Rabu, 2 April 2014

PADAH BILA HINA RAJA RAJA MELAYU

    Saya ingin menyorot tentang kes yang dihadapi oleh bekas Pengerusi Democratic Action Party (DAP) dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu YB Karpal Singh. Beliau telah didenda oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebanyak RM 4000 oleh kerana menghasut. 

     Menurut laman portal freemalaysiatoday.com, mahkamah mendapati beliau bersalah kerana menyoal tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana menyingkirkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 2009.

     Peguam terkenal itu didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dengan hukuman sebanyak tiga tahun penjara atau didenda RM5000 atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.

      Hukuman itu boleh menyebabkan Karpal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor jika dia gagal dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan itu atau mengurangkan denda di bawah RM2000. 

     Inilah akibatnya jika kita sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India yang menghina Raja Raja Melayu sesuka hati kita. Karpal perlu sedar, sebagai seorang yang bergelumang lama dalam bidang undang undang, beliau perlu tahu tentang kedudukan Raja Raja Melayu di Malaysia. Jika kita tidak berpuas hati dengan Raja Raja Melayu, gunakan saluran yang betul untuk menyampaikan pandangan dan kritikan bukannya dengan cara menghasut orang ramai supaya membenci Raja Raja Melayu.

      Inilah masalah kita. Kita suka mengambil tindakan tanpa berfikir panjang dan akibatnya kita yang teruk menanggung. Orang tua tua pernah berpesan, jangan kerana pulut santan binasa, jangan kerana mulut badan binasa. Kita selalu mengeluarkan kenyataan yang menghina Raja Raja Melayu padahal ada pelbagai saluran yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan pandangan dan kritikan kita.

     Walaupun Karpal tidak berpuas hati kerana Sultan Azlan Shah membenarkan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menjadi Menteri Besar Perak seterusnya menyingkitkan Nizar Jamaluddin, beliau perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan bantahan beliau sesuai dengan dirinya yang merupakan seorang peguam yang handal. Bukannya pergi menghasut orang ramai sesuka hati.

      Sekarang Karpal telah menerima padahnya. Karpal perlu sedar kedudukan Raja Raja Melayu di Malaysia. Jika beliau yang mahir dalam bidang undang undang pun, boleh melakukan tindakan yang bodoh seperti itu, lebih baik beliau berhenti sahaja daripada menjadi seorang peguam atau buang sahaja ijazah undang undang beliau. 

      Saya lihat mutakhir ini orang sudah mula berani menghina Raja Raja Melayu. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh bukan Melayu, malah orang Melayu sendiri. Ini kerana perasaan hormat pada Raja itu sudah semakin hilang dek kerana keangkuhan dan keegoan. Dahulu semua umat Melayu sayang pada Raja. Raja adalah tulang belakang orang Melayu. Raja adalah penaung bangsa Melayu dan Raja juga adalah penaung agama Islam di Malaysia. 

      Namun kini, dari mulut anak orang Melayu sendiri sudah mula mahu menggulingkan Raja Raja Melayu seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik seperti China, India dan Filipina. Rata rata mereka tidak sedar akan kepentingan Raja Raja Melayu ini di Malaysia. Mereka hanya menganggap Raja Raja Melayu seperti tunggul padahal peranan seorang Sultan dan Yang di Pertuan Agong begitu besar sekali di Malaysia. 

      Ya, saya tidak menafikan bahawa ada dalam kalangan Raja Raja Melayu ini yang tidak elok perangainya sementelahan mereka juga adalah manusia biasa. Tetapi kita harus ingat, siapa yang beri mereka menduduki takhta itu? Siapa yang beri mereka daulat kebesaran itu kalau bukan Allah s.w.t. Ingatlah, peliharalah Raja Raja ini dengan baik sebelum mereka digulingkan oleh puak puak ekstremis di Malaysia ini.

      Ramai orang tidak menghargai sesuatu perkara apabila perkara itu berada di depan mata namun menyesal apabila perkara itu hilang dan sudah tiada. Tatkala itu, semuanya sudah terlambat. Nasi sudah pun menjadi bubur. Jadi saya menyeru kepada umat Melayu agar mempertahankan sistem raja berperlembagaan ini sebelum hilang entah ke mana.

