelaskan bagaimana impak anda pada syarikat atau organisasi yang anda kerja itu. Kebanyakan orang hanya menjelaskan kerja lama sahaja, tapi tak ada penjelasan yang paling penting iaitu demonstrasi bagaimana sumbangan anda.

2. Beri Tumpuan Pada Nombor Dalam Resume

 


Rasanya kami pernah kongsikan sebelum ini, nombor memainkan peranan penting bagaimana mahu menambat hati majikan. Jangan hanya menjelaskan pencapian semata-mata tapi berikan kuantiti pencapaian tersebut. Rujuk contoh gambar diatas.

 

3. Ubah Kepada Kata Kerja


Daripada anda kata, ‘I made a new program that increased conversion rate,’ ubah kepada ‘Initiated a new program that increased conversation rate by 20%,’” 

Tapi kena pastikanlah segala pencapaian itu semua betul, tak kisahlah sikit mana pun sumbangan dan pencapaian yang biasa, tekankan bab nombor dalam resume anda. Ia akan kelihatan gah! Itu sebab la bukan calang-calang syarikat panggil gadis ini internsheep.

Resume Penuh

 

Sumber : maukerja.my

Related Posts:

  • SAMBUNG NYAWA  Sumber : Google Penerangan : Pokok Sambung Nyawa atau nama saintifiknya Gynura Procumbens adalah ahli keluarga Asteraceae. Tumbuhan ini d… Read More
  • TEMU KUNCI  Sumber : Google Penerangan : Temu Kunci ialah tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan belukar atau hutan yang tidak terlalu te… Read More
  • MATA ITIK  Sumber : Google Penerangan : Pokok Mata Itik ialah sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan belukar kecil dan berpaya serta sering di… Read More
  • SELASIH  Sumber : Google Penerangan : Pokok Selasih atau nama saintifiknya Ocimum Basilicum adalah sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiac… Read More
  • BELUNTAS  Sumber : GooglePenerangan : Beluntas atau nama Inggerisnya Indian Marsh Fleabane, Indian Camphorweed, Indian Fleabane, dan Indian Pluchea… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.