Isnin, 28 April 2014

RANCANGAN RAJA SPONTAN ERA : HIBURAN YANG MELAMPAU




      Sebenarnya ada banyak isu lain yang hendak saya ulas namun apabila melihat rancangan Raja Spontan Era yang disiarkan selama dua puluh empat jam semata mata untuk memecahkan rekod dalam Malaysia Book of Record telah menggerakkan pena saya untuk menulis berkenaan perkara ini. Tujuan saya menulis ini bukanlah kerana saya cemburu kerana tidak dapat pergi ke Bukit Jalil sebaliknya saya merasakan rancangan itu merupakan satu hiburan yang agak melampau.

      Bayangkan, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu disogokkan dengan hiburan dan gelak ketawa yang melampau selama satu hari. Alangkah tidak bagusnya perkara itu. Tidak salah untuk kita berhibur namun hiburan itu mesti ada batasnya. Bukan sepanjang masa kita boleh berhibur. Saya teringat kata kata guru Matematik saya ketika saya di tingkatan tiga, ‘ada masa kita boleh ketawa dan bergurau senda dan ada masa kita kena serius.’

      Namun begitu, pihak Astro selalu benar membuat rancangan rancangan yang sering membuat orang kita ketawa. Tidak cukupkah rancangan rancangan hiburan yang sudah ‘melambak’ di televisyen itu? Mengapa mesti ditambah lagi? Benarlah kata seorang ustaz, dunia akhir zaman memang penuh dengan keseronokkan. Orang lebih suka menyanjung artis dari menyanjung ulamak. Artis sering dipuja namun ulamak dicerca.

      Ingatlah saudara saudara sekalian, hiburan adalah satu senjata utama orang Yahudi untuk melemahkan orang Islam. Ini adalah agenda orang Yahudi untuk melalaikan orang Islam dari mengingati Allah, Rasulullah dan menuntut ilmu. Sebab itulah umat Islam hari ini lemah. Mengapa? Kerana mereka lebih suka berhibur dan bergelak ketawa dari mengingati Allah, Rasulullah dan menuntut ilmu.

      Apabila orang Islam terlalu banyak berhibur, mereka akan kurang menuntut ilmu. Masa mereka lebih banyak dihabiskan dihadapan televisyen atau di Bukit Jalil. Mereka lebih suka meramaikan stadium Nasional Bukit Jalil itu dari pergi menunaikan solat berjemaah secara beramai ramai di masjid. Cuba kita lihat mengapa masjid kita semakin kurang dikunjungi orang pada waktu solat? Antara salah satu sebab musababnya adalah mereka khayal dengan program program hiburan yang ada di televisyen. 

       Umat Islam hari ini tidak banyak menguasai ilmu ilmu yang boleh membawa kepada kemajuan umat Islam itu sendiri. Bayangkan, senjata nuklear untuk mempertahankan diri kita daripada diserang oleh musuh musuh negara pun kita masih tidak mampu untuk buat lagi. Mengapa? Kerana tidak ramai umat Islam hari ini terutama orang Melayu yang mahu pergi menuntut ilmu tersebut. Kita terlalu alpa dan leka dengan program program hiburan yang ada di negara kita.

      Saya mahu bertanya, apakah kebaikan yang timbul dengan adanya program seperti ini? Apakah objektif yang baik yang boleh kita pelajari dari program program seperti ini? Tidak ada! Yang ada hanyalah gelak ketawa satu hari suntuk.  Jadi pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pihak Astro sendiri perlu mengkaji secara terperinci tentang program hiburan yang ada di negara ini.

       Ingatlah, jika terlalu banyak program program hiburan seperti ini umat Islam akan mudah leka dan alpa. Banyak isu isu penting yang ada di negara ini tidak diketahui atau tidak diambil peduli oleh kebanyakkan rakyat Melaysia. Mengapa? Kerana salah satu sebabnya terlalu banyak program hiburan yang karut marut di negara kita.

      Bukan saya mahu menafikan tentang program keagamaan yang ditayangkan oleh pihak Astro seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan dan Pencetus Ummah namun jika kita teliti betul betul, program program hiburan lebih banyak dari program program keagamaan. Nisbah yang muncul memang betul betul berat sebelah umpama 1 : 10.

       Saya tidak kata salah untuk kita berhibur. Berhibur bukanlah satu kesalahan. Rasulullah sendiri pun berhibur kerana itu adalah naluri manusia namun yang saya tentang adalah hiburan yang melampau dan keterlaluan. Tidak baik sebenarnya hiburan yang terlalu banyak ini.

      Oleh itu, pihak Astro dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diterajui oleh Datuk Shabery Cheek perlu membuat kajian secara terperinci berkenaan program program hiburan yang ada di negara ini dan kesannya terhadap masyarakat.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.