Sumber |
Tular
baru-baru ini video seorang ADUN DAP merangkap exco kerajaan negeri Melaka, YB Nurhizam
Hassan Baktee yang berkelakuan tidak sepatutnya kepada penduduk Kampung Pulau
Nibong yang mengadu masalah mereka kepada beliau. Jelas dalam video itu, beliau
bersikap angkuh apabila berhadapan dengan rakyat.
Perkara
semacam ini bukanlah pertama kali terjadi. Sebelum ini pun, telah tular video
beliau di laman sosial berkenaan sikap yang sama.
Jelas
kelihatan wakil rakyat daripada Pakatan Harapan ini masih belum menyesuaikan
dirinya sebagai wakil rakyat. Sama ada beliau belum lagi untuk belajar kaedah
untuk menjadi wakil rakyat seperti yang sepatutnya ataupun sememangnya sikap
beliau begitu, tidaklah kita ketahui. Namun, sikap yang beliau pamerkan itu
bukan sahaja merosakkan imej seorang wakil rakyat, malah merosakkan imej DAP,
imej Pakatan Harapan dan imej kerajaan negeri Melaka secara keseluruhannya.
Tidak
sepatutnya beliau mempamerkan sikap ala gangster begitu apabila berhadapan
dengan rakyat. Rakyat sememangnya mempunyai pelbagai masalah yang perlu
diselesaikan. Menjadi tugas wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Apabila
rakyat datang mengadu masalah mereka kepada wakil rakyat, sepatutnya masalah
itu didengari, dibawa berbincang dan cuba untuk diselesaikan. Jika tidak dapat
diselesaikan, cubalah berbincang semula dengan rakyat dengan cara yang baik. Mempamerkan
sikap ala gangster begitu bukanlah cara yang betul.
Sepatutnya
apabila beliau bertanding untuk bergelar seorang wakil rakyat, maka beliau
sepatutnya sudah bersedia untuk berhadapan dengan seribu masalah rakyat. Lebih-lebih
lagi apabila beliau dilantik sebagai salah seorang exco kerajaan negeri. Maka,
beliau sepatutnya sudah tahu bahawa beliau pasti akan berhadapan dengan banyak
masalah rakyat dan segala masalah itu perlu diselesaikan.
Jika
beliau sudah bersedia untuk bergelar seorang wakil rakyat maka sudah pasti
insiden memalukan itu tidak akan muncul. Namun, oleh kerana beliau tidak
bersedia, maka jadilah seperti yang kita lihat pada hari ini.
Tidak
diketahui mengapa beliau tidak bersedia untuk berhadapan dengan masalah rakyat
sedangkan beliau sendiri bertanding dan dipilih sebagai wakil rakyat. Justeru,
bolehlah diragui niat sebenar beliau menjadi seorang wakil rakyat. Sama ada
benar-benar untuk membantu rakyat atau untuk kepentingan-kepentingan tertentu
yang bersifat peribadi.
Beliau
sebagai seorang wakil rakyat perlu belajar bagaimana untuk menjadi seorang
wakil rakyat yang berwibawa dan boleh diterima oleh semua. Terdapat ramai
pemimpin dalam Pakatan Harapan yang bagus-bagus boleh beliau temui dan
pelajari. Jika beliau tidak mempelajari bagaimana untuk menjadi wakil rakyat
yang betul, maka insiden sebegitu pasti akan berulang lagi pada masa akan
datang.
UMNO-BN
kalah pada PRU yang lalu kerana ramai wakil rakyat dan pemimpinnya bersikap
angkuh dengan rakyat. Meskipun keangkuhan mereka tidak tular seperti mana YB
Pengkalan Batu itu, tetapi sekian ramai rakyat merasakan bahawa ramai pemimpin
UMNO-BN bersikap angkuh kepada mereka. Maka, rakyat secara beramai-ramai
menghukum mereka dalam PRU yang lalu.
Jangan
sampai apa yang berlaku kepada UMNO-BN itu boleh berlaku kepada YB Pengkalan
Batu dan Pakatan Harapan. Perkara semacam itu bukanlah mustahil untuk berlaku. Rakyat
memberi mandat kepada PH untuk memerintah Melaka sekaligus Malaysia adalah
untuk memastikan negara ini berubah. Dengan sikap yang dipamerkan oleh YB
Pengkalan Batu itu, perubahan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian rakyat jelata
semakin jauh nampaknya.
x lama la kalau x dpt bela nasib rakyat..
BalasPadam