Sabtu, 12 April 2014

ISU KAMPUNG BARU : MENYANGGAH PANDANGAN TAN SRI ABDULLAH AHMAD

      Tan Sri Abdullah Ahmad - wartawan, ahli politik, tapol (tahanan politik), korporat, diplomat dan seorang kolumnis di akhbar Sinar Harian telah menulis satu perkara yang berkaitan dengan tempat tinggal dan tempat saya dibesarkan iaitu di Kampung Baru di kolumnya yang terkenal iaitu DKL Menulis yang bertajuk Transformasikan Warisan Melayu Segera. Rencana ini ditulis pada 21 Februari 2010. Saya membaca artikel ini di dalam buku terbarunya iaitu Berani Tanpa Segan yang saya beli di kedai buku Kinokuniya semalam semasa sedang menunggu sesi temuduga di KLCC. 

      Sejujurnya saya menghormati beliau sebagai seorang penulis yang berkaliber. Dia dianggap sebagai public intellectual (cendekiawan awam) oleh kebanyakkan orang namun tulisannya dalam akhbar itu mengenai tempat tinggal saya memang saya langsung tidak menyetujuinya. Pandangannya terlalu berat sebelah dan langsung tidak mengambil kira pandangan orang Kampung Baru. Dia hanya bercakap berdasarkan apa yang kakitangan kerajaan, ahli politik dan wartawan akhbar beritahu kepada dirinya tetapi dia langsung tidak mahu mendengar sendiri apa pendapat penduduk Kampung Baru secara keseluruhannya. Jadi pada hemat saya lebih baik pendapat yang mengatakan dia seorang 'Cendekiawan Awam' itu dikaji semula.

      Di sini saya turunkan apa yang telah ditulisnya di kolumnya itu.

Tahap hidup rakyat dan negara membangun maju tetapi sedihnya kampung warisan Melayu terus tinggal terbiar relatif. "Aduhai." Keluh seorang veteran UMNO waktu saya dan dia sedang minum kopi dan makan nasi lemak di sebuah warung di Kampung Baru semasa cuti Tahun Baru Cina. "Siapa salah Kampung Baru terus terbiar?"

"Saya kira kedua duanya: Orang Kampung Baru demand keterlaluan ada sebabnya dan kerajaan pula keterlaluan memberi muka - hingga apa pun tak jadi!" tegas veterean UMNO itu. Kerajaan berkali kali gagal mendapat persetujuan - kata sepakat penduduk Kampung Baru untuk 'mara ke depan' kerana terlalu banyak vested interest - kepentingan kepentingan tertentu yang menghalang kerajaan membangunkan Kampung Baru. Ada pihak seolah olah tidak mahu Kampung Baru berubah kecuali kehendak mereka (minoriti tetapi berpengaruh) dituruti. Bagaimana pula pendapat majoriti? Kerajaan harus dengar pendapat mereka. Kan kita mengamalkan demokrasi?


       Saya berasa kurang setuju dengan pendapat bekas tahanan ISA ini. Siapa kata penduduk Kampung Baru 'terbiar tinggal relatif'? Kami hidup dengan tenang dan aman. Kami - penduduk Kampung Baru tiada yang papa kedana. Kalau ada pun bukan dalam kalangan orang Melayu. Itu pendatang pendatang asing Indonesia yang melambak lambak di Kampung Baru. Lagi satu siapa kata Kampung Baru terus terbiar? Kami di sini hidup - walaupun tidak kaya namun kami bahagia. Kami tidak pernah minta makan dari siapa siapa. Semua penduduk Kampung Baru ada pekerjaan tetap. Semua penduduk Kampung Baru bekerja di sektor awam dan sektor swasta! Kenapa dikatanya kami tinggal terbiar?

      Saya nak tanya Tan Sri Abdullah Ahmad, sekiranya dia menjual tanah, dia mahu jual tanah dengan harga yang mahal atau murah? Contohnya jika tanahnya berharga dua juta, mahukah dia menjual harga tanahnya dengan harga RM500 000? Tentu tidak mahu bukan? Kami bukan demand keterlaluan. Kami cuma minta harga tanah yang mahu diambil ini mengikut harga tanah pasaran semasa. Bukan harga yang ditawarkan oleh kerajaan yang sememangnya rendah dari harga pasaran semasa. 

     Lagi satu saya mahu katakan, kami - penduduk Kampung Baru tidak pernah mahu tempat ini dibangunkan. Kami selesa dengan keadaan sekarang. Kami tidak pernah minta dari kerajaan untuk bangunkan tempat ini. Kami tidak perlu tempat ini mempunyai bangunan yang tinggi tinggi. Kami bangga dengan rumah kayu yang buruk ini. 

      Untuk pengetahuan Tan Sri, ramai pelancong luar negara datang ke Kampung Baru semata mata mahu mengambil gambar rumah kami yang buruk ini. Kenapa mereka tidak mengambil gambar gambar bangunan yang tinggi tinggi itu? Ini kerana di negara mereka pun ada malahan lebih canggih lagi. Mereka mahu melihat kelainan yang ada di Kampung Baru iaitu rumah rumah kampung Melayu yang tidak ada di negara mereka. Hanya Kampung Baru sahaja yang masih mengekalkan tradisi dan warisan rumah rumah Melayu di Kuala Lumpur. Bayangkan jika rumah rumah ini sudah diganti dengan bangunan setinggi sepuluh tingkat? Di mana lagi mahu mencari rumah kampung seperti ini ditengah tengah bandaraya Kuala Lumpur? 
  
