Sumber : Google |
Entri yang mahu saya tulis ini
bukanlah entri yang bersifat hasutan atau menghasut mana mana pihak supaya
terlibat di dalam kancah peperangan tetapi sebaliknya sebuah entri yang memberi
amaran dan peringatan kepada semua pihak supaya menjaga sensitiviti agama dalam
kalangan rakyat Malaysia agar peperangan agama tidak berlaku seperti mana
peristiwa 13 Mei 1969 yang telah berlaku dahulu sehingga mengorbankan banyak
nyawa.
Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana
masalah ketegangan kaum. Peristiwa itu terjadi kerana sensitiviti kaum tidak
dipelihara dengan baik sehingga menimbulkan rasa marah lalu berlakulah
pertumpahan darah sehingga meragut banyak nyawa. Sudah pastilah kita sebagai
rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa tersebut berulang lagi.
Jika sensitiviti agama tidak
dipelihara atau dijaga dengan baik oleh kerajaan dan rakyat Malaysia, tidak
mustahil peristiwa 13 Mei 1969 itu boleh berulang lagi cuma dalam situasi yang
berbeza. Kalau dahulu peristiwa tersebut berlaku kerana berpaksikan kepada
perkauman tetapi jika peristiwa itu berlaku sekali lagi ia berpaksikan pula kepada
keagamaan.
Jika kita melihat pada hari ini,
penghinaan terhadap Islam, Allah, Nabi Muhammad s.a.w, dan apa sahaja yang
bersangkut paut dengan orang Islam dan agama Islam, begitu banyak sekali
dilakukan di media media sosial. Kerajaan sendiri pun dilihat seolah olah tidak
mampu mengawal perkara tersebut. Tidak banyak individu individu yang sengaja
menyentuh sensitiviti agama itu ditangkap seperti Alvin Tan misalnya yang telah
menghina azan tidak lama dahulu.
Jika perkara semacam itu masih
berterusan tanpa ada sebarang kekangan yang ketat dari kerajaan, nescaya tidak
mustahil perang agama akan berlaku di negara ini. Umat Islam terus bersabar
dengan segala tindak tanduk orang bukan Islam yang terus mencabar dan menghina
agama Islam. Umat Islam sekadar mengecam dan tidak membuat apa apa tindakan pun
terhadap penghina penghina Islam ini. Namun, kita harus ingat. Kesabaran umat Islam
juga ada batasnya. Saya khuatir jika kesabaran itu sudah habis, senjata dan
darah pula yang menjadi galang gantinya.
Umat Islam di Malaysia terus bersabar
dengan segala penghinaan yang dilemparkan oleh orang bukan Islam terhadap agama
mereka. Mereka langsung tidak membalasnya dengan melakukan perkara yang sama
terhadap orang bukan Islam. Kerajaan pula mengambil sikap pilih kasih dalam hal
ini. Jika umat Islam menyentuh sensitiviti agama lain, tindakan segera pasti
akan diambil terhadap mereka tetapi jika orang bukan Islam menyentuh sensitiviti
agama Islam, satu minggu pun belum tentu mampu untuk menangkap mereka.
Sebagai orang Islam, saya memberi
peringatan kepada orang bukan Islam supaya tidak menghina Islam sesuka hati
anda. Kami sentiasa menjaga sensitiviti agama anda bermakna anda juga perlu
menjaga sensitiviti agama kami. Jangan sesekali menghina agama kami dengan
sewenang-wenangnya di dalam media sosial seperti mana yang berlaku sekarang.
Kerajaan juga perlu mengambil
tindakan yang tegas dan segera kepada mana mana pihak yang sengaja menghina
agama lain sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat
Malaysia. Kerajaan tidak boleh memilih bulu dalam hal ini. Sesiapa sahaja yang
bersalah perlu dihukum tidak kira ia dalam kalangan orang Islam atau dalam
kalangan orang bukan Islam.
Sebagai penutup, marilah kita menjaga
sensitiviti agama orang lain supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram
di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan berbilang agama di Malaysia.
Kerajaan perlu adil dan tegas dalam mengambil tindakan. Kita mungkin faham ada tekanan dari luar yang membataskan tindakan pihak berkuasa namun agama perlu dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir..
BalasPadambibit-bibit tu dah ada. harap tak la terjadi.
BalasPadamKalau semua org saling memahami antara 1 sama lain mgkin perkara begini dapat dielakkan
BalasPadam