Ketika kita datang,
Kita membawa sejuta impian,
Ketika kita datang,
Kita membawa seribu harapan.
Agama berharap kita dapat mengembangkannya,
Bangsa berharap kita boleh memajukannya.
Guna ilmu yang kita ada,
Untuk mencerdikkan masyarakat kita,
Guna pengalaman yang kita ada,
Untuk memperjuangkan nasib mereka.
Ketika kita pulang,
Kita membawa segulung kejayaan,
Ketika kita pulang,
Kita membawa segenggam kecemerlangan.
Agama berharap kita dapat menyelamatkannya,
Bangsa berharap kita dapat menjaga haknya,
Guna ilmu yang kita ada,
Untuk membangunkan negara kita,
Guna pengalaman yang kita ada,
Untuk mengangkat negara di mata dunia.
Kitalah yang akan membantu agama yang kian lemah,
Kitalah yang akan menolong bangsa yang berpecah
belah,
Kitalah yang akan membersih negara dari nanah
rasuah,
Kitalah yang akan melawan pemimpin yang pecah
amanah.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.