Sabtu, 18 Mei 2013

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck



PENULIS : HAMKA

PENERBIT : Pustaka Dini

Inilah buku pertama karangan Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah (HAMKA) yang saya pernah baca. Seluruh kepulauan Nusantara ini tahu tentang HAMKA yang sememangnya terkenal sebagai ulama dan telah menulis begitu banyak kitab dan novel. Salah satunya adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini. Novel ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Zainuddin yang berketurunan Minangkabau dan Bugis yang telah jatuh hati kepada seorang gadis Minangkabau yang bernama Hayati.

Walaubagaimanapun, ibu bapa Hayati tidak bersetuju menikahkan Hayati dengan Zainuddin memandangkan Zainuddin bukanlah orang Minangkabau yang tulin dan miskin. Haryati telah dikahwinkan dengan seorang pemuda yang bernama Aziz. Walaubagaimanapun, kehidupan Hayati tidak bahagia kerana Aziz masih lagi dengan perangai lamanya iaitu suka berfoya foya. Setelah Hayati bernikah dengan Aziz, Zainuddin telah membawa dirinya ke Tanah Jawa.

Dia memulakan kehidupan barunya dan bekerja sebagai penulis bebas. Namanya harum di serata Indonesia. Buku karangan ulama nusantara yang terkenal ini agak bosan sebenarnya kerana jalan ceritanya terlalu panjang dan meleret leret. Tambahan pula, gaya bahasa yang digunakan dalam bahasa Indonesia. Namun begitu, buku ini tetap menarik untuk dibaca kerana penulis telah menerankan secara terperinci berkenaan dengan Tanah Minangkabau dan Tanah Bugis itu sendiri.

Penulis juga telah menceritakan zaman sewaktu Indonesia dijajah oleh Belanda dahulu. Buku ini amat sesuai dibaca oleh pembaca yang tidak pernah menbaca karya sastera dari negara Indonesia. Buku pemberian bapa saya ini telah membuka satu lagi pengalaman saya dalam bidang pembacaan dan penulisan ini.


Related Posts:

  • ULAS NOVEL : MEREKA KARYA ARIFF ADLY Sumber : Google Dalam lambakan tugas sebagai seorang pelajar, saya masih sempat lagi membaca novel novel yang saya minat. Setelah membaca, seper… Read More
  • Salina PENULIS : Datuk A. Samad Said PENERBIT : Cetakan Pertama : Dewan Bahasa dan Pustaka                 &nbs… Read More
  • ULAS NOVEL : PERJALANAN KARYA REGINA IBRAHIM 800x600 Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA Microsoft… Read More
  • BOY PENULIS : Ahadiat Akashah PENERBIT : Creative Enterprise SDN BHD Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog saya ini. Ini semua adalah kerana … Read More
  • Dan Sepi Pun Berlalu PENULIS : Fauziah Ashari PENERBIT : Intens Idea International Sdn Bhd Kehebatan novel Ombak Rindu sehingga berjaya dibawa ke layar perak telah … Read More