Ramai lelaki di dunia ini sangat mengambil berat akan zakar mereka. Mereka tidak hirau akan organ-organ atau anggota-anggota badan mereka yang lain. Mereka paling risau akan zakar mereka sama ada besar / kecil atau panjang / pendek.
Oleh sebab ramai lelaki terlalu cakna akan zakar mereka, maka banyaklah produk tentang penjagaan zakar dilambakkan dalam pasaran. Jika ditinjau di pasaran sana, terdapat pelbagai produk yang menawarkan pelbagai kelebihan yang boleh digunakan untuk menjaga zakar - panjang, besar, tahan lama, tidak cepat pancut dan sebagainya.
Ramai lelaki berasa malu jika zakar mereka kecil, pendek, cepat pancut dan tidak tahan lama. Bagi mana-mana lelaki yang mengalami masalah ini, maka mereka menggunakan dua cara iaitu urut batin atau menggunakan produk penjagaan zakar yang terdapat di pasaran seperti minyak lintah misalnya.
Jika orang muda yang cakna akan penjagaan zakar, itu bukanlah sesuatu yang aneh. Namun, jika orang tua yang terlalu cakna akan penjagaan zakar, itu adalah suatu keganjilan. Orang tua yang cakna akan penjagaan zakar ini mempunyai dua tujuan sahaja iaitu mempunyai isteri muda atau gemar bermain perempuan!
Sebenarnya zakar panjang / pendek atau besar / kecil bukanlah suatu masalah. Apa yang penting dalam penjagaan zakar adalah kebolehan untuk tahan lama (cepat pancut ataupun tidak) semasa melakukan hubungan seksual.
Tiada guna mempunyai zakar yang panjang dan besar tetapi apabila bersama isteri, hanya mengambil masa dua minit sahaja. Baru dua kali 'celup', sudah terpancut!
Amat molek mempunyai zakar yang pendek atau kecil tetapi boleh bertahan lama apabila bersama isteri. Isteri bukan sahaja mendapat kepuasan seksual, tetapi juga dapat mengukuhkan keharmonian rumah tangga.
Saya berasa pelik dengan lelaki yang terlalu obses untuk memanjang dan membesarkan zakar sehingga terpaksa menggunakan cara yang salah (seperti menggunakan pam zakar misalnya). Kesilapan dalam penggunaan produk penjagaan zakar boleh mengakibatkan zakar menjadi rosak.
Oleh sebab itulah saya menasihatkan kepada lelaki di luar sana supaya berhati-hati dalam memilih produk penjagaan zakar. Jangan sesekali mengambil produk penjagaan zakar secara sembarangan. Pastikan produk yang anda ambil diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Saiz dan panjang zakar bukanlah penentu kehebatan anda dalam melakukan hubungan seksual bersama isteri. Apa yang penting ketahanan anda semasa melakukan hubungan tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.