Isnin, 6 Februari 2017

KEBURUKAN BANYAK BACA KOMIK DAN NOVEL CINTA


Image result for membaca
Sumber : Google


Saya tidak pasti apakah statistik terkini jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun tetapi apa yang saya pasti jumlah tersebut telah meningkat. Walaupun jumlah tersebut tidaklah dapat mengatasi jumlah buku yang dibaca oleh penduduk penduduk di negara maju tetapi bolehlah dikata ia merupakan satu perkembangan yang sihat. Berbanding dahulu, rakyat Malaysia dalam setahun hanya membaca dua buah buku sahaja. Itu dikira baik juga daripada langsung tidak membaca apa apa!   

Seperti yang telah saya sebut di atas tadi, jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia masih rendah lagi. Tidak terlawan kita dengan jumlah buku yang dibaca oleh penduduk di negara maju. Barangkali itulah sebabnya negara dan masyarakat kita lambat maju. 

Banyak faedahnya jika kita banyak membaca. Kita bukan sahaja dapat banyak pengetahuan malah pengalaman orang lain pun kita boleh dapat juga. Selain itu, membaca dapat membentuk budaya fikir dalam diri kita. 

Bahan bacaan yang kita baca memainkan peranan juga. Bacalah bahan bacaan yang boleh mencabar minda sentiasa. Pilih juga bahan bacaan yang boleh membuat kita berfikir dengan kritis juga. Janganlah asyik membaca karya karya fiksyen seperti komik dan novel cinta semata-mata. Membaca buku buku bukan fiksyen pun kita perlu juga. 

Dahulu, ketika di zaman sekolah rendah dan menengah, saya amat gemar membaca novel novel cinta. Namun, setelah menjejak kaki ke alam diploma, saya tidak lagi membaca novel novel cinta. Saya mula membaca novel novel misteri/penyiasatan atau buku buku yang lebih berat lagi. Membaca novel misteri atau buku buku yang berat dapat membentuk budaya fikir dalam diri. 

Bukanlah saya kata langsung tidak boleh baca komik atau novel novel cinta. Boleh baca bahan bacaan itu semua tetapi pada masa yang sama eloklah baca buku buku yang boleh mencabar minda juga. Barulah minda kita boleh terbuka dengan seluas-luasnya. 

Jika hanya membaca komik atau novel novel cinta, minda kita langsung tidak tercabar apa apa. Yang terbentuk hanyalah khayalan atau fantasi semata-mata. Maka banyaklah pengetahuan atau isu isu semasa yang kita tidak tahu. Dan budaya fikir pun tidak wujud dalam diri kita itu.   

Mengapa saya begitu sibuk bercakap tentang budaya fikir ini? Budaya fikir yang terbentuk di dalam diri sangat penting sekali. Budaya fikir dapat mengelakkan kita daripada ditipu atau menjadi dogmatis selalu. Budaya fikir juga penting untuk menjadikan diri kita berfikir dengan kritis sentiasa. Barulah kita boleh berfikir secara rasional tentang banyak perkara. 

Banyak sebenarnya rahsia rahsia alam yang tidak dirungkai. Banyak juga pembohongan dan masalah manusia yang tidak dapat diselesai. Banyak juga ilmu yang belum lagi manusia terokai. Dengan budaya fikirlah semua itu dapat kita kuasai. Tetapi bagaimana hendak menguasai jika membaca bahan bacaan yang tidak mencabar akliah yang suci?

Penting sebenarnya kita banyak membaca. Penting juga kita boleh membaca bahan bacaan yang boleh mencabar minda kita. Semoga kita semua menjadi orang yang celik minda sentiasa. 

2 ulasan:

  1. Sedang cuba wujudkan minat membaca dalam diri. Saya akui memang sukar. Kalau baca bahan2 macam dekat blog okay la tak bosan sangat. btw satu artikel yang baik. saya follow blog ni ya :)

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.