Isnin, 5 Julai 2021

GELANG PASIR

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Gelang Pasir atau nama lainnya Rumput Beremi atau Segan Jantan ialah tumbuhan semusim dalam keluarga Portulacaceae yang dapat mencapai 40 sentimeter tinggi.  Daunnya bersusun berselang-seli dan berumpun pada ruas dan hujung batang. Mempunyai bunga berwarna kuning dan mempunyai lima bahagian sekata yang lebarnya sehingga 6 mm.


Khasiat :

1.     Merawat penyakit kencing tidak lawas

2.     Merawat sembelit

3.     Merawat masalah sakit puan

4.     Merawat lemah jantung

5.     Merawat demam panas


Kaedah :

Boleh dimakan sebagai ulam dengan memakan seluruh bahagiannya kecuali bahagian akar. Pucuk dan daun mudanya boleh dimakan mentah atau dimasak.


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.