Sabtu, 20 Jun 2015

K POP PUN AKAN TERKUBUR JUGA?


Sumber : Google




Di seluruh dunia, semua orang – terutama remaja khususnya perempuan tetapi lelaki juga sama – bercakap tentang K Pop yang berasal dari Korea Selatan.  K Pop adalah muzik berentak pop yang dicetuskan oleh penggiat penggiat muzik dari Korea Selatan. Sejak belakangan ini, akibat penangan daripada K Pop itu sendiri, ramai penyanyi, pelakon, pengacara, rancangan, muzik, budaya, makanan, pelancongan dan warisan Korea Selatan menjadi tumpuan di seluruh dunia. Serta merta negara Korea Selatan yang acapkali hampir berperang dengan Korea Utara kerana berlainan ideologi itu menjadi terkenal di seluruh dunia.

Banyak sekali nama nama artis Korea meniti di bibir peminat. Pelakon – Lee Min Ho, Park Shin Hye, Lee Seung Gi, Penyanyi – EXO, BTS, Super Junior, 2PM, Pengacara – Yoo Jae Suk, Kang Ho Dong, Shin Dong Yup dan ramai lagi dikenali oleh rakyat Malaysia dan penduduk dunia. Ada juga rakyat Malaysia yang kenal hampir semua artis Korea tetapi seorang artis Malaysia pun dia tidak kenal!

Pokok pangkalnya, artis artis Korea ini sentiasa menjadi tumpuan remaja remaja dunia. Dengan menawarkan rupa paras yang kacak dan cantik, tubuh yang berotot dan mengiurkan, bakat yang subur dalam seni, kebijaksanaan dalam pendidikan, lawak yang bermutu, dan rancangan yang berkualiti, maka artis artis Korea ini diperhatikan setiap masa. Cerita cerita mereka – sama ada baik atau buruk - senantiasa mahu diketahui bukan sahaja oleh para wartawan tetapi oleh para peminat mereka juga.  


Dahulu industri hiburan Hollywood, Bollywood, dan Hong Kong/China menjadi tumpuan penduduk dunia. Ramai betul yang ‘gila’ dengan Hritik Roshan, Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, John Abraham dan ramai lagi dari Bollywood, Stephen Chow, Daniel Wu, Jet Li dan ramai lagi dari Hong Kong/China. Tetapi sekarang kedua dua industri hiburan ini seakan akan hidup segan mati tak mahu apabila industri hiburan Korea Selatan mula mengambil alih. Yang bertahan hanyalah Hollywood, dari dahulu sehingga sekarang kerana industri hiburan dunia dikuasai oleh orang orang Barat.   

Timbul persoalan di hati para wartawan, peminat, penganalisis seni dan para blogger, apakah K Pop juga akan mengalami nasib yang sama seperti Bollywood dan Hong Kong/China? Apakah akan ada industry hiburan dari negara lain yang akan menguasai hati peminat dunia hiburan seperti mana yang telah dilakukan oleh artis artis K Pop? Mungkin tidak berlaku dalam masa terdekat namun tidak mustahil juga apa yang menimpa kepada Bollywood dan Hong Kong/China akan terjadi kepada K Pop.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan entri yang saya tulis ini terutama peminat K Pop namun kita juga harus berfikir ke arah itu. Bollywood dan Hong Kong/China bukanlah industri hiburan yang kecil kecil anak. Sebahagian besar apa yang ditawarkan oleh industri hiburan K Pop ini sudah pun ditawarkan oleh dua industri hiburan yang gergasi itu. 

Berbeza dengan Bollywood dan Hong Kong/China, K Pop berkembang di saat media sosial menguasai hampir segenap kehidupan penduduk dunia seperti Twitter dan Instagram misalnya. Aktiviti aktiviti dan berita artis artis dari Korea Selatan ini mudah diketahui dengan pantas dan tepat (ada juga yang tidak tepat). Orang tidak perlu lagi menunggu berita daripada media media tradisional seperti surat khabar misalnya untuk mengetahui tentang aktiviti aktiviti dan berita artis artis K Pop. Cukup sekadar mereka melayari Twitter dan Facebook untuk mengetahui akan segala kegiatan artis artis K Pop itu. 

Fenomena K Pop yang melanda dunia di saat ledakan teknologi maklumat berlaku di mana mana telah mewujudkan kesan yang lain kepada penduduk dunia termasuk Malaysia. Maka, wujudlah dua kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai penyokong (K Poppers) dan penentang (haters) di media sosial hasil daripada ledakan teknologi maklumat itu. Di saat Bollywood dan Hong Kong/China berkembang, perkara semacam itu tidak lagi berlaku. Inilah satu daya tarikan yang muncul bersama penyebaran gelombang Hallyu (Korean Wave) menjadikan K Pop itu mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Sudah banyak kali juga penyokong dan penentang K Pop ini bertempur di media media sosial. Masing masing menegakkan benang yang basah untuk mempertahankan pendirian masing masing. Keyboard warrior yang merupakan golongan opportunis dan tidak bertanggungjawab gemar membangkitkan isu isu sensitif berkenaan K Pop ini supaya kedua dua golongan – penyokong dan penentang – berbalah sesama sendiri. Tindakan keyboard warrior yang gemar melakukan kerja kerja karut ini ini suka melihat masyarakat bermusuhan dan berpecah belah dengan membangkitkan isu isu yang remeh.   

Apa pun yang berlaku, K Pop sekarang menjadi satu fenomena dunia yang melanda masyarakat antarabangsa. Hampir setiap masa orang akan bercakap tentang K Pop sama ada muzik, drama, filem, artis dan rancangan. Pendek kata, K Pop telah berjaya menawan hati penduduk dunia terutama orang perempuan. Tetapi mustahilkan K Pop akan terkubur suatu hari nanti? Jika mereka terkubur, industri hiburan negara mana pula yang akan menggantikan mereka? Sama sama kita saksikan…

 


4 ulasan:

  1. Tak pernah minat dengan Kpop, penuh dengan kepalsuan dunia..

    BalasPadam
  2. Kehidupan kita ni ada pasang surutnya..ada masa pasang..ada masa surut...xmstahil k pop akan makin dilupakan bila zaman brubah....kalau xsekarang mgkin akan datang

    BalasPadam
  3. tak mustahil . menarik pulak nak tahu sape plak yang ganti kpop klau ade la . huhuu

    BalasPadam
  4. Kekadang hairan gak apa yang memyebabkan kpop glamour...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.