Rabu, 3 Oktober 2018

MEMATUHI PERJANJIAN


Kita bertemu di tanah yang sama,
Kerana diheret oleh sejarah yang lama,
Hidup bersama dengan sentosa yang dicuba,
Walau keadilan tidak tumbuh melata.

Pada waktu dahulu,
Kita menghormati tanpa kenal erti jemu,
Kita yang baru mengecapi kebebasan,
Cuba hidup dengan penuh keamanan,
Cuba mengelak sebarang persengketaan,
Cuba untuk mematuhi perjanjian.

Tetapi kini,
Kita tercampak di gaung pergaduhan,
Kerana ada di antara kita,
Telah terlupa pada perjanjian,
Akibat taksub pada politik kepartian.

Entah sampai bila,
Kita akan terus begini,
Perjanjian lama perlulah dipatuhi,
Supaya keamanan boleh kembali.

Related Posts:

  • ANTARA MENTERI DAN DIAM Sumber : Google                        Ada seorang menteri, Kaya raya orangnya, … Read More
  • PENGACARA MENGARUT Sumber : Google Pengacara yang mengarut, Lawak lawakmu sungguh karut, Disulami dengan nada mencarut, Sejak dirimu mendapat Datuk, Sikapmu bertuk… Read More
  • MELAYU MUDAH DIHINA Sumber : Google Melayu mudah dihina, Bukan oleh chauvinis sahaja, Tetapi oleh anak bangsanya juga, Perasaan cinta akan bangsa, Sudah lenyap… Read More
  • SEORANG DATIN KAYA Gambar Hiasan Seorang posmen tua, Menjalankan tugasnya seperti biasa,  Menghantar surat sebagi kerja, Dari rumah ke rumah orang berada, H… Read More
  • SAHABAT Sumber : Google Dalam perjalanan hidup ini, Ku cuba mencari seorang sahabat sejati, Bagi menemani kehidupan ini, Namun sehingga waktu i… Read More

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.