Apabila mendapat berita bahawa Nik Aziz
mengalirkan air mata kerana gagal menjadi Menteri Besar Kelantan selama lebih
20 tahun beliau duduk di kerusi itu telah menimbulkan pelbagai polemik dalam
politik Malaysia.
Ada yang
menyokong dan ada juga yang mengejek. Sebagai seorang penulis, saya tidak mahu
menyebelahi mana mana pihak. Penulis perlu jadi non partisan.
Dari satu segi saya memuji tindakan
Nik Aziz itu yang sanggup meminta maaf kepada rakyat Kelantan atas kegagalannya
selama ini. Bukan calang calang orang yang sanggup meminta maaf dan mengakui
kesalahan sendiri. Tahniah saya ucapkan kepada Nik Aziz kerana sanggup mengakui
kesilapannya selama ini.
Inilah hakikatnya menjadi seorang
pemimpin. Bukan senang mahu menjadi seorang pemimpin lebih lebih lagi memimpin
sebuah negara bernama Malaysia
yang rakyatnya lebih 27 juta orang. Pelbagai masalah dan kerenah yang perlu
ditangani dengan baik untuk memuaskan hati semua pihak. Kadang kala, tindakan
yang diambil itu tindakan yang tidak popular namun terpaksa juga diambil demi
rakyat.
Bagitu juga apabila Nik Aziz menjadi
Menteri Besar Kelantan. Bukan mudah untuk menjaga sebuah negeri sebenarnya
apatah lagi sebuah negara. Jadi Nik Aziz janganlah terlalu menyalahkan kerajaan
pusat jika terdapat kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan yang dipimpin oleh
UMNO – BN ini.
Nik Aziz sendiri tidak berjaya memerintah
negeri Kelantan dengan baik. Dia gagal membekalkan air bersih dan elektrik kepada
rakyat Kelantan walaupun telah lama menjadi Menteri Besar selama lebih 20
tahun. Rakyat Kelantan juga ramai yang masih miskin jika hendak dibandingkan
dengan negeri negeri lain.
Saya bukanlah penyokong UMNO atau orang
yang super taksub dengan BN namun seteruk teruk UMNO itu pun mereka masih bina
sekolah untuk rakyat. Mereka masih bina masjid untuk rakyat. Mereka masih
memberi pelbagai bantuan kepada rakyat. Di bawah kepimpinan UMNO juga Malaysia
berjaya menjadi sebuah negara yang membangun.
Saya akui UMNO itu banyak kelemahannya.
Banyak perkara yang saya tidak bersetuju dengan kepimpinan UMNO seperti masalah
rasuah, masalah pengangkutan awam, masalah pendatang asing, masalah 1 Malaysia
dan banyak lagi namun saya tidak mengeji UMNO seperti mana Nik Aziz dan Hadi
Awang menghina UMNO. Saya juga menegur UMNO jika ada kesilapan yang mereka
lakukan.
Cuba
fikir, bagaimana Nik Aziz mahu mentadbir Malaysia jika sebuah negeri sebesar
Kelantan itu pun beliau gagal mentadbir dengan baik. Pelbagai masalah yang
berlaku di dalamnya. Beliau hanya pandai dan tahu mencari segala keburukan,
keaiban dan kebobrokan UMNO namun beliau langsung tidak nampak kesalahan beliau
sendiri.
Beliau hanya sedar tentang kelemahannya
apabila beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan. Sepatutnya beliau
perlu sedar tentang perkara ini sejak kali pertama beliau melangkah masuk ke
pejabat Menteri Besar Kelantan itu. Bukannya sekarang. Nasi sudah menjadi
bubur. Sudah terlambat.
Teguran saya kepada Nik Aziz, jangan suka
mencari buruk orang lain. Cari sendiri keburukan diri sendiri dan muhasabahlah
diri sendiri dahulu. Ingat, tidak salah untuk menegur namun apa niat atas
teguran itu? Saya nampak niat Nik Aziz mengkritik kerajaan pusat pimpinan Najib
bukanlah untuk membawa kebaikan sebaliknya hanya untuk membawa kebencian,
pepecahan, pergaduhan dan kejatuhan!
Tidak salah untuk kita berlainan ideologi
politik. Allah mencipta manusia dengan pelbagai perbezaan supaya kita boleh
berkenalan antara satu sama lain dan bukannya saling berkelahi.
Nasihat saya, jangan jadi kuman seberang
laut nampak, gajah depan mata tidak nampak. Akui kesalahan diri sendiri dahulu
baru boleh mencari kesalahan orang lain. Kita mesti ingat, wali tinggi mana
pun, ulamak besar mana pun tidak akan terlepas dari melakukan khilaf dan dosa.
Itulah namanya manusia. Tidak lari dari membuat kesilapan.
Walaubagaimanapun, saya tabik kepada
Nik Aziz yang sudi mengakui kesilapannya. Ramai juga pemimpin masa kini yang
telah membuat kesilapan namun tidak mahu meminta maaf. Semoga Nik Aziz sentiasa
berada dalam keadaan sihat walafiat.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.