     Untuk pengetahuan Tan Sri lagi, majoriti penduduk Kampung Baru menolak rancangan kerajaan yang mahu mengambil dan membangun tempat ini. Kalau Tan Sri tidak percaya, cuba Tan Sri ikut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengerusi Perbadanan Kampung Baru bermesyuarat dengan penduduk Kampung Baru mengenai isu ini. Lihat berapa ramai penduduk Kampung Baru yang tidak bersetuju dengan rancangan ini? 

      Saya nak tanya kenapa mesti Kampung Baru ini dibangunkan? Tidak bolehkah kerajaan beri dana sahaja untuk mencantikkan rumah rumah di Kampung Baru untuk tujuan pelancongan? Mengapa mesti diroboh dan dibangunkan serta dibina bangunan yang tinggi tinggi di atasnya? Kenapa mesti Kampung Baru menjadi mangsa? Kenapa tidak Petaling Street atau tempat tempat lain? Kalau ghairah sangat nak pembangunan, kenapa tidak dibangun sahaja negeri Kelantan yang kerajaan warwarkan sebagai miskin itu? Kenapa mesti Kampung Baru menjadi mangsa sedangkan kami sedikitpun tidak pernah meminta? Kenapa tidak beri kepada rakyat Kelantan yang dahagakan pembangunan selama ini?

      Ini sahaja tanah orang Melayu yang terbesar di Kuala Lumpur. Lain lain tanah semuanya sudah dimiliki oleh bangsa lain. Masakan tanah ini pun kerajaan mahu ambil?  Kampung Baru bukan baru tubuh hari ini. Usianya sudah mencecah lebih 100 tahun. Inilah kerajaan kita, mereka berani dengan orang Melayu tetapi takut dan bacul dengan bangsa asing. Mereka sanggup bayar harga yang tinggi jika membeli atau mengambil tanah tanah bangsa Cina tetapi bila mengambil tanah Melayu mereka ambil dengan harga yang murah. Mereka buat pelbagai helah untuk mendapatkan harga yang murah jika membeli tanah orang Melayu. Inikah namanya pemimpin Melayu? Melayu sendiri yang menjahanamkan Melayu.

       Saya juga menyanggah pandangan bekas setiausaha politik Tun Razak ini. Saya turunkan tulisannya di sini. 

Kalau berharap penduduk sepakat (untuk memajukan Kampung Baru) - tunggulah sampai pisang berbuah dua kali atau kucing bertanduk. Semasa era Dr. Mahathir, mereka demand pampasan keterlaluan! Bagitu juga hal zaman Badawi. Benar, amat benar Kampung Baru - enklaf strategik tetapi masakan harga tanah setinggi di sekeliling KLCC? Dulu KLCC tapak kelab lumba kuda Selangor. Waktu itu harga tanah tidak tinggi. Harga melambung tinggi selepas pembangunan berlaku. Apabila enklaf Melayu itu dimajukan, harga tanah sudah tentu melonjak. Tetapi tidak semahal KLCC kerana dia enklaf Melayu!

      Saya betul betul tidak faham dengan bekas Ketua Editor NSTP yang dibuang oleh Pak Lah ini. Patutlah kena buang dari jawatan dan masuk ISA kerana selalu sangat menulis perkara yang karut marut. Masakan tanah di tengah tengah bandar Kuala Lumpur harganya murah? Saya kasihan dengan orang tua ini. Pemandu teksi yang tidak sekolah tinggi pun tahu tanah ini mahal harganya. Masakan Tan Sri yang berpendidikan MCKK, Cambridge, Harvard, dan Universiti Malaya ini boleh tidak tahu? Atau pun dia pura pura tidak tahu atau sebenarnya dia seorang yang tolol!

      Mengapa pula tanah Kampung Baru tidak semahal KLCC kerana dia enklaf Malayu? Oh, adakah jika tanah milik orang Melayu sahaja mesti harganya murah? Jika tanah itu milik orang Cina harganya mesti mahal? Ini namanya diskriminasi. Undang undang mana Tan Sri belajar? Oh lupa pula, Tan Sri kan pernah belajar di Kemunting, patutlah cetek ilmu. 

     Untuk pengetahuan pembaca, harga tanah di Kampung Baru adalah RM1000 satu kaki persegi! Sangat mahal. Namun kerajaan pimpinan BN ini sengaja tidak mahu menukar status tanah ini dari tanah pertanian ke status tanah kormesial. Mengapa? Kerana mereka tidak mahu bayar dengan harga yang tinggi. Sungguh pelik dan aneh, masakan tanah di tengah tengah Kuala Lumpur berstatus tanah pertanian dan bukannya tanah kormesial. Mengapa kerajaan tidak tukar status tanah ini? Sungguh licik pemimpin peminpin BN untuk mengaut kekayaan dan keuntungan dengan cara menipu sebegini.

       Saya nasihatkan Tan Sri agar dengar dahulu pendapat penduduk Kampung Baru. Buat dialog bersama kami dan bukannya hanya mendengar kata kata orang UMNO dan orang orang kerajaan. Saya rasa Tan Sri ini bukan lagi  public intellectual tetapi pengampu nombor wahid!    

      Lagi satu, nama Perdana Menteri Malaysia ke 5 adalah TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI dan bukannya BADAWI. Tolong tulis dengan betul - Abdullah - dan kalau malas sekali pun tulislah dengan panggilan PAK LAH sahaja. BADAWI bukan nama dia. BADAWI nama bapa dia. Masakan Tan Sri tidak tahu. Inilah akibatnya jika selalu sangat bercuti di luar negara dan bercampur dengan orang orang putih sehingga menulis nama orang pun salah. Pelajar darjah satu pun tahu mahu tulis nama Pak Lah dengan betul. Apa guna belajar tinggi tinggi jika pemikiran masih jumud tahap kaki! 

Wassalam. 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.