Sabtu, 8 Disember 2012

Fail Sulit Presiden Amerika


PENULIS: Muhd. Nur Iman Ramli

PENERBIT: PTS Millennia Sendirian Berhad

Buku ini mengupas secara menyeluruh tentang orang paling berkuasa di dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat. Buku ini amat menarik untuk dibaca oleh para peminat sejarah dan politik antarabangsa. Penulis buku ini telah membincangkan pelbagai aspek tentang Presiden Amerika Syarikat secara terperinci antaranya  biodata ringkas 44 Presiden negara itu dari George Washington hinggalah ke Presiden Barack Obama. Pembaca dapat mempelajari tentang sejarah penubuhan negara Amerika Syarikat serta mengenali kehidupan pemimpin nombor satu di negara itu secara lebih mendalam.

Penulis buku ini juga menerangkan tentang pertubuhan pertubuhan rahsia yang membayangi Presiden Amerika Syarikat itu seperti Freemason, Illuminati dan sebagainya. Para pembaca juga dapat mengetahui secara lebih mendalam tentang sistem pentadbiran negara Amerika Syarikat. Penulis buku ini juga tidak ketinggalan memaparkan sembilan desakan Tun Dr. Mahathir kepada Presiden Barack Obama. Sesungguhnya buku ini sesuai dibaca untuk menambah pengetahuan am mengenai negara Amerika Syarikat yang kita kenali sebagai 'Polis Dunia'.  


Related Posts:

  • PETUA PENYELENGGARA : Siti Aisyah Hussein  PENERBIT : Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad Buku ini membincangkan petua petua nenek moyang kita s… Read More
  • FIKSYEN 302 PENULIS: Ramlee Awang Murshid PENERBIT: Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad Buku ini menceritakan tentang penyiasatan yang dilakukan oleh AS… Read More
  • Fail Sulit Presiden Amerika PENULIS: Muhd. Nur Iman Ramli PENERBIT: PTS Millennia Sendirian Berhad Buku ini mengupas secara menyeluruh tentang orang paling berkuasa di duni… Read More
  • Kesinambungan dan Perubahan: Malaysia Di Bawah Abdullah Ahmad Badawi PENULIS: Datuk Chamil Wariya PENERBIT: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd Ketika saya membaca buku ini, saya menerima kritikan da… Read More
  • 566 Hari Mencari Cinta PENULIS : Ilya Abdullah PENERBIT : Kaki Novel Enterprise Novel ketiga karya Ilya Abdullah ini memang menarik. Saya sangat mengagumi Ilya Abdulla… Read More