     Hukuman yang dikenakan ke atas Karpal Singh ini juga merupakan satu peringatan buat dirinya agar lebih berhati hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. Sudah banyak kenyataannya yang mengguris hati orang Melayu antaranya 'langkah mayatnya dulu kalau nak tubuh negara Islam' dan 'menggantikan ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat'.

     Saya nak tanya dengan Karpal Singh yang merupakan seorang peguam yang handal dan hebat, apa salahnya dengan Ketuanan Melayu? Adakah dia mati apabila adanya Ketuanan Melayu? Adakah dia jatuh miskin dan papa kedana dengan adanya Ketuanan Melayu? Adakah kerana Ketuanan Melayu menyebabkan dia lumpuh sehingga terpaksa duduk di atas kerusi roda selama bertahun tahun? Kenapa dia begitu sakit hati sangat dengan Ketuanan Melayu?

     Ketuanan Melayu itu sebenarnya bukan bermaksud orang Melayu menjadi tuan dan orang bukan Melayu menjadi hamba di Malaysia ini. Ketuanan Melayu adalah perkataan yang ingin mengingatkan kepada orang Melayu dan orang bukan Melayu bahawa orang Melayu adalah penduduk asal di negara ini. Tambahan pula, terdapat kedudukan istimewa untuk orang Melayu yang ada dalam Perlembagaan Malaysia. Apa perlunya Karpal Singh hendak menggantikan Ketuanan Melayu dengan Katuanan Rakyat?

      Adakah dengan adanya Ketuanan Melayu menyebabkan orang bukan Melayu menjadi susah di Malaysia? Cuba lihat senarai 10 orang terkaya di Malaysia, berapa ramai orang Melayu ada dalam senarai itu? Cuba Karpal tunjukkan bukti yang sahih dan lengkap, di mana orang bukan Melayu yang tertindas dengan adanya Ketuanan Melayu pada hari ini? Cuba kita lihat, Malaysia adalah negara di luar China dan India yang mempunyai sekolah Cina dan Tamil. Adakah itu menandakan bahawa orang bukan Melayu tertindas di bumi Malaysia?

     Itu tidak termasuk pelbagai universiti perkauman yang ditubuhkan untuk orang bukan Melayu. Cuba kita lihat, siapa yang menguasai ekonomi Malaysia? Melayu atau Cina? Adakah itu menandakan orang orang Cina papa kedana dan tertindas di bumi Malaysia dengan adanya Ketuanan Melayu?

      Jadi, nasihat saya kepada Karpal agar berhati hati dalam mengeluarkan kenyataan dan kata kata. Selama ini orang Melayu sentiasa menjaga hati orang bukan Melayu namun orang bukan Melayu sahaja yang sering mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Melayu. Orang bukan Melayu  selalu menghina Allah, bulan Ramadhan dan bangsa Melayu itu sendiri tetapi orang Melayu tetap bersabar dan terus bersabar.

     Ingat! tahap kesabaran seseorang ada batasannya. Jangan kerana pulut santan binasa, jangan kerana mulut badan binasa. Ingatlah wahai orang bukan Melayu, kita tidak mahu Tragedi 13 Mei berulang lagi. Jika perkara ini berterusan, nescaya tidak mustahil peristiwa hitam itu akan berulang kembali. Ramai orang tidak tahu tentang cerita sebenar meletusnya tragedi itu. Hanya orang orang di Kampung Baru sahaja yang tahu cerita sebenar. Saya tahu kerana datuk dan bapa saya telah menceritakan kepada saya sementelahan mereka lahir dan besar di Kampung Baru - tempat meletusnya Tragedi 13 Mei 1969. Saya tahu siapa betul dan siapa salah dalam hal ini.

     Akhir kalam, saya mengingatkan sekali lagi kepada Karpal agar menjaga kata katanya agar tidak lancang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati orang Melayu sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.    

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.