Selasa, 11 Disember 2012

566 Hari Mencari Cinta


PENULIS : Ilya Abdullah

PENERBIT : Kaki Novel Enterprise

Novel ketiga karya Ilya Abdullah ini memang menarik. Saya sangat mengagumi Ilya Abdullah kerana berjaya menimbulkan perasaan marah di hari saya menerusi watak Firdayu Fahrin. Sesungguhnya penulis ini telah menjadikan watak tersebut satu tarikan untuk membaca novel ini. Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang cantik dan seksi bernama Firdayu Fahrin. Firdayu menggunakan kecantikan dan keseksiannya untuk menawan lelaki lelaki yang kacak dan kaya raya.

Setelah lelaki lelaki itu jatuh di tangannya, Firdayu akan meninggalkan lelaki lelaki itu untuk bersama dengan lelaki lain pula. Begitu banyak lelaki yang telah menjadi mangsanya sehingga dia digelar poison ivy oleh kawan baiknya sendiri. Sikap Firdayu itu merunsingkan nenek dan bapanya sehingga neneknya telah membuat satu perjanjian dengan Firdayu. Firdayu  harus mencari cinta sejatinya dalam masa 566 hari jika tidak semua hartanya akan diserahkan kepada neneknya.

Jika Firdayu berjaya maka semua harta neneknya akan diserahkan kepadanya. Dalam masa 566 hari itu, dia telah menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki. Kid, pembantu peribadi Firdayu berusaha membantu Firdayu untuk mencari suami untuk gadis itu dalam tempoh tersebut. Telah banyak lelaki yang dia kecewakan dan telah banyak wanita yang menangis gara gara perbuatannya termasuklah tunang sepupunya sendiri iaitu Ruzair.

Firdayu telah mempunyai ramai musuh di luar sana dan dia sentiasa dilindungi oleh Kid. Pada pendapat saya cerita ini sangat menarik. Penulis telah mengetengahkan bahawa cinta itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan cintu itu sesuatu yang amat berharga. Saya berpendapat karya ini merupakan karya yang berkualiti dan tidak bosan untuk dibaca.

Related Posts:

  • 7 Wali Melayu PENULIS : Abdul Ghani Said PENERBIT : MAHBOOK Publication Buku ini membincangkan sejarah hidup tujuh orang wali Melayu yang pernah hidup di bum… Read More
  • Biografi Syed Mokhtar Albukhary PENULIS : Premilla Mohanlall PENERBIT : pVm Communication Sdn Bhd Buku biografi yang saya pinjam dari sahabat saya ini begitu menarik untuk diba… Read More
  • FIKSYEN 302 PENULIS: Ramlee Awang Murshid PENERBIT: Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad Buku ini menceritakan tentang penyiasatan yang dilakukan oleh AS… Read More
  • 3 + 1 = 1 PENULIS : Ana Farhana PENERBIT : Jemari Seni Publishing Karya pertama Ana Farhana ini memang seronok dibaca. Mungkin cerita yang terkandung dalam… Read More
  • DAIM: Insan Di Sebalik Enigma PENULIS: Adibah Amin dan Cheong Mei Sui PENERBIT: Pelanduk Publications (M) Sendirian Berhad Buku ini menerangkan secara terperinci perihal diri… Read More