Jumaat, 19 Jun 2015

PECAHKAH PAKATAN RAKYAT DENGAN MUKTAMAR PAS?


Sumber : Google




Muktamar PAS yang berlansung baru baru ini telah membuat ketetapan untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat. DAP pula mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah 'mati' (terbubar) apabila PAS mengambil pendirian begitu dalam muktamarnya. Sama ada Pakatan Rakyat terbubar atau pun tidak masih menjadi tanda tanya ramai orang.

Bagi sesetengah orang, Pakatan Rakyat sudah pun terbubar. Bagi sesetengah orang pula, pakatan itu belum terbubar. Masyarakat menjadi keliru dengan permainan politik yang dimainkan oleh tiga buah parti politik yang dianggap akan bersemayam di Putrajaya tidak lama lagi.

Paling mengelirukan di dalam ketiga tiga parti itu adalah PAS. PAS mengambil pendirian untuk memutuskan kerjasama dengan DAP tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat. Tindakan PAS itu terus dipersoal sehingga ke hari ini. Apa sebenarnya mainan politik yang mahu digunakan oleh PAS?     


Tindakan PAS itu samalah seperti suami isteri yang sudah bercerai tetapi masih tinggal serumah. Tindakan semacam itu sangatlah tidak wajar dan sama sekali tidak bijak. Jika PAS mahu memutuskan hubungan dengan DAP, PAS juga wajar keluar dari Pakatan Rakyat.

Pada pandangan saya, Pakatan Rakyat masih belum terpecah seperti yang didakwa oleh DAP selagi PAS tidak mengisytiharkan bahawa mereka telah keluar dari Pakatan Rakyat. Selagi PAS tidak berbuat sedemikian, nescaya Pakatan Rakyat masih wujud namun dalam keadaan yang tempang.

Saya yakin PAS tidak berani untuk keluar dari Pakatan Rakyat jika melihat kepada suasana dan senario politik sekarang. PAS yang meletakkan kepentingan politik di atas berbanding dengan kepentingan Islam pasti tidak mahu kehilangan kuasa yang mereka kecapi pada hari ini jika mereka keluar dari Pakatan Rakyat. PAS juga tidak mahu memadamkan impian dan cita cita mereka untuk bersemayam di Putrajaya sekiranya mereka keluar dari Pakatan Rakyat.

Oleh itu, PAS akan terus berada dalam Pakatan Rakyat walaupun mereka tidak lagi bersama DAP. Walaupun tindakan PAS itu dilihat songsang, namun PAS tidak peduli itu semua asalkan mereka akan terus mendapatkan kuasa. Selagi mereka boleh mendapatkan laba politik melalui tindakan mereka, mereka akan terus mengekalkan tindakan mereka itu walaupun tindakan itu akan mengancam agama Islam sekalipun.

Timbul persoalan di hati ramai orang, mengapa PAS begitu takut untuk keluar dari Pakatan Rakyat? Apakah yang menghalang PAS daripada berbuat sedemikian? Jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan PAS takut untuk kehilangan kuasa yang selama ini mereka kecapi. Jelas PAS lebih mengutamakan politik daripada Islam walaupun mereka acapkali mendabik dada bahawa merekalah parti yang memperjuangkan Islam super tulen.

Jika PAS meletakkan kepentingan agama dahulu berbanding kepentingan politik, nescaya sudah lama PAS keluar dari Pakatan Rakyat. PAS pasti akan membina partinya sendiri secara berdikari tanpa ada rasa ragu ragu lagi. Jika PAS percaya hanya Allah yang boleh menentukan kemenangan dan kekalahan PAS, sudah lama PAS tinggalan pakatan yang tidak berapa sepakat itu. Tetapi iktikad sebegitu tidak wujud dalam hati pemimpin pemimpin PAS, pada PAS yang memberi kemenangan dan kekalahan kepada PAS bukan Allah, tetapi pengundi. Maka, kekallah PAS dalam Pakatan Rakyat yang sudah retak menanti belah itu. 

Tiada apa lagi yang boleh dilakukan jika PAS masih bersikap penakut, tiada keyakinan diri, tidak percaya kepada kuasa Allah dan meletakkan kepentingan politik di atas dan bukannya kepentingan Islam. PAS tidak mahu mengubah nasibnya maka Allah pun tidak akan mengubah nasib PAS. Maka, terjunlah PAS dengan serban serban politiknya...  


1 ulasan:

  1. PAS juga sebenarnya cuma mengejar dunia. Islam hanya dibibir semata..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.