Rabu, 27 Jun 2018

KENCING RAKYAT

Image result for kencing
Sumber : Google


Ketika berucap di hadapan kita,
Terkandung kuman maki dalam sampah bicara,
Sambil meludah janji semanis gula,
Untuk melumurkan rasa bahagia,
Di hati rakyat yang ditikam derita,
Melontar kemiskinan ke lubuk alpa.

Mereka menyemai benih-benih tuduhan,
Untuk menumbuhkan bunga-bunga keraguan,
Supaya kita menghidu bau-bau kebencian,
Lalu kita mencampakkan suar pergaduhan,
Di tengah-tengah taman kedamaian,
Keamanan musnah dihentak taufan kekacauan. 

Usah sesekali kita percaya,
Walau satu huruf pun bicara mereka,
Agar kita tidak mudah terpedaya,
Kerana mereka sedang menenun dusta.

Dusta yang sengaja mereka cipta,
Semata-mata untuk meraih kuasa,
Perjuangan sebenar tidak akan mengadu domba.
Sehingga kita perlu bermasam muka.

Related Posts:

  • ADAKAH KITA MASIH BERSAMA Dipetik dari Google Adakah kita masih bersama, Setelah kau menodai, Persahabatan yang terjalin sejak sekian lama, Dengan kata katamu yang pe… Read More
  • BLOGGER YANG SOMBONG Diambil dari Google   Blogger yang sombong, Di sebalik ketampanan wajahmu, Di sebalik kesasaan tubuhmu, Terselit noda noda hitam,… Read More
  • KAWAN, FITNAH, PERSEPSI sumber : Google Salahkah aku berkawan dengannya, Walaupun dia tidaklah sebaik mana,  Salahkah aku berteman dengannya, Walaupun dia penu… Read More
  • ORANG YANG DI ATAS Gambar Hiasan Oleh kerana wang beribu, Oleh kerana pengikut berpusu pusu, Kau berjaya menjadi orang yang di atas, Yang megah dengan keja… Read More
  • MENGAPA KAMU SERING MENYUSAHKAN? Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 Sumber : Google /* Style Defi… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.