Selasa, 9 Oktober 2018

SAAT ALAM BERSUARA

Ketika pohon-pohon itu tumbang,
Mentari menerjah masuk dengan penuh garang,
Menyinari tanah yang akan gersang,
Nyawa yang ada lantas melayang.

Kerakusan sudah menjadi tuhan,
Kerana dihasut oleh ketamakan,
Sudah tiada lagi belas kasihan,
Semuanya untuk memuaskan keuntungan.

Hutan sudah tidak lagi berpenghuni,
Setelah pokok-pokok dibaham gergaji,
Bangunan batu menjadi pengganti,
Mengikut kehendak ramai manusiawi.

Telah ditanam benih-benih pembangunan,
Untuk menumbuhkan pohon-pohon kemodenan,
Manusia hidup dengan penuh kebahagian,  
Alam hidup dengan penuh penderitaan.

Tanah kubur sudah digali,
Untuk alam yang bakal mati,
Ketika alam sedang disemadi,
Bencana datang lantas menggerudi.

Bencana yang muncul mencampakkan kesakitan,
Membawa sekali sejuta penyesalan,
Barulah alam hendak dihormati,
Setelah manusia ramai yang pergi.


Related Posts:

  • AKU PELANGGAN MISKIN Sumber : Google Aku pelanggan miskin, Singgah ke kedai makan, Letaknya di tengah kota metropolitan, Untuk beli barang makanan, Bagi mengisi… Read More
  • PEKERJA PEMARAH Sumber : Google Setiap kali aku singgah di pejabat itu, Untuk melunaskan tugas tugasku, Aku pasti akan bertemu, Dengan pekerja pemarah itu. … Read More
  • SAJAK : LELAKI TAMPAN Lelaki yang tampan, Sungguh beruntung dirimu, Mempunyai wajah kacak kurniaan Tuhan, Hati hatilah dengan nikmat itu, Agar kamu tidak terjerumus, … Read More
  • SAJAK : TETAMU SEBUAH PERPUSTAKAAN Ku masuk sebuah perpustakaan, Ku lihat penjaga kaunter sedang membuat tugasnya seperti biasa, Pandangan ku beralih pada tetamu perpustakaan, Yang … Read More
  • SAJAK : PENTADBIR KUMPULAN SUNYI Setelah ditinggalkan, Kini aku adalah pentadbir, Sebuah kumpulan sunyi, Yang keseorangan, Tanpa teman, Tanpa ahli kumpulan. Aku adalah pentadbi… Read More

